CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2580|Reply: 37

Lepas PBT Robohkan Pagar, Usahawan Kongsi Kata-Kata Semangat! Nak Bangkit Semula

[Copy link]
Post time 2-2-2023 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang tindakan seorang usahawan kosmetik memasang pagar di kaki lima kedai hingga menghalang laluan.


Apa yang lebih membangkitkan kemarahan netizen adalah sikap pemiliknya yang didakwa memberi justifikasi secara angkuh berhubung tindakannya memasang pagar berkenaan.


Malah, dia turut mengherdik mana-mana individu yang mengeluarkan komen dan kenyataan berkaitan pagar di hadapan premis miliknya di Pasir Gudang, Johor.


Foto: mStar




Susulan isu yang tular, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada Selasa mengambil tindakan dengan membuka struktur binaan kekal (pagar) di hadapan kaki lima premis itu kerana ia dibuat tanpa permit atau kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).


Beberapa foto yang menyaksikan pasukan penguatkuasa MBPG membuka dan menyita pagar tersebut yang tular di media sosial ternyata menggembirakan banyak pihak.


Sehari selepas PBT mengambil tindakan ke atas premisnya, usahawan kosmetik itu tampil mengeluarkan kenyataan pertama menerusi satu hantaran di laman sosial.










Bukan penjelasan susulan tindakan penguat kuasa mahupun permohonan maaf, sebaliknya dia hanya berkongsi kata-kata membina semangat dan motivasi.


"Jangan biarkan apa yang berlaku semalam menghantui hidup kita hari ini. Bangkit berjuang dan capai impian kita!


"Yang semalam berlalu pergi, hari esok belum pasti untuk kita. Lakukan sesuatu yang bermakna untuk diri, keluarga, sahabat, staf dan bisnes anda hari ini," tulisnya di Facebook.










Dalam hantaran tersebut, dia turut berkongsi petikan kata-kata motivasi daripada pengacara terkenal, Oprah Winfrey.


Pada 22 Januari lalu, wanita berkenaan yang juga mempunyai perniagaan kedai makan berkongsi pengalaman mengenai penglibatannya sebagai usahawan.


Di sebalik tabir kehidupan usahawan yang ramai orang tak tahu, katanya, masyarakat kebiasaannya hanya melihat orang yang berniaga itu mampu hidup senang.


"Yang kita nampak semua yang indah-indah. Asal berniaga je kaya-raya, jutawan. Jalan yang perlu ditempuh, ramai yang tak tahu, tak mahu dan tak sanggup.


"Tiada jalan mudah untuk berjaya dan mencapai kesenangan. Semuanya perlu bermula dari bawah, dari zero... perlu melalui pelbagai proses, perlukan kesabaran dan kecekalan.


"Walaupun terkadang hati rapuh bila ada dugaan melanda, namun sifat usahawan apabila saat terjatuh akan bangkit semula! Jatuh sekali, bangkit sejuta kali! Jalan terus!" katanya.








Terdahulu, menurut usahawan kosmetik itu, dia memasang pagar tersebut dengan tujuan keselamatan untuk mengelakkan kejadian individu yang tidak bertanggungjawab menaiki motosikal di hadapan kedainya.


Dakwa usahawan itu, wujud insiden penunggang motosikal yang nyaris melanggar pintu premis dan pelanggannya hingga memaksa dia memasang binaan itu.


"Habis hak aku sebagai owner kedai yang terancam keselamatan diri dan harta benda tu macam mana? Tak ada hak?


"Ke aku boleh tuntut hak kerugian aku kat orang yang hanya reti viral dan komen je?" katanya tanpa rasa bersalah.


Selain itu, usahawan kosmetik itu sekali lagi tanpa rasa bersalah memberikan maklum balas yang disifatkan tidak berperikemanusiaan.


Salah seorang netizen bertanyakan bagaimana OKU yang berkerusi roda mahu lalu di siar kaki di hadapan kedainya.


"Lalu la jalan lain. Bukan tak ada jalan lain lagi kat sini. Petak parking khas orang cacat pun ada. Kalau kau datang sini ramai je nak tolong dukung kau.


"Datang je sini jangan sibuk semak komen sekali dengan orang yang tak tahu apa-apa," katanya lagi, namun tidak dipastikan sama ada komen tersebut dikeluarkan oleh usahawan itu atau sekadar akaun palsu. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak bangkit tu bangkit la xde sapa nak halang
Tp mentaliti tu patut diperbetulkan dl
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sek2 ni mmg suka cari kontroversi cara kasar ek
Nyampah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 09:48 AM | Show all posts
g jual kangkangan jela
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:11 AM | Show all posts
Teruk betul mentaliti.
Pentingkan diri sungguh.
Nanti bisnes drop habisla setan,jin,iblis kena salahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:13 AM | Show all posts
satu kesalahan yg layak di bagi penampar...awat bangang sangat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2023 10:14 AM | Show all posts
dia ni memang pure asal orang joho ke?

bengap sangat awat nye? memang apa sebab pun tak leh langgar undang2, mana boleh bina sebarang halangan kekal kat koridor awam.

dah tu, baru kena angkut pagar luar, takkan dah jatuh terjelepok, beria nak bangkit2, tisu betul.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:19 AM | Show all posts
Cukup2 la kot bagi perhatian dekat orang macam ni. Stop je la bagi sheols exposure.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 10:32 AM | Show all posts
kejadah gaya mcm kena aniaya aje.. podacit
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda2 pelik menongkah arus mcm ni biasanya ada je yg trigger sampai buat camtu.  Rasanya dia ada komplen sebelum ni buat camtu sbb selalu org parking moto depan kedai die kan...aku byk kali jumpa org parking moto kat kaki lima ni mmg mengganggu la tambah2 oku kerusi roda mmg x leh lalu gak...xde plak org komplen pasal parking moto kat kaki lima
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Komen mcm dia yg kena aniaya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Eii orang mcm ni bahaya kalo dkt. Dia bole turn situasi dia aniaya org jd dia konon mangsa dianiaya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:05 AM | Show all posts
usah la panggei dia ni usahawan

ungka-sawan pun belom tentu

mentaliti sampah lagi rempit ni selayaknya meniaga kerang busuk berlendir saja

susah nak tarik rezeki peniaga kepala masuk air bodoh sombong mcm ni.. mesti banyak cari gadoh dgn supplier, geng2 peniaga and staff sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:05 AM | Show all posts
kelakarnya alasan dia utk keselamatan..dah kalau tak selamat baik pindah kedai je...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 2-2-2023 10:14 AM
dia ni memang pure asal orang joho ke?

bengap sangat awat nye? memang apa sebab pun tak leh langgar ...

Minah budu.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 2-2-2023 10:36 AM
Benda2 pelik menongkah arus mcm ni biasanya ada je yg trigger sampai buat camtu.  Rasanya dia ada ko ...

Ada je org komplin pasal moto² ni, tp ko tau la kat malaysia ni moto is king..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sokong tak kena trmpat..
Bodo gila
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko sewa kedai bkn sewa kaki lima. Baik ko meniaga dpn umh kg ko je. Pastu pagar bg perabih. Xyh la customer nk dtg. Sbb tu tuhan bg otak tu ltk kat punggung bkn ltk kat kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 12:25 PM | Show all posts
Kes mamak bukak meja kat kaki lima membawak ke tempat parking pun jangan lupa ya majlis perbandaran / daerah.. masa hot lepas kereta sondol meja tepi jalan banyak la acara rush, sita, saman.. tapi sekarang tengok dah banyak balik. Kita bukan apa, memanglah hati-hati bawak kete lalu betul2 tepi meja kat area parking tu.. tapi kita mana tau kot2 kali tersadung ke, malfunction ke.. pastu ambik tempat parking, orang nak parking pun tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 12:27 PM | Show all posts
berduit sikit terus hilang akal.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.074604 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list