CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 711|Reply: 9

Penduduk Orang Asli Ketakutan- Gajah Datang Kopak Dinding Rumah, Makan Tilam

[Copy link]
Post time 1-2-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Gua Musang: Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke, di sini, mendakwa gajah liar yang berkeliaran berhampiran penempatan itu semakin berani datang hampir ke kediaman penduduk.


Seorang penduduk, Rengil Rajis Angah, 48, berkata, minggu lalu seekor gajah bergading masuk ke kampung dan merosakkan dinding sebuah rumah di Kampung Liak.




Foto: Harian Metro




"Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi apabila gajah mengopak dinding rumah dan menarik keluar tilam lalu memakannya. Ketika kejadian itu anak pemilik rumah sedang tidur di atas tilam terbabit.


"Haiwan liar itu bukan sahaja memusnahkan tanaman tetapi sampai dekat pintu rumah.


"Kini kami risau untuk ke kebun dan anak pula takut ke sekolah kerana gajah sering dilihat berada di laluan mereka," katanya ketika ditemui di Kampung Brooke Lama, di sini.


Penghulu Kampung Brooke Lama Rian Bujang berkata, kehadiran seekor gajah liar sejak tiga bulan lalu terus menghantui lebih 500 penduduk Orang Asli di tiga kampung di Pos Brooke.


Menurutnya, meskipun Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) datang membuat pemantauan, ancaman mamalia terbabit masih tidak berkesudahan.


Rian mendakwa seekor daripada empat gajah berkenaan bukan sahaja sering dilihat berkeliaran di kawasan Kampung Kuala Rengil, Kampung Brooke Lama dan Kampung Liak, malah turut memusnahkan hasil tanaman yang diusahakan Orang Asli di kawasan itu.


"Kita harap Perhilitan dapat mengusahakan cara lain untuk memindahkan gajah liar itu bagi mengelakkan ancaman berterusan termasuk membabitkan nyawa penduduk


"Semakin banyak tanaman kami dimusnahkan dan gajah itu juga semakin berani masuk kampung," katanya.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata, pihaknya mengambil maklum tentang lawatan Perhilitan ke penempatan itu bulan lalu, namun haiwan liar berkenaan tetap muncul dan masih menghantui penduduk.


"Saya berharap agar pampasan dapat disediakan kepada lebih 30 penduduk kampung yang tanaman seperti sayur-sayuran, ubi kayu dan jagung mereka dimusnahkan gajah.


"Ini sumber pencarian orang kampung dan apabila tanaman dirosakkan maka sumber pendapatan mereka juga terjejas sekali gus menyukarkan lagi kehidupan penduduk," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap sangat ke tilam tu? ni musti tilam Coway
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:43 PM | Show all posts
laaa kenapa mkn tilam
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Uih lapar sangat ke sampai makan tilam.. sian betul haiwan2 yang jadi mangsa konflik manusia dengan alam
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin tilam tu rasa manis2 berlemak sebab banyak pancutan di situ
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Gajah ni bkn bersifat pendendam ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2023 04:24 PM | Show all posts
Tilam isi sabut kelapa ka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya byk pokok keliling
Tilam yg ko bedal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 08:21 AM | Show all posts
tu la sape suro kacau rumah dia. kan dia dah kacau rumah ko
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
org asli pakai tilam apa ye agak2 ? Latex @ lembek kapas @ kekabu @ sabut kelapa ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.055342 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list