CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2673|Reply: 30

Gelandangan Merungut- "Cukup-Cukuplah Beri Kami Makanan Nak Basi, Susu Dah 6 Bulan Tamat Tempoh Pun Dibagi!"

[Copy link]
Post time 1-2-2023 08:36 AM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN – Gelandangan di pusat bandar ini mendakwa mereka kerap menerima minuman berasaskan susu yang sudah tamat tempoh selain diberikan lauk basi oleh penyumbang individu mahupun berkumpulan.


Kebanyakan daripada gelandangan berkenaan menjadikan kawasan sekitar kaki lima di Jalan Penang, stesen bas Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Jalan Masjid Kapitan Keling sebagai tempat berteduh.


Seorang tukang cuci pinggan dikenali sebagai Sulaiman, 53, berkata, dia memilih tinggal di kaki lima kawasan Komtar sejak tahun lalu berikutan ramai yang mengatakan lokasi berkenaan lebih selamat selain terkenal sebagai syurga makanan untuk golongan gelandangan.




Foto: Kosmo




Bagaimanapun, dakwanya, di sebalik kelebihan itu, mereka terpaksa menerima hakikat apabila diberikan makanan yang hampir basi selain ada lauk yang berasaskan daging khinzir.


“Kawasan di sini memang ‘mewah’ dengan makanan terutama hidangan lauk ayam. Ada sahaja orang datang memberi selepas pukul 12 tengah malam, namun ada perkara yang membuat kami tersentuh hati.


“Kami kerap menerima makanan yang hampir basi terma­suk makanan berasaskan daging khinzir sedangkan kami orang Islam. Malah, ada yang datang agih minuman susu kotak yang sudah enam bulan tamat tempoh,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.


Sementara itu, seorang lagi gelandangan yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, mendakwa, mereka pernah menerima makanan import berasaskan mi yang hampir tamat tempoh.


“Cukup-cukuplah beri kami makanan hampir basi dan sudah tamat tempoh. Kami juga manusia.


“Bukan setakat itu, ada yang datang beri pakaian lama dan sudah koyak. Hati kami sudah terluka dengan masalah keluarga, ini ditambah pula dengan perkara-perkara sebegini,” tambahnya.


Terdahulu di stesen bas bawah Komtar dan di Jalan Penang sekitar pukul 12 tengah malam baru-baru ini mendapati, terdapat lebih 30 gelandangan tidur di laluan pejalan kaki, kaki lima serta kerusi batu.


Mereka dilihat tidur beralaskan kotak termasuk ada yang membawa bersama bagasi baju sangkar dan haiwan peliharaan seperti kucing. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 08:37 AM | Show all posts
ya betul..kalau nak bagi biar yg terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:43 AM | Show all posts

‘Cukup-cukuplah bagi kami makanan basi’

‘Cukup-cukuplah bagi kami makanan basi’

https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... -kami-makanan-basi/

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
1 Februari 2023, 8:02 am


SEBAHAGIAN gelandangan yang menjadikan stesen bas Komtar di George Town sebagai tempat tidur dan menunggu makanan.

GEORGE TOWN – Gelandangan di pusat bandar ini mendakwa mereka kerap menerima minuman berasaskan susu yang sudah tamat tempoh selain diberikan lauk basi oleh penyumbang individu mahupun berkumpulan.

Kebanyakan daripada gelandangan berkenaan menjadikan kawasan sekitar kaki lima di Jalan Penang, stesen bas Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Jalan Masjid Kapitan Keling sebagai tempat berteduh.

Seorang tukang cuci pinggan dikenali sebagai Sulaiman, 53, berkata, dia memilih tinggal di kaki lima kawasan Komtar sejak tahun lalu berikutan ramai yang mengatakan lokasi berkenaan lebih selamat selain terkenal sebagai syurga makanan untuk golongan gelandangan.

Bagaimanapun, dakwanya, di sebalik kelebihan itu, mereka terpaksa menerima hakikat apabila diberikan makanan yang hampir basi selain ada lauk yang berasaskan daging khinzir.

“Kawasan di sini memang ‘mewah’ dengan makanan terutama hidangan lauk ayam. Ada sahaja orang datang memberi selepas pukul 12 tengah malam, namun ada perkara yang membuat kami tersentuh hati.

“Kami kerap menerima makanan yang hampir basi terma­suk makanan berasaskan daging khinzir sedangkan kami orang Islam. Malah, ada yang datang agih minuman susu kotak yang sudah enam bulan tamat tempoh,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi gelandangan yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, mendakwa, mereka pernah menerima makanan import berasaskan mi yang hampir tamat tempoh.

“Cukup-cukuplah beri kami makanan hampir basi dan sudah tamat tempoh. Kami juga manusia.

“Bukan setakat itu, ada yang datang beri pakaian lama dan sudah koyak. Hati kami sudah terluka dengan masalah keluarga, ini ditambah pula dengan perkara-perkara sebegini,” tambahnya.

Terdahulu, tinjauan Kosmo! di stesen bas bawah Komtar dan di Jalan Penang sekitar pukul 12 tengah malam baru-baru ini mendapati, terdapat lebih 30 gelandangan tidur di laluan pejalan kaki, kaki lima serta kerusi batu.

Mereka dilihat tidur beralaskan kotak termasuk ada yang membawa bersama bagasi baju sangkar dan haiwan peliharaan seperti kucing. -KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
homeless jadi benda biasa kat malaysian ke… rohingya & pati2 rilex je duk rumah , siap beranak pinak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
49,50 muda lagi dah homeless???  Sewa umah ramai2 x leh ke kalo xda keluarga.. nak jugak jadi gelandangan.. pati2 pun ada rumah
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke dok bdr jd gelandangan
Cu pergi tempat lain...cari kerja sewa bilik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu ada kes mangsa banjir ari tu tak nak terima makanan ngo bukan islam bagi, takut kes kuianat macam ni la, bagi lauk daging khinzir. Lagipun kalau rasa was was memang jadi syubhah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu, tak reti² ke nak usaha cari hidup yg lebih baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Susu yang 6 bulan tamat tempoh tu susu esen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 01:55 PM | Show all posts
kalau nak sedekah...berilah something yg elok
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju...btw..takboleh cari keje ke yg sesuai..byk je pasaraya, pasar basah, etc nak cari pekerja
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 02:57 PM | Show all posts
nak makan sedap, kerja lah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
"Cukup-cukuplah beri kami makanan hampir basi dan sudah tamat tempoh. Kami juga manusia.


Kalau dah tau diri tu manusia, usaha la supaya tak baring tidur di kaki lima kedai macam hewan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:21 PM | Show all posts
kadang tak paham cemana orang boleh jadi gelandangan.... tak mahu ada komitmen hidup ke apa?

penang lagi la melambak kilang... ada jek peluang pekerjaan. at least dapat gaji lepas bayar sewa rumah, makan bayar bil okay la. bebudak muda baru belajar hidup pun gaji cuma 1500...

semoga Allah permudahkan segalanya bagi mereka yang memerlukan
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:36 PM | Show all posts
Kat KL Selangor ni pun byk je kilang.. siap kilang bagi tempat tinggal lagi. duit gaji dpt, tmpt tinggal xyah bayar. cumanya itu lah.. jadi gelandangan xyah buat keja.. lepak je sepanjang hari. smp masa mkn, ada je yg bermurah hati bg makanan.

susah klu diri sendiri xnak ubah gaya hidup
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Susu n**l*f*  keww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 1-2-2023 03:13 PM
Kalau dah tau diri tu manusia, usaha la supaya tak baring tidur di kaki lima kedai macam hewan.... ...

Kalo nak bersuara lantang pun jgn ler sampai seolah pukul rata, bangsat...ko pernah turun on the ground to see the condition?...jgn cakap jauh jauh ler ..dijohor ko iteww sendiri.....ada usaha walau sedikit dari ko utk jengok2 keadaan these people...yes aku akui...memang ada segelintir dari meteka yg memang malas waiting for help to come tapi lebih ramai yg betul betul dlm keadaan daif yg perlukheun bantuan yg bersifatblebih structural.....sampai makhluk yg dijadikheun sama seperti ko...ko label hewan?

Prinsipnya disini kalo niat ingin membantu....bantu dgn ikhlas dan semampu dan sebaik mungkin ...bukan jadikheun mereka seperti tempat pembuangan sampah.....and worst...bantuan bulu pepek ko pun tak huluq...selar org as hewan



Kimarkkk ko ler bangsat...

Ptuiiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pon nyampah la kalau nak bersedekah tu biarlah ikhlas bukan bagi kat org sbb takut membazir, sbb dah tak boleh dimakan, sbb tak sedap. rumah anak yatim/kebajikan pon selalu kan jd port humban mknn kenduri dah nak basi. kalau ikhlas patut awal2 ajak dorang pegi memeriahkan kenduri
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukacactus at 1-2-2023 04:57 PM

Org kata beggars can’t be choosers
Bkn xbersimpati tp itu la
Susah nak ckp
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik buang dlm tong sampah lagi baik. Kalau nak bagi kat org bagi la makanan yg kita sendiri boleh makan.  Nak sedekah mana boleh double standard.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 1.563132 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list