CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10939|Reply: 130

"Lembut, Amat Baik, Memikirkan Hati Serta Perasaan Anak-Anak Dia," Diana Danielle Akan Setia Dengan Farid Kamil

[Copy link]
Post time 1-2-2023 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Diana Danielle, 32, mengakui bukan mudah untuk pasangan suami isteri mempertahankan rumah tangga dibina dan dia amat bersyukur sudah 10 tahun hidup bersama suami yang juga pengarah dan pelakon, Farid Kamil, 42.


Diana ketika ditemui berkata, naik dan turun dalam rumah tangga memang ada dan ia cabaran yang tak boleh dielak.


Namun, pada masa sama dia gembira mampu melaluinya dan kini memiliki kebahagiaan itu bersama Farid dan anak-anak mereka.


Foto: IG






"Syukur, tak sangka kami meraikan ulang tahun ke-10 pada November tahun lalu dan naik turunnya itu. Saya rasa lima tahun yang pertama, memang banyak cabaran sebab kita nak kenal isi hati dan cara masing-masing.


"Lima tahun seterusnya Allah permudahkan dan Allah ringankan. Saya rasa lima tahun kebelakangan ini juga mungkin anak-anak sudah besar. Kami ada banyak masa bersama dan kita jadi makin rapat, makin memahami," katanya kepada Harian Metro.




  



Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson berkata, dia sentiasa mempersiapkan diri bersedia untuk apa yang akan terjadi pada masa depan kerana sedar akan ada banyak cabaran dalam kehidupan ini.


"Tempoh 10 tahun perkahwinan kami, bagi saya masih lagi terlalu muda. Memang orang akan kata dah lama, tapi zaman ini bermacam-macam dugaannya. Kita kena muhasabah diri, sentiasa tengok pada kesilapan dan kita cuba perbaiki dalam perhubungan apa yang kurang termasuk menutup aib masing-masing.




  



"Saya sangat gembira dengan suami saya, perkahwinan saya. Farid memang seorang yang sangat lembut dan tak pernah berubah 'statement' (kenyataan) saya kerana dia (Farid) orangnya lembut, amat baik dan sentiasa memikirkan hati serta perasaan anak-anak dia," katanya.


Diana berkata, sebagai isteri dia bersama anak-anak memang dapat merasakan sendiri sikap Farid itu sebagai seorang bapa dan suami sangat prihatin juga manja terhadap keluarganya sehingga mereka tidak inginkan apa-apa lagi.




  



  



Ditanya situasi ketika melihat Farid berhadapan ujian berat dalam kehidupannya, Diana berkata, dia sendiri yang tidak sanggup untuk meninggalkan suaminya menghadapi semua itu seorang diri dan membiarkan Farid terus hilang semangat hidup.




  



"Sebagai isteri, saya yang tak sanggup nak biar Farid hadap sendirian. Saya sendiri kena sama-sama lindungi dia, jaga dia dan sentiasa pastikan dia dalam keadaan okay. Saya tak boleh 'give up' (berputus asa) tinggalkan dia begitu saja.


"Saya memang tak tahu dari mana kekuatan dalam diri saya itu datang. Tapi, selama ini sejak belum berkahwin lagi, memang dialah (Farid) orang yang sentiasa menjaga saya, ada di sisi saya ketika susah dan senang," katanya.


Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jambatannetizen at 1-2-2023 02:41 PM

Hekeleh…
Sejak kessss solesole , dan dan nak up kan rlationship dia. Gila glam betul perempuan ini. Tak sah kalau tak dpt attention.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:36 PM | Show all posts
jambatannetizen replied at 1-2-2023 02:35 PM
Hekeleh…
Sejak kessss solesole , dan dan nak up kan rlationship dia. Gila glam betul perempuan ini ...

Tak rasa ada kaitan dengan Sol, dia ni memang selalu puji si Farid ni. Saban tahun ada chuols.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jambatannetizen at 1-2-2023 03:41 PM
KBW2 replied at 1-2-2023 03:36 PM
Tak rasa ada kaitan dengan Sol, dia ni memang selalu puji si Farid ni. Saban tahun ada chuols.


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal jangan ada yang ketiga je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:45 PM | Show all posts
jambatannetizen replied at 1-2-2023 02:35 PM
Hekeleh…
Sejak kessss solesole , dan dan nak up kan rlationship dia. Gila glam betul perempuan ini ...

kepala hotak kita sama...dan2 je kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik rse ko pn patut dh pkirkan pasal ati n perasaan laki ko diana.. Asyik dok belanja je seksi sne sni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 04:51 PM | Show all posts
jambatannetizen replied at 1-2-2023 02:35 PM
Hekeleh…
Sejak kessss solesole , dan dan nak up kan rlationship dia. Gila glam betul perempuan ini ...

aku rasa tak pun, dia memang sweet dengan FK dari dulu lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
brunesss replied at 1-2-2023 04:51 PM
aku rasa tak pun, dia memang sweet dengan FK dari dulu lagi..

Jenis jiwa mat saleh u know.. loving2 sampai tua, gituuu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 05:00 PM | Show all posts
ok la. better than sol sol
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berbahagia hingga ke jannah.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha 'ah ye..dia bab jaga aib laki dia mmg bagus..  x byk komen atau meroyan.ke aku terlepas pandang
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ketambangkang replied at 1-2-2023 03:45 PM
kepala hotak kita sama...dan2 je kan

Dan dan terus kata tak banyak gambar sama2. Tahun ini make sureee nak post banyk2. Haktuihhhhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis yg dulu pi fail Kes kt mahkamah syariah kenapa klu laki ko plg lembut plg baik
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah

Suami kiriman sorga

Acik porem jgn plak jaki yaa tak abis2 nak hasut tina2 ni goda laki org tu laki org nih

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:37 AM | Show all posts
eleh laki ko pon sama tagune cam sol la. ko xpyah in denial la diana oi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 09:03 AM | Show all posts
till janah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 09:10 AM | Show all posts
helicornia replied at 1-2-2023 07:22 PM
Abis yg dulu pi fail Kes kt mahkamah syariah kenapa klu laki ko plg lembut plg baik

Opss...ada eh?
Mcm mana aku boleh terlepas ketapi nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 2-2-2023 09:10 AM
Opss...ada eh?
Mcm mana aku boleh terlepas ketapi nih

Ada dlm thn 2016.dia dtg mahkamah syariah dgn lawyer.pastu berbaik.tp klu tkde hal buat apa DD pi mahkamah syariah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Just nk tau si Farid ni mmg dh btl insof tak amik barang lagi ke. Ada je ya in real life pompuan yg sanggup setia sehidup semati walaupun suaminya penagih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 101568 Replies : 4461
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 47812 Replies : 21
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14208 Replies : 71
Bila bbnu bercinta #4
BoomibulatBila bbnu bercinta #4
Views : 9255 Replies : 66
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9671 Replies : 77
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33219 Replies : 15
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6952 Replies : 10
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41581 Replies : 77
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 67315 Replies : 573
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 16874 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.088211 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list