View: 1038|Reply: 17
|
Lelaki Mengaku Dajal Yang Dihantar Tuhan Sebelum Maut Dipukul Di Masjid
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU – Lelaki kurang siuman yang maut selepas bergelut dengan pengawal keselamatan di Masjid Pulau Melaka di sini kelmarin, berkali-kali melaungkan bahawa dia merupakan dajal yang dihantar Tuhan.
Bukan itu sahaja, dia turut menepuk dadanya berkali-kali sebelum menyerang seorang wanita yang berada di kawasan itu pada pukul 6.30 petang.
W. Faudilah W. Abdullah, 57, berkata, selepas melaungkan ayat itu, lelaki tersebut meluru ke arahnya sebelum melepaskan tendangan hingga mengakibatkannya terjatuh lalu terbaring dalam keadaan mengiring.
Foto: Kosmo
Katanya, lelaki itu kemudian memijak dan menyepak belakang badan, kepala dan bahunya secara bertubi-tubi.
“Nasib baik ada sekumpulan pelajar tahfiz di tingkat atas masjid ternampak kejadian itu lalu menyelamatkan saya.
“Kejadian itu menyebabkan lengan, belakang badan dan tengkuk saya lebam sebelum dipapah masuk ke dalam rumah warden yang terletak berhampiran masjid,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Melaka di sini semalam.
Menurut W. Faudilah, dia agak pelik dengan tindakan lelaki itu, tetapi tidak mengendahkannya.
Tambahnya, seorang wanita kemudian membawanya ke balai polis untuk membuat laporan sebelum ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Sementara itu, di Pasir Puteh, ibu lelaki tersebut yang enggan dikenali berkata, dia menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kejadian menimpa anaknya.
“Sebelum ini dia (anak) kerap ke masjid untuk mengikuti pengajian agama. Arwah pernah bekerja sebagai jaga di Johor dan sudah setahun pulang ke kampung untuk menjaga neneknya yang berusia 101 tahun,” katanya ketika ditemui di Kampung Changgai, Gaal di sini semalam.
Wanita itu memberitahu, kematian anaknya hanya diketahui selepas dimaklumkan oleh polis.
Tambahnya, arwah dilihat tidak stabil ketika keluar rumah tiga hari lalu dan laporan berhubung kehilangannya dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum mengamuk, mangsa baru selesai menunaikan solat Asar di masjid itu.
Pengawal keselamatan masjid cuba menahannya sebelum berlaku pergelutan.
“Ketika bergelut, beberapa pelajar tahfiz datang membantunya lalu berjaya menahan mangsa. Ketika polis sampai, kita dapati mangsa meninggal dunia. Sebelum mengamuk, mangsa melakukan perbuatan sama dan mencederakan neneknya di Pasir Puteh,” katanya.
Seramai 12 saksi termasuk pelajar tahfiz, warden dan wanita yang diserang telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Pengawal keselamatan berusia 32 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
sakit oi kudrat lelaki ko terajang plak acik berumur kesian acik.. semoga xde side effect kemudian hari.
Mungkin xniat nk pukul sampai mati pun tp tula dh tertulis |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mereng sebab dadih, good riddance yach.
Selamat mampos |
|
|
|
|
|
|
|
adoi sampai begini kejadiannya |
|
|
|
|
|
|
|
Oyo miow ke?? Tp heols dah awal dulu arwah kat CI
Gila isim terkacip syabu |
|
|
|
|
|
|
|
dajal pun malu nak ngaku budak isim ni member dia
|
|
|
|
|
|
|
|
salah sapa ku tak tahu. tp kesian macik tu kena terajang. dlm masjid plak tuh nak mengamuk. mendadih ke |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 31-1-2023 02:39 PM
Oyo miow ke?? Tp heols dah awal dulu arwah kat CI
Gila isim terkacip syabu
Ahahahahhaha lama tak nampak dia. Tapi takkan lah dia kan. Dia takda nenek umo 101 tahun dia cakap semua orang tinggalkan dia, bini pun dah cerai. Kat thread dia, dia nak pompuan je reply dia wakakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pakai seluar pendek baju ketat tu betul la oyo miow
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 31-1-2023 03:46 PM
Atata replied at 31-1-2023 03:42 PM
Ahahahahhaha lama tak nampak dia. Tapi takkan lah dia kan. Dia takda nenek umo 101 tahun dia ...
Mula2 thread cerita ala2 agamawan.. tetiba konar baring seluar pendek ketat metat.. spesis sajat ke apa..
Hahahahhahahha sis terhibur baca |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 31-1-2023 03:43 PM
kalau pakai seluar pendek baju ketat tu betul la oyo miow
Hahahahha.. eh ehhh nampak pusat?? Jadahh.. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Dari pasir putih gi mengamuk kat pulau melaka? Gi dgn apa? Motor?
|
|
|
|
|
|
|
|
terima ler hakikat yang anak makcik tu mental |
|
|
|
|
|
|
|
ha la... dia kata kaki dia gebu gebas mcm jenny k pop. ahahahaha mana dia lama tak baca kisah dia. aritu janji nak cerita pasal kiamat kecil kiamat besar dengan bdsm pastu terus hilang
|
|
|
|
|
|
|
|
My fren pulak jenis main jerkah tak kira kat bank, hospital kalau dia rasa tak puas hati. Nasib baik tak pernah masuk paper
|
|
|
|
|
|
|
|
ni semalam netijen duk bergasak pasal tajuk berita
|
|
|
|
|
|
|
|
aduhai pelik2 la ko ni. kalau tak waras moga sorga buatmu |
|
|
|
|
|
|
| |
|