CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 1

Mayat Lelaki OKU Terapung Di Sungai Melaka

[Copy link]
Post time 1-2-2023 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Mayat lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui terapung di Sungai Melaka, berdekatan Kampung Morten, di sini pagi tadi.


Mayat lelaki berusia 38 tahun itu, ditemui terapung kira-kira jam 11.25 pagi oleh seorang wanita yang juga pemandu bot pelancong.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sejurus menerima maklumat daripada orang awam sepasukan polis kemudian ke lokasi kejadian dan mendapati mayat lelaki terbabit berada dalam keadaan terapung dan terlangkup.




MAYAT lelaki OKU yang ditemui terapung di Sungai Melaka berdekatan Kampung Morten. FOTO Ihsan PDRM





"Ketika ditemui mayat lelaki terbabit masih lengkap berbaju dan berseluar serta masih berselipar.


"emeriksaan keatas tubuh badan lelaki terbabit juga mendapati tiada kesan perbuatan jenayah yang kelihatan selain dipercayai baru meninggal," katanya.


Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi, pekerja pembersihan ada melihat si mati berjalan berseorangan di kaki lima sungai dan tidak mengesyaki apa-apa.


"Tidak lama selepas itu, pada jam 11.25 pagi, pemandu bot memaklumkan menjumpai satu mayat lelaki terapung di dalam sungai," katanya.


Christopher berkata, bapa lelaki terbabit yang membuatkan pengecaman memaklumkan anaknya adalah pemegang kad OKU masalah mental dan baru semalam keluar dari Hospital Melaka selepas menerima rawatan.


"Turut dimaklumkan pagi sebelum kejadian, si mati berada di gerai milik bapanya sebelum keluar bersiar-siar malah jarak mayatnya ditemui dengan restoran bapanya hanya 100 meter.


"Mayatnya sudah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Terapung tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.374858 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list