View: 2181|Reply: 27
|
10 Tahun Akhirnya Janda Juga- Dari Awal Kahwin Suami Memang Jenis Suka Skandal, Isteri Bertahan Sebab Anggap Lubuk Pahala
[Copy link]
|
|
Setiap pertemuan pastinya berakhir dengan perpisahan.
Namun, perpisahan yang berlaku dalam hidup wanita ini cukup memberikan impak mendalam buat dirinya.
Episod hitam pelayar TikTok bernama Ain ini bermula apabila diceraikan oleh suaminya pada 5 Oktober tahun lalu.
Walaupun sudah melayari bahtera perkahwinan lebih 10 tahun, dia terpaksa akur dengan keputusan suami untuk bercerai, didakwa angkara orang ketiga.
 Foto: Tiktok
"Diceraikan empat hari sebelum birthday kerana orang ketiga. 10 tahun saya bersusah payah dengan dia. Tak pernah tinggalkan dia.
"Kalau dia rasa susah, saya dulu yang rasa. Setelah setahun dinaikkan pangkat, mula nak bernafas dengan lega.
"Dia pilih untuk ceraikan saya sebab hati dia dah 'dihuni' perempuan lain. Perempuan yang jauh lebih muda," dakwanya.
Kata Ain, suaminya mengabaikan tanggungjawabnya sekitar dua bulan tanpa mempedulikan kebajikan isteri dan anak-anak sebelum dia akhirnya diceraikan.
Tambah Ain lagi, sebelum perkahwinannya 'diusik' orang ketiga, si suami merupakan seorang bapa penyayang.
"Dua bulan dia keluar dari rumah tinggalkan saya dan anak-anak terkontang-kanting sendirian.
"Tak peduli saya yang hilang arah dtinggalkan tiba-tiba macam tu. Akhirnya saya bawa anak-anak pindah kampung.
"Dia pernah jadi suami dan ayah penyayang satu masa dulu. Cepatnya hati seorang lelaki boleh berubah bila sudah diusik perempuan lain," luah hati wanita ini.
Demi anak-anak tercinta, wanita ini terpaksa berpura-pura kelihatan kuat dengan menyembunyikan perasaannya yang hancur.
"Anak-anak kecil lagi. Apalah dosa anak-anak yang baik ni untuk terima semua ujian macam ni sekali. Syurga mereka hancur sebab orang lain.
"InsyaAllah tak dapat syurga dunia mungkin syurga kita dekat akhirat nanti. Mak (panggilan anak-anak) akan teruskan kuat jadi bidadari anda semua. Mak tak akan tinggalkan anak-anak mak," ujarnya.
Hantaran yang dibuat di TikTok itu meraih perhatian netizen dengan mendapat 2.4 juta tontonan.
Pelbagai spekulasi timbul apabila video yang dikongsi menunjukkan situasi ketika dia berada di sebuah mahkamah untuk proses penceraian namun tidak dinyatakan lokasi.
Ada yang meneka keretakan rumah tangganya berpunca daripada sihir.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh wanita ini menerusi sebuah video baharu dimuat naik bagi menjelaskan sikap sebenar suaminya.
"Sebab ramai yang tanya macam ni (soalan sama). Saya dah lama bersabar. Bekas suami memang suka ada skandal dari awal perkahwinan.
"Dia sendiri mengaku dia mata keranjang orangnya cuma saya tanamkan harapan percaya dia akan berubah dan anggap dia lubuk pahala.
"Saya pilih untuk bertahan sampai dia tinggalkan saya. Ramai-ramai doakan dia berubah dan jadi versi lebih baik ya sebab sekarang dia sedang menerima kifarahnya. Saya tak akan balik pada dia lagi," katanya lagi. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
lagi mau doakn org yg buat tahi kt ko dgn anak²
mmg ada ek org yg baik mcmni? |
|
|
|
|
|
|
|
dorg pegi failkan penceraian ada bwk sekali anak2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga temui jalan bahagia Ain..
Perempuan yang baik dia sanggup susah payah sesama, faham dunia macam roda, sentiasa bersyukur..janji suami setia dan tak buat aneh2 |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal banyak sangat perempuan sekarang ni yang percaya lelaki mudah berubah? Laki ni bila berpenyakit, mandul, tak ada duit, dah lumpuh baru berubah. Selagi depa berduit, pipit boleh pakai, susah punya nak berubah. |
|
|
|
|
|
|
|
lubuk pahala kepala bana kau |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia tak sedar diri lepas setahun naik pangkat.....
Skrg inspektor kot.....
Pompuan ni pun dah jd guru kafa ganti kat kg.....cantik pun kena tinggal |
|
|
|
|
|
|
|
Alahhhhhhh.. apsal acik CI gigih nak kena hadam makanan acik KRT nehhh  |
|
|
|
|
|
|
|
Tak guna punya lelaki. Masa susah sama2 isteri, dah senang, ko tinggal yea?
Moga kotey kecut lepas 2 saat. Padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki manalah nak berubah. kalau dah sakit tak boleh bangun lumpuh baru berubah. sedangkan bewak hidup pun ada hati nak ada skendel. |
|
|
|
|
|
|
|
Pergh...baik ko tunggu anak ko dh bekerja barylu cerai |
|
|
|
|
|
|
|
Maknanya selama 10 tahun walupun laki dia mata keranjang dia masih bapa yg baik laa
Tp tiba2 2 bulan tu dia dah malas jd bapa yg baik laa ye?
Sbb iols agak konpius memula dia kata suami di sblm ni bapa yg baik kan pastu bila org kata kena sihir dia kata laki dia bkn kena guna2 tp mmg jantan tak guna sejak awal lg.
|
|
|
|
|
|
|
|
Isteri dia ni selayaknya berkahwin dengan taliban je. |
|
|
|
|
|
|
|
bila ustad ustazah ceramah duk sebut isteri kena taat suami..isteri kena buat itu ini tapi jarang sekali nak sebut pasal tanggungjawab suami
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum kawin memang kena vet dulu pasangan tu. Takyah mimpi akan berubah lepas kawin/lepas ada anak bagai. Nehi. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyo dpt bini baik namatey pon kena tinggal gak. Ksimpulan nyeh acik2 forum kena jadi isteri jahat baru tok laki uols sukew  |
|
|
|
|
|
|
|
Dia sendiri mengaku dia mata keranjang orangnya cuma saya tanamkan harapan percaya dia akan berubah dan anggap dia lubuk pahala.
Swinger is real lah akak. Wake up!
|
|
|
|
|
|
|
|
Doa itu membantu untuk menyedapkan hati. Makbul atau tidak tu secondary.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|