CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3685|Reply: 40

Beribu Kanak-Kanak Di Kelantan Alami Masalah Speech Delay

[Copy link]
Post time 1-2-2023 03:43 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU – Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini mengenal pasti seramai 1,900 hingga 2,300 kanak-kanak mempunyai masalah kelewatan bertutur dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.


Pengarah HUSM, Profesor Datuk Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman berkata, daripada jumlah itu, lebih 70 peratus kes melibatkan masalah kelewatan pertuturan dan bahasa dikesan semasa mereka hadir ke Klinik Terapi Pertuturan, Universiti Sains Malaysia (USM).


“Selain itu, kes melibatkan masalah pertuturan kanak-kanak juga melibatkan masalah penerimaan makanan, sengau dan pembelajaran.


“Kebanyakan kanak-kanak yang dikenal pasti mengalami masalah tersebut terdiri daripada mereka yang berusia dua hingga enam tahun ketika menerima rawatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara USM dengan sebuah tadika swasta, Al-Kauthar Eduqids Sdn. Bhd. (Al-Kauthar Eduqids) di Dewan Persidangan Kampus USM, Kubang Kerian di sini hari ini.




Gambar Hiasan




Mengulas lanjut, Nik Hisamuddin berkata, kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan dikesan berlaku ketika masih bayi sehingga ke usia dua tahun.


Menurutnya, selain itu, HUSM juga mengenal pasti kanak-kanak yang tidak boleh bertutur turut dikesan mempunyai isu kesihatan lain seperti masalah pendengaran, autisme atau sindrom down.


Nik Hisamuddin menambah, pihaknya juga memperkenalkan modul tertentu dan memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak tersebut yang mengalami masalah pertuturan. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 04:09 PM | Show all posts
kalau tgk kan dari anak jiran2 dari negeri ni mmg anak2 nya ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 04:12 PM | Show all posts
Percentage ni kalau compare dengan other states tinggi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kelantan pon ramai dak2 cerdik masuk U…
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe budak skrg takleh nk go dgn kecek klate
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk la dari rumah pun guna bahasa apa...hok ni hok tu..ziziks
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi tgk budak2 sekarang laju je mencarut dah mak bapak yg ajar.


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mak pak pun ckp pelat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe depa lebih kepada loghat kot...
Takpe la..belaja elok2 k adek3
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku dok kl laki bini engineer. Anak lelaki 3 orang. Yg bongsu speech delay. So benda ni kat mana2 pun ada. Cuba check di negeri2 lain and compare Apple to Apple.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 1-2-2023 08:17 PM
Maybe depa lebih kepada loghat kot...
Takpe la..belaja elok2 k adek3

Ramai jer budak2 tempat aku disekolahkan darjah khas..sebab tahun dua masih belum kenal huruf..belum boleh membaca.otomatik makpaknya bagitau,anak mereka oku..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Adalah sebab awal sangat didedahkan ngan Telefon? Tak bercakap secara dua Hala.

Ramai orang muda sekarang cenderung kepada masalah anxiety
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:25 PM | Show all posts
anak sepupu meols yg ada darah budu pun mcm gitu

sorang tu mmg ada adhd, lambat bercakap, kalau ajak main dia tunjuk2 je, kalau bolayan dia baling2 barang sbb tak boleh express herself

ni dah besau pun kalau subject maths ke science ke fail.. kut arts tu bagusss sangat, tp mak pak tak sedo diri, nak suh anak ni masuk stf ke kursiah ke, emaresem kata pak nya tak pandang... yihh.. anak pun banyak yg kurang

set2 budu ni gamak suka ckp tinggi mcm langit ke 7 gamak.. padahal air pun berkelodak
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:37 PM | Show all posts
Miskin, Tahap Pendidikan Ibu Rendah Punca Budak Kelantan Terbantut, Dedah Pakar
By ARIF ATAN / November 15, 2018

Tumbesaran kanak-kanak bawah lima tahun di Kelantan yang terbantut akibat tidak menerima zat makanan mencukupi sejak dalam kandungan ibu lagi antaranya berpunca daripada kemiskinan dan tahap pendidikan ibu yang rendah.

Pengerusi Program Pemakanan dan Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Hamid Jan Mohamed berkata, masalah tumbesaran golongan tersebut di Kelantan adalah yang kedua tertinggi dalam negara mengikut Kementerian Kesihatan tahun lalu.

“Kebanyakan anak-anak yang mengalami masalah tumbesaran kerana ibu mereka miskin, ibu tunggal dan tidak memiliki pelajaran tinggi, mereka tidak dapat ikut cara pemakanan yang betul hingga melahirkan anak yang bantut,” dipetik Utusan Online hari ini.

Dr Hamid berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program Hari Dietitian Malaysia Kelantan 2018 di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, di Kota Bharu hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak kerajaan memikirkan langkah untuk membantu ibu hamil bagi mengelak tumbesaran kanak-kanak terbantut.

“Contohnya mengikut kaedah Thailand yang menyediakan kad baucer makanan mereka di mana ia khusus untuk membeli makanan tertentu sahaja seperti daging, susu, beras dan roti sesuai untuk keperluan ibu,” jelasnya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 10:00 PM | Show all posts
Kenyataan ni macam sesuatu

"Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara USM dengan sebuah tadika swasta, Al-Kauthar Eduqids Sdn. Bhd. (Al-Kauthar Eduqids) "
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 1-2-2023 09:25 PM
anak sepupu meols yg ada darah budu pun mcm gitu

sorang tu mmg ada adhd, lambat bercakap, kalau aja ...

Kalau sbp uols cakap tu addmath ngan math wajib A+ yach
Idak kena cop bodow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 08:13 AM | Show all posts
VespaSilbe replied at 2-2-2023 12:10 AM
Kalau sbp uols cakap tu addmath ngan math wajib A+ yach
Idak kena cop bodow

haa masuk f4 pun skolah lama gak kaka oi,,, mmg sah2 la tak dapek kurshiah tu , cikgu2 sbp flip tudung sajork

tu pun tak amek add maths,, sbb maths biasher2 ni pun manjang corot

kut meols la, suh anak dia concentrate art saje.. dah situ interest and talent budak tu , jgn dipaksa belajo yg dia mmg tak boleh bawak,, tp dah mak pak jenih nak meriak membongak dohpohpatjam.. nak buek camno
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:22 AM | Show all posts
syiannnn ek. iol mmg xkenan kel kel ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 2-2-2023 08:13 AM
haa masuk f4 pun skolah lama gak kaka oi,,, mmg sah2 la tak dapek kurshiah tu , cikgu2 sbp flip tu ...

Hahaha.. dia tatau ada sekolah seni la tu
Sbp subject seni macam tadak je time anak iols.. cikgu seni pun tadak
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
kitmal replied at 1-2-2023 10:00 PM
Kenyataan ni macam sesuatu

"Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara USM dengan sebuah tadika sw ...

Check la tadika tu. Bsepah branch satu malaysia. Tadika ni mmg ada program khas early intervention program utk budak2 bmasalh pmbelajaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 3.228866 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list