CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1089|Reply: 19

Saya Tak Fikir Harus Menghakimi Zahid Sebelum Mahkamah - Anwar

[Copy link]
Post time 1-2-2023 06:28 PM | Show all posts |Read mode
Kerjasama politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi terus menjadi tumpuan dalam wawancara media.


Bloomberg adalah yang terbaru menyoal pengerusi Pakatan Harapan itu mengenai perkara berkenaan.


Merujuk kepada gesaan tegas menentang rasuah, perdana menteri ditanya bagaimana dia mempunyai timbalan perdana menteri yang menghadapi 47 pertuduhan rasuah.




MalaysiaGazette




Anwar, yang kuasanya bergantung kepada sokongan Zahid dan sekutunya, berkata bahawa dia tidak mahu terburu-buru mendahului mahkamah berhubung kes presiden Umno itu.


“Dia (Zahid) telah disiasat dan didakwa - sedang menjalani perbicaraan dan mahkamah harus membuat keputusan secara bebas. Saya menyatakan dengan sangat jelas bahawa mahkamah adalah bebas dan saya tidak fikir saya harus menghakimi terlebih dulu (daripada mahkamah).


“Tetapi ia tidak sepatutnya hanya bersifat politik semata-mata. Mengapa merujuk kepadanya (Zahid) secara peribadi sedangkan saya telah mengatakan bahawa sistem itu yang korup?


“Terdapat begitu ramai pemimpin politik lain yang telah menyalahgunakan jawatan mereka; bekas perdana menteri, bekas menteri kewangan, mencecah ratusan dan jutaan dolar,” katanya.


Ditekan lebih lanjut, Anwar menjawab: “Saya bukan di sini untuk membincangkan kesnya. Saya di sini untuk mencadangkan bahawa proses mahkamah mesti bebas dan dia mesti diberi peluang - keadilan untuk diadili oleh mahkamah yang bebas dan tidak berat sebelah."


Mengenai apa yang akan berlaku jika Zahid disabitkan kesalahan dan dipenjarakan, Anwar memilih untuk bercakap tentang bagaimana keadaan telah berubah.


“Mari kita bergerak ke hadapan. Kita perlu bekerja dari hari pertama, untuk memastikan sistem yang kita ada mempunyai tadbir urus yang baik, dan sistem itu bebas daripada pemimpin yang korup. Dan saya fikir untuk bersikap adil, mereka telah mematuhi peraturan ini sekarang.


“Tiada satu kesan yang saya dapati daripada mana-mana pasukan saya kini cuba membazir melalui kontrak atau projek dan saya puas hati dengan itu. Orang harus menilai saya bermula dua bulan lalu,” tambahnya.


Belajar selama bertahun-tahun


Sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15 lagi, terdapat dakwaan mengenai pakatan antara Anwar dan Zahid - dengan pesaing politik mendakwa ia akan berakhir dengan pembebasan Zahid.


Mengenai perasaan menjadi perdana menteri selepas lebih dua dekad dalam politik, Anwar berkata: “Menunggu di koridor kuasa sudah tentu satu pengalaman kerana anda memerhatikan pemain-pemainnya.


“Ia seperti King Lear dengan Cordelia melihat ke pentas dan anda belajar daripada kekuatan dan kelemahan musuh anda, dan mudah-mudahan apabila anda berada di pejabat, anda cuba dan bertambah baik, dan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat," tambah Anwar, merujuk kepada karya penulis Inggeris, William Shakespeare.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiman Hakim Redha tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa kempen PRU, elok plak cakap zahid mcm².

Yayasan akal budi tue belum sabit salah lagi dah riuh dkt twitter.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 09:13 AM | Show all posts
takde air muka betul mcm bekas sekor ni.  tapi aku heran kenapa ramai sgt percaya dan angguk ke dia ni.  puak2 cainis kita faham laaa sebab mereka akan buat apa sahaja utk halang dominasi pentadbiran bumiputera...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 09:24 AM | Show all posts
jilat baik.......PUNYA
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 09:35 AM | Show all posts
Lain benar cakapnya berbanding sebelum ni... so hipokrit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2023 10:30 AM | Show all posts
hoy hoy ya hoy gitu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tenpat dahan berpaut lagikan dikenang inikan plk dahan piem utk 5 tahun, mana maunya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tenpat dahan berpaut lagikan dikenang inikan plk dahan piem utk 5 tahun, mana maunya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain pulak skrg ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 2-2-2023 01:09 PM
Lain pulak skrg ni ye

Dlm kitab kalo tak silap yg di sebut hanya yahudis iteww musuh kita yg nyata kheunz? Meaning to say, Yg lain still ada ruang to negotiate?Tanya anak jiran aku yg 3 tahun?

Apa betul keww kristycream?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
So masa kempen siap ada lagu hoi penyamun tu dia tuju kat saper? Bukan zahid dan umno ker? Parah wak non ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerpressor at 2-2-2023 01:42 PM
zamzam replied at 2-2-2023 01:21 PM
So masa kempen siap ada lagu hoi penyamun tu dia tuju kat saper? Bukan zahid dan umno ker? Parah wak ...

GOD has mysterious ways dlm menguji hamba2NYA...

Bak contoh yg diberi oleh anak jiran aku yg 3 tahun......ko selamanya membenci  stinger sebelum ini, sebelah mata tak boleh pandang...benci benci benci...tup tup diletak dlm satu keadaan yg tak pernah diduga....terus jatuh cintun lalu kawen...sehingga keakhir hayatnya....bahagia

The monorail of the story, bilaTUHAN nak bolakbalikkheun hati ko...cukup sekadar Kun Fa Ya Kun....

Tidak keww ko beriman pada kewujudan takdir dan ketentuanNYA? tanya anak jiran aku yg 3 tahun iteww
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 02:40 PM | Show all posts
iyelah.. masa kempen lain sudah habis kempen lain...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
pandai cakap ke, cakap pandai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 03:31 PM | Show all posts
ini la integriti yg dipuja2

masa kempen
nak sumbat mcm2 nak masuk penjara la

dh jadi kawan rapat
sebab ada 30 kerusi
oooo... kita tak layak hakimi sebelum mahkamah putuskan

maklum la
kata lebih2 30 kerusi tu ooo

sambil2 macai2 post la troll utk back-up
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 2-2-2023 03:31 PM
ini la integriti yg dipuja2

masa kempen

Ketua hakim ada ditukar?

Ketua pesuruhjaya Sprm ada ditukar?

Ketua polis negara ada ditukar?

AG ada ditukar?

Well at least sehingga setakat ini...jika dibandingkheun dgn kerajaan sebelum ini?

Ahakzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerpressor at 2-2-2023 04:08 PM

Mohammad Agus mula tugas sebagai KP J-KOM hari ini
Bernama
Februari 2, 2023 15:50 MYT

Just In...Tahniah Pak Agos....

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff memulakan tugas secara rasmi hari ini.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.


Beliau berkata tanggungjawab besar itu diterima atas hasrat untuk bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan bagi membangunkan negara termasuk dari aspek siasah dan masyarakat.


"Dari segi siasah, adalah untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dengan maklumat yang betul dan tepat bagi memastikan rakyat memahami serta mendukung misi kerajaan dalam merealisasikan Malaysia Madani.
"Dari segi masyarakat, adalah untuk mendidik dan menyedarkan rakyat akan keperluan untuk saling menghormati dan bersatu supaya tidak ada lagi sikap ekstremisme agama dan kaum. Ya, perbezaan akan terus berlaku, namun yang penting kita mampu meraikan dan menerimanya dengan jiwa terbuka," katanya.

Mohammad Agus berkata tiga teras utama J-KOM iaitu membudayakan ilmu, membudayakan masyarakat berkemahiran digital dan mengukuhkan semangat patriotik rakyat akan dilaksanakan mengikut acuan Malaysia Madani, seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara yang maju, harmoni, dan sejahtera.
"Saya lihat episod PRU15 telah memisahkan masyarakat kita. Pengaruh media sosial telah membawa banyak kesan negatif kepada hubungan antara kaum.
"Bagi memulihkan kembali keadaan ini, kami di J-KOM akan berusaha untuk mendidik masyarakat dengan ilmu pengetahuan dan tataetika yang betul supaya semangat patriotisme serta hubungan baik dan toleransi sesama rakyat akan kembali kuat dan subur," katanya.
Beliau berkata J-KOM akan bekerjasama dengan seluruh agensi kerajaan, swasta, NGO, belia dan pemimpin masyarakat bagi tujuan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 04:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053498 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list