CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 854|Reply: 3

Leka Kutip Telur Buaya, Lelaki Parah Dibaham

[Copy link]
Post time 1-2-2023 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Sydney: Seorang lelaki kritikal selepas diserang seekor buaya ketika mengutip telur reptilia itu di kawasan paling terpencil di wilayah utara, Australia.


Ketika kejadian, lelaki itu sedang mengutip telur buaya di sepanjang Sungai Daly sebelum diserang reptilia itu.


Buaya itu membaham kaki lelaki berusia 29 tahun itu menyebabkan mangsa parah, namun dia berjaya melepaskan diri daripada rahang reptilia itu.




Foto: Harian Metro




Mangsa, dikejarkan ke Hospital Royal Darwin menggunakan helikopter persendirian.


Jurucakap pihak Kesihatan Wilayah Utara berkata, keadaan lelaki yang sedang menjalani pembedahan kecemasan itu semakin merosot dan kritikal.


Lelaki itu kritikal namun stabil dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Royal North Shore, Sydney.


Pengumpulan telur buaya disahkan kerajaan pada 2018, tetapi tertakluk kepada peraturan ketat.


Mereka yang mempunyai lesen boleh mengutip telur yang membawa pulangan lumayan.


Sebiji telur buaya dijual pada harga kira-kira AS$30 (RM127.97), manakala 60 biji telur dengan sarangnya boleh mencecah sehingga AS$1,800 (RM7,678.44).


Sebahagian daripada telur itu dipindahkan ke ladang buaya sebelum ia menetas dan dibesarkan.


Reptilia itu kemudian dibunuh untuk kulitnya bagi kegunaan membuat produk mewah seperti beg tangan.


Kira-kira 1,000 orang terbunuh setiap tahun akibat diserang buaya, berbanding kematian akibat serangan jerung iaitu hanya kurang daripada 500 orang sejak 1950. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko amek telur buaya..mmg la buaya marah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 12:23 PM | Show all posts
seriau
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:17 AM | Show all posts
xkesian. adan ukeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.046079 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list