CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2928|Reply: 52

Parah Bila Ramai Rakyat Malaysia Ada Mindset "Bila Lagi Nak Merasa Duit KWSP Kalau Tunggu Umur Bersara, Belum Tentu Hidup”

[Copy link]
Post time 31-1-2023 09:02 AM | Show all posts |Read mode
Ibarat gali lubang, tutup lubang.


Itu perumpamaan yang diberikan Perunding kewangan, Afyan Mat Rawi berikutan cadangan untuk menjadikan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran untuk berhutang dengan bank.


Katanya, ia hanya akan me­nguntungkan bank dan wang KWSP lebih baik kekal di instrumen itu berbanding dikeluarkan untuk tujuan yang tidak terdesak.




Foto: Kosmo




“Sudah sekian lama, tujuan asal KWSP adalah untuk persaraan. Namun ia sudah dibenarkan untuk pelbagai pengeluaran lain, contohnya pembelian rumah, kos perubatan, pelaburan, simpanan haji dan banyak lagi.


“Sepatutnya dari awal be­kerja, sebaiknya buat akaun berasingan bagi tujuan lain. Buat tabungan khas untuk tujuan pembelian rumah, pendidikan anak-anak, pelaburan, haji dan sebagainya. Jika semuanya bergantung kepada KWSP, ia bukanlah sesuatu tindakan bijak.


“Jika situasi itu disebabkan pengeluaran untuk tujuan benar-benar terdesak, dapat kita fahami. Tapi malangnya ramai juga yang buat pengeluaran dengan mindset, bila lagi nak merasa duit KWSP. Kalau tunggu umur bersara, belum tentu hidup”, katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.


Tambahnya, penyelesaian masalah menggunakan KWSP hanyalah umpama pil penahan sakit, tetapi ia tidak menyelesaikan akar masalah sebenar iaitu literasi kewangan.


Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak melihat keputusan untuk membenarkan pengeluaran KWSP buat masa ini adalah yang terbaik kerana majoriti pencarum mempunyai simpanan terlalu sedikit.


Dalam statistik terkini, KWSP memaklumkan, seramai 6.1 juta ahli mempunyai kurang RM10,000 dalam akaun mereka. -CARI


Sumber:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekali hidup sampai 90.  Keluarlah muka kat kosmo menagih bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 31-1-2023 09:19 AM

Apsal byk benar berita pasal menakut2kan org pasal pengeluaran kwsp? Ada ke gomen bgtau to even consider pun pengeluaran lagi???

Hujung bulan 2 or awall bulan 3 dpt dividen KWSP.. senyum laaaa sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:40 AM | Show all posts
Samerosie replied at 31-1-2023 09:04 AM
Sekali hidup sampai 90.  Keluarlah muka kat kosmo menagih bantuan.

kalau dh 90 tu mmg anak cucu cicit laa merasa.. xde mana lahh sndri nk guna citenya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:46 AM | Show all posts
biar la duit dia.. kalu dah jenis tak pandai manage financial, kau smpi tua pon jenis tak cukup juga
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:50 AM | Show all posts

jika susah nak suruh rakyat menabung dalam akaun lain  untuk pendidikan, mencarum untuk insuran kesihatan, haji, beli rumah dan lain-lain.
jadi potongan utk KWSP ditinggikan paling kurangkan pun 20% drpd gaji.. Jadi dalam akaun simpanan kwsp ada bahagian untuk insuran kesihatan, utk beli rumah, utk pendidikkan, utk pergi haji, untuk beli rumah dll.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade kat FB aku,dia X nk keluarkan kwsp suami isteri.pdhal suami sakit kronik .nk kn operate . anak2 msh sekolah.. dpt bantuan zakat,jkm dan beberapa lg.. setiap ari merintih meraih simpati.  Bl ade yg suggest kan keluarkan dl isinar segala bagai..tepek kat FB anak2 mkn nasi gan garam.. magie kosong air banyak..pd aku,kalo duit tu msh ratusan ribu..lps tu dgn suami sakit nk kn operete, anak2 sekolah nk mkn lg..X Kan semua nk minta simpati org ramai sedangkan duit kwsp suami ratusan ribu...isteri pun ratusan ribu .keluarkan skt tuk anak2.. kesian tgk anak2 sampai mkn nasi gan garam.. sanggup btl .demi alasan nk tunggu 55thn.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:00 AM | Show all posts
bagi jela keluar sampai habis
pastu blacklist yang kuat menyalak tu bia dia simpan sendiri
hahahahaah duit sendiri kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 31-1-2023 09:50 AM
jika susah nak suruh rakyat menabung dalam akaun lain  untuk pendidikan, mencarum untuk insuran kes ...

Contribution majikan maintain macam skrg 12%?

Ada sesetengaj majikan contribute sampai 19.5% + pekerja amik 11% = 30.5% dah...

Kalau standard 21% - 24%, kira banyak juga dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:21 AM | Show all posts
green~tea replied at 31-1-2023 09:09 AM
Apsal byk benar berita pasal menakut2kan org pasal pengeluaran kwsp? Ada ke gomen bgtau to even cons ...

Sebab ramai orang demand untuk keluarkan duit KWSP lagi. Kalau dibenarkan lagi, habislah peluang pelaburan yang KWSP boleh buat dengan dana yang dah dikeluarkan tu. Kalau sorang rm10k boleh keluar, kena 1 juta orang keluarkan, kan dah rm10 bilion KWSP hilang. Nanti bila dividen makin sikit, pandai pulak bising.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:31 AM | Show all posts
ntah nyee tak habis melalak keluar kwsp. aku rasa total keluar sblm ni ada kot nk dekat 30k. takkan x ckup. byk nyaa hutang korang
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
entah la, kalau yg betul2 terkesan tak mampu nak pulihkan balik ekonomi family tu iols ok je nak keluarkan pun. tp kdg2 manusia ni bila ditolong(even keluar duit sendiri), jadi best plak malas nak usaha lebih pastu manjang nak keluarkan saving entah brp hengget je lagi tggl tu.
yg tak terkesan blh la ckp itu ini dah mmg hidup aman damai seperti sediakala.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:47 AM | Show all posts
Orang kalau bermentaliti begini, agaknya bila sampai je umur boleh withdraw, terus dia keluarkan selambak dan lesap dengan segera juga. Dah bertahun2 sebelum covid kita dengar kisah macam ni. So mungkin tak tercapai objektif pun kalau nak tahan dia sampai umur 55 dengan harapan duit tu boleh sara hidup dia sehingga akhir hayat supaya tak membebankan gomen.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 31-1-2023 09:51 AM
Ade kat FB aku,dia X nk keluarkan kwsp suami isteri.pdhal suami sakit kronik .nk kn operate . anak2 ...

Dia nak bawa duit kwsp sampai ke alam barzakh agaknyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:01 AM | Show all posts
lasagna replied at 31-1-2023 09:40 AM
kalau dh 90 tu mmg anak cucu cicit laa merasa.. xde mana lahh sndri nk guna citenya.

kan...unless mmg jaga pemakanan dr sekarang boleh sihat naik kuda cam tun tu hah..
tu pun dah bnyk aktiviti takleh buat..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:03 AM | Show all posts
Selagi KWSP tak dibenarkan keluar, selagi tu ada saja yang bagi statement itu ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
i rasa bg je kluarkn. tp buat la percentage from baki simpanan.contohnya mksimum 10% aja dari simpanan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Minimum baki simpanan 50k.

Sapa ada lebih boleh keluarkan, yg xde sila diam. Boleh gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:29 AM | Show all posts
nak keluarkan tak salah cuma kena beringat
tp tulah, org kita ni jenis buntang mata tgk RM dpn mata
kalau boleh, Malaysia dia nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
pekanwoohoo replied at 31-1-2023 10:21 AM
Sebab ramai orang demand untuk keluarkan duit KWSP lagi. Kalau dibenarkan lagi, habislah peluang p ...

Dulu ada MCO, munasabah dpt kelonggaran pengeluaran camtu... skang dah takde MCO nya, so business as usual (BAU) lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.285176 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list