CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 910|Reply: 9

Rakyat Persoal Jenama Lain Lebih Murah Berbanding Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

[Copy link]
Post time 2-2-2023 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Seperti dijanjikan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan pakej baharu Jalur Lebar Tetap bertujuan menyediakan internet mampu milik bagi golongan B40, veteran, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.


Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga 30Mbps tanpa had data pada harga RM69/bulan.


Menurut kenyataan rasmi pada Khamis, pelan jalur lebar B40 akan ditawarkan mulai Mac 2023 dan ia terikat dengan kontrak selama 24 bulan.








Beliau menambah, pelan RM69/bulan adalah 22 peratus lebih mampu milik daripada tawaran biasa di pasaran pada harga RM89/bulan.


Ini bermakna penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak 24 bulan.


Fahmi menambah, pakej jalur lebar mampu milik itu dijayakan dengan sokongan penyedia jalur lebar seperti Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, Time dan Astro.


Tambahnya, inisiatif itu bukan sahaja selaras dengan cita-cita mengurangkan beban rakyat tetapi juga sebagai petunjuk kerajaan prihatin terhadap keperluan dan kesejahteraan rakyat serta memastikan ketersambungan digital mampu milik selaras dengan Konsep MADANI Malaysia.


Bagaimanapun, rakyat rata-ratanya memberikan pelbagai pandangan mengenai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang diperkenalkan kerajaan.








"Rasanya pelan Umobile lagi murah daripada pelan B40 ini, data laju-laju nak ke mana? Masuk kampung pun dah tak ada line," kata Syafiq Ismail.


"OKU yang sudah menggunakan pakej 30mbps RM89 adakah perlu kemaskini semula untuk menikmati penurunan kepada RM69 ini?" soal Muhamad Hafiz.


"RM69 itu bukan untuk B40, memang internet jalur lebar tapi RM69 sebulan untuk internet bukannya target market B40," ujar Fahmi Jamal.


"Syabas YB Fahmi Fadhil, berkhidmat untuk rakyat, YB tolong tengok sama kadar sewa Astro boleh diturunkan, kadar sekarang membebankan rakyat," ujar Roslan Husin.


Sebelum ini, Fahmi mengumumkan pelan Prabayar Pakej Perpaduan yang akan memberikan kelajuan 3 kali ganda pada separuh harga dan ia disasarkan kepada B40, warga emas, veteran dan orang kurang upaya.


Pelan itu pada asasnya adalah naik taraf Pakej Remaja Keluarga Malaysia sebelum ini yang kini datang dengan dua kali ganda tempoh sah serta tambahan 10GB sebulan.


Butiran penuh pelan Prabayar Pakej Perpaduan masih belum didedahkan dan dijangkakan syarikat telekomunikasi akan memberikan maklumat lanjut pada bulan ini.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
"tolong tengok sama kadar sewa Astro boleh diturunkan, kadar sekarang membebankan rakyat," ujar Roslan Husin."

Ni option cik abg oi
Klu dh rs terbeban x pyh la subscribe

Internet tu ye la dh jd keperluan
Segala Mala nk kena access
Busuk2 pun utk wsp

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Soixante-neuf tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sedara sis amil Yoodo plan RM25 tiap2 bulan. Dia call 100min (RM5) + 20gb(RM20). Boleh je hidup dgn RM25. Tak lak sampai RM69. Tak cukup B40 lagi plan perpaduan tu.
Patutnya plan B40, RM15, data unlimited 1mbps, panggilan 100 min, at least. Cukup utk diorg buat business online, study, emergency call.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca kat awani tadi ade yang rm5/bulan untuk mobile data...camne apply?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry YB this should not be for B40. Do better.

Nak komen juga pada orang yang komen minta revise rate astro. Buat malu je tunjuk kat orang akal sendiri setakat tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2023 09:56 AM | Show all posts
Semuanya pada B40.
Anyway samada menteri ni joint sekali dgn telco ke apa? Dia tak ada advisor ke nak nasihat pasal benda ni. Standard pakej yg telco bagi pun lebih murah dari ni.
30mbps ni dah di phase out oleh telco2 atau astro. Digi bagi RM90@ 50mbps = RM1.8/mbps. Astro RM99@50mbps=RM1.98/mbps
Pakej Perpaduan ni 30mbps@RM70=RM2.3/mbps.
Jadi telco2 ni umpama, kecik tapak tangan stadium bukit jalil aku tadahkan.
Less speed more money

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 11:20 AM | Show all posts
jalur lebar ni boradband la kan.?

dia guna line apa, unifi mobile ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 11:26 AM | Show all posts
Rega fixed line broadband ni stagnant dah berapa lama… last best revision masa time Gobind tahun 2018. Harga pakej yg aku dapat sebab Gobind paksa TM tu sampai sekarang better dari all standard Unifi package.  TIME tak nak roll out landed property, focus high rise, maxis pulak no better from unifi.. takde true competition against Unifi sebab tu depa perah selagi boleh.. bila TNB nak roll out powerline broadband ni? Cerita lama dah ni, kot2 dah terkubur..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 11:30 AM | Show all posts
Pelan berbaloi pebendanya. Umobile prepaid unlimited data + unlimited call baru rm25.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.043973 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list