Berdarah kacukan, kecantikan Sophia AlBarakbah sememangnya tidak boleh dinafikan.
Difahamka Sophia dibesarkan dengan latar belakang bangsa dan budaya yang berbeza-beza.
Foto: IG
“Ibu saya orang Cina, ayah pula Arab-Melayu. Datuk saya asal dari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia."
“Nenek saya orang Malaysia. Dari Kelantan,” katanya kepada Kosmo.
Sophia juga merupakan graduan Diploma Bioteknologi dari sebuah universiti swasta dan layak digelar ‘beauty with brain’.
“Saya belajar bioteknologi dan selepas itu, saya belajar bidang dietetik. Diploma bioteknologi dan lepas itu, saya buat latihan amali selama tiga bulan untuk bidang itu.
“Kemudian, saya sedar yang saya suka belajar bidang itu (bioteknologi) tapi tak suka nak kerja dalam industri tersebut.
“Sebab kebanyakan masa saya habiskan masa dalam makmal. Agak membosankanlah dalam ‘lab’."
Sophia, 30, kemudiannya mengambil jurusan dietetik namun dalam hati punya impian bekerja sebagai veterinar kerana suka binatang.
“Sebenarnya nak jadi veterinar sebab saya suka haiwan. Tapi, ibu tak bagi.
“Dia tak suka haiwan sangat. Jadi, saya macam ‘okay fine’. Nak jadi doktor tapi ibu pun tak suka. Nanti tengok darah lah, orang mati lah.
“Saya pun macam ‘yelah okey’. Jadi, saya pun ambil jurusan dietetik sekurang-kurangnya bidang perubatan juga (sikit),” katanya.
Siapa agaknya jejaka bertuah yang bakal memiliki Sophia. -CARI
Post time 3-2-2023 11:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Menduniya zisss...walau ramai rakan retis tikam belakang tapi kaum adam semua membekap
Lepas ni job letop letop la...bengkek member ingat nak bully sampai lenyap dr industry
Dan makcik-makcik forum yang gendu confirm akan merempan bila melihat kecantikan si Sofea yang tak terlawan ni. Tek masing-masing pun dah meloyot ke perut, lemak berlipat-lipat, jalan sikit peha bergesel sampai melecet, dekat forum je lah pun tempat nak menidakkan kekurangan diri. Ye dak?