CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

[Tempatan] Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC) nafi murid SJKC tidak minat subjek Bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 31-1-2023 02:26 PM | Show all posts |Read mode
MCLC nafi murid SJKC tidak minat subjek Bahasa Melayu

https://www.bharian.com.my/berit ... ubjek-bahasa-melayu

Oleh Essa Abu Yamin - Januari 31, 2023 @ 2:22pm
essabuyamin@bh.com.my


Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC), Datuk Eddie Heng pada sidang media mengenai Murid SJKC Tidak Minat Subjek Bahasa Melayu di Pusat Konvensyen HGH Sentul, di sini. - Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC) menafikan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak berminat dengan subjek Bahasa Melayu yang diajar di sekolah.

Pengerusi MCLC, Datuk Eddie Heng, berkata perkara itu tidak benar dan untuk rekod, kadar kelulusan Bahasa Melayu di SJKC adalah hampir 90 peratus.

"Kadar kelulusan bagi mata pelajaran berkenaan dalam kalangan murid SJKC kini berada hampir 90 peratus, berbanding hampir 50 peratus pada tahun 1960 hingga 1970.

"Pencapaian ini semakin meningkat kebelakangan ini dengan pelbagai usaha yang diambil warga sekolah dan persatuan pendidikan cina, termasuk mengadakan kelas tambahan Bahasa Melayu selepas waktu sekolah.

"Guru sekolah kebangsaan (SK) juga dijemput memberi ceramah dan kelas tambahan di SJKC bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu di SJKC," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen HGH Sentul, dekat sini, hari ini.

Heng berkata, pada 2011, MCLC mewujudkan satu jawatankuasa bagi menaik taraf penguasaan Bahasa Melayu terutamanya di SJKC.

Beliau berkata, jawatankuasa itu komited meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC, dengan sasaran 100 peratus lulus.

"Jawatankuasa berkenaan juga berharap tahap penguasaan Bahasa Melayu murid di SJKC setaraf dengan murid di SK pada masa hadapan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, MCLC juga giat mempromosikan pelbagai aktiviti dan pelajaran berlandaskan Bahasa Melayu, dengan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pakar Bahasa Melayu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.390425 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list