View: 3469|Reply: 70
|
Rakyat Boleh Berjimat- 15,000 Kedai Makan Dan Restoran Tawar Menu Rahmah Bawah RM5
[Copy link]
|
|
Subang Jaya: Hampir 15,000 premis menjual makanan setakat ini menyertai inisiatif Menu Rahmah yang bakal menawarkan makanan siap masak pada harga harga RM5 dan ke bawah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif itu dilancarkan kementeriannya hari ini, bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Beliau berkata, kaedah pelaksanaan Menu Rahmah memerlukan pelanggan yang memasuki kedai makan atau restoran memberitahu kepada pengusaha mereka mahukan Menu Rahmah ketika buat pesanan.
 Foto: Harian Metro
" elanggan boleh sebut inginkan Menu Rahmah. KPDN dengan kerjasama semua premis yang sertai inisiatif ini akan letakkan pelekat yang mempunyai simbol Menu Rahmah.
"Ini juga kita akan uar-uarkan dengan lebih meluas. Saya minta rakan media sosial dan pempengaruh menyebar luas lagi inisiatif Menu Rahmah supaya rakyat di mana sahaja di seluruh negara dapat manfaatnya," katanya ketika menghadiri program Pelancaran Menu Rahmah di Mydin Subang Jaya Hypermarket, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan KPDN Fuziah Salleh dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.
Selain Mydin, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia turut menyertai inisiatif Menu Rahmah.
Mengikut perancangan, Menu Rahmah yang asal merangkumi hidangan nasi, ayam atau ikan dan sayur, namun ada pengusaha makanan lebih kreatif menghasilkan menu lain dengan harga RM5 ke bawah seperti nasi paprik, rojak, roti John, shawarma dan sebagainya.
Salahuddin berkata, semua inisiatif itu akan diselesaikan paling lewat akhir Mac ini, sebelum pelancaran Bakul Rahmah bagi golongan miskin tegar.
"Kemudian menyusul Pakej Harga Barang Rahmah, ada 12 barang asas yang boleh dibeli di bawah harga ditetapkan.
"Kemudian tunggu pula nanti ada Kafe Rahmah di universiti tempatan di Kuala Lumpur yang bakal menyediakan makan tengah hari percuma, selain sarapan pagi serta makan malam dengan diskaun hingga 50 peratus," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa makan menu rahmah RM5 nasi paprik.. Meh sini tumpang tengok nanti ya |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 memang rahmah bukan amah |
|
|
|
|
|
|
|
ada kriteria tak kena tunjuk slip ATM zero ka nak order menu rahmah ni? Shawarma tu macam sedap ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn menu rahmah nasi bujang plk..yg tu rakyat blh byr sndiri |
|
|
|
|
|
|
|
hangat2 tahi ayam
tengok la hujung tahun ni masih wujud tak |
|
|
|
|
|
|
|
terigt zaman2 1Malaysia ada kedai makan 1M yg menu rm1 sbb dpt insentif 50k setiap gerai yg masuk bawah skim tu . Lupa nama kedai kena letak apa… tapi seigt i tak lama pun bertahan. tak brp jujur yach peniaga tu |
|
|
|
|
|
|
|
zaman najib dulu menu sarapan rm2, makan tengahari rm4
benda2 camni najib dah buat lama dah, tapi takde kerjasama dari peniaga
kita tengok la menu rahmah ni berapa lama bertahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Why rahmah? Dekat pulak dengan nama rosmah [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
apa ada pada nama?
kalau letak nama menu smikin atau menu b40, korang terasa pulak kan
atau kena letak nama menu gordon ramsey atau menu madani permaidani baru korang puas hati
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah tuh compere dgn KERAjaan dulu yg x buat apa2
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
rm5 tu lauk apa? nasik bujang + air suam ke?
tp tips nak murah beli time bekpas.. siklemak baru rm2.50 ada telo sebelah, tapau meehoon ke mee goreng pun rega mcm gitu.. leh bawak ke lunch
kalu tengahari mmg tak dapat la, sepinggan mee goreng + air nescape ice dlm rm8 kat tpt meols ni ha |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat asing/pendatang asing pun boleh tumpang order menu Rahmah ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_almondpecan at 31-1-2023 07:15 PM
Menu ni mungkin macam yang dalam thread satu lagi pasal pelajar IPTA tak cukup makan sebab makanan mahal. Saya adalah cerita pasal menu economy rice cina yang harganya bawah RM5 untuk nasi+4 lauk+sup+air.
Kriteria menu cina tu ialah kad pelajar yang sah dan nasi serta 4 lauk tu akan dicedok oleh pekedai dan bukan oleh customer tu. Sup dan air ambik sendiri. Kalau pelanggan datang bukan nak makan "menu rahmah" dia, boleh cedok sendiri suka hati nak banyak mana pun ok sebab bayar ikut makanan yang diambil dengan harga biasa.
Tak tau untuk menu rahmah ni siapa2 pun boleh makan atau kena tunjuk bukti. Tapi bukti apa ya? Kalau pelajar bolehlah tunjuk kad pelajar yang sah. Mungkin tunjuk Mykad? Tapi baguslah kalau implementasi boleh berjalan lancar macam yang dah dipraktik oleh kedai2 Cina sekitar UM berpuluh tahun dah. |
|
|
|
|
|
|
|
TIBER jer..depa letak tanda rega ARINI...tmpt ni la aku komplen kt kpdnkk pasai x letak tanda rega... |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 31-1-2023 07:07 PM
Rakyat asing/pendatang asing pun boleh tumpang order menu Rahmah ke?
kita kasi maju ini negara la kakak..apa pasal tada vole???-abangla |
|
|
|
|
|
|
|
I skeptical sikit dgn program2 melibatkan dana utk org susah ni...brp ramai je yg siphon duit dana utk kemewahan diri lepas tu claim x pulang modal la, brg mentah mahal sgt la...sblm program x pulak buat kira2 properly...dah dpt dana mcm2 alasan
|
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 31-1-2023 07:42 PM
Aku tk merasa pn tk tau pn
zaman tu kita semua kaya raya ooo… tabung aji & asb percent tinggi… apa bisnes pun menjadi… so macam tak terkesan sgt utk org yg ada kelulusan . tu yg uols tak perasan kot sbb hidup tgh senang…
Pada waktu kejadian, i & hb & 3 anak kecik balik Pahang jaga mak mertua sakit .. tak keje sbb time tu tinggalkan bisnes kat johor, incomenya pun boleh pakai keta conti baru Bila tak keje meleyparks je la i & hb lepas hantar anak sekolah , sbb lepas subuh mil tido … Disebabkan sedar diri laki bini “jobless”, kitorang akan masuk kedai yg ada cop 1M sahaja. Apa menupun rm1 semua. Contoh.. order la apa2 air pun rm1, setiap lauk
rm1 gitu la |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Macam mane nak apply/beli. Atau semua golongan boleh je beli ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|