CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 707|Reply: 6

Bersatu Kena Jelaskan Sumber Dapat Duit Banyak Dalam Masa Singkat

[Copy link]
Post time 2-2-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelaskan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimana parti itu mampu mengumpulkan sebilangan besar wang dalam masa singkat.


Hal itu berhubung akaun bank Bersatu bernilai lebih RM40 juta dibekukan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM92.5 bilion.




FB




“Bersatu kena jelaskan kepada penyiasat mengapa dalam masa singkat itu boleh kumpul wang dengan banyak. Daripada sumber mana dan kepada siapa? Ini tugas SPRM dan barulah dibawa ke Jabatan Peguam Negara (AGC) mengikut proses (undang-undang).


“Lebih daripada itu saya tidak tahu dan barisan kerajaan tegaskan bahawa siasatan untuk semua, tiada terkecuali untuk kerajaan dan pembangkang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Akaun bank Bersatu semalam dilaporkan dibekukan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana bernilai RM92.5 bilion.


Pembekuan itu dilakukan kira-kira dua minggu lalu selepas parti dipercayai menerima lebih RM300 juta wang daripada dana pakej rangsangan ekonomi Covid-19.


Pendedahan itu berlaku hanya sehari selepas Bersatu mengisytiharkan akaun 2020 dan 2021 dalam usaha untuk menentang dakwaan rasuah.


Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam mengecam kerajaan yang menurutnya menggunakan agensi kerajaan sebagai alat untuk ‘membunuh’ kredibiliti Bersatu dan gabungan Perikatan Nasional (PN).


Dalam pada itu, Anwar mengulangi pendirian bahawa badan-badan siasatan, penguatkuasaan dan kehakiman kekal bebas daripada campur tangan eksekutif.


“Jadi, adalah tidak bertanggungjawab bagi tokoh parti politik dalam proses siasatan membuat tomahan tentang campur tangan Kerajaan Perpaduan. Kami tidak mengulangi sikap menekan seperti dilakukan (kerajaan) terdahulu,” katanya.


Katanya lagi, beliau menjalankan tugasnya selaku Menteri Kewangan dan melihat projek-projek yang mungkin menelan kos terlalu tinggi tanpa proses tender serta menyifatkan tidak menjadi isu jika tidak dilakukan selain kosnya tidak melambung.


“Kerajaan tidak menghukum sesiapa. Jadi, dalam projek dana wibawa dan tebatan banjir semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kerajaan mendapati kosnya terlalu tinggi, maka saya dedahkan maklumat daripada Kementerian Kewangan.


“Yang dilakukan SPRM tidak tertakluk pada pandangan saya. Dia lakukan siasatan rapi dan didapati di dalam akaun parti mencecah lebih RM300 juta. Ini harus dijelaskan,” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno yg berabad pun baru 100 juta lebih..



Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
stingertaikjobo replied at 2-2-2023 05:19 PM
Umno yg berabad pun baru 100 juta lebih..


Agama sebut shilakerler kamu jika hari ini lebih buruk dari semalam....hence hari ini billions against semalam millions...makanya mesti ada anjakheun paradigma dari segala sudut....as you progress


Ko ghaser?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts


Kluster Makamah 2.0 is coming
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pusing2 sama Jah pas parti mana yg menang..haaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
LOL paknon suke hati je main tuduh. Haritu gebang ckp segala fail sulit di tangan dia tp non hado. Kemain ckp abahcow songlap 600bilion pastu turun 90bilion pastu turun lagi 300 juta...pasni turun brpe lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2023 12:33 AM | Show all posts
total pekej ransangan semua 600bil
tp duit yg spend utk projek nego 90 bil dr 600 bil
dari 90 bil - 300juta dah detect masuk acc bersatu (baru 300 juta) - x abis lg siasat


tu pun susah nak paham
bukan dia kebas 90 billion

klu kebas 90 billion bukan rasuah.. namanya kebas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.039437 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list