CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 477|Reply: 4

Terhumban Dalam Longkang, Lelaki Putih Mata Dicekup Lepas Bas Sekolah Dibawa Lari Kemalangan

[Copy link]
Post time 30-1-2023 09:35 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pencuri bukan sahaja berputih mata malah ditangkap ketika cuba melarikan sebuah bas yang diparkir di sebuah stesen minyak di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, pada petang Isnin.


Kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu menyebabkan bas sekolah berkapasiti 44 penumpang itu mengalami kerosakan teruk apabila bas yang dipandu pencuri tersebut terbabas di tepi Lebuh AMJ berdekatan Taman Malinja.




Bas sekolah yang dilarikan seorang lelaki sebelum terbabas di tepi Lebuh AMJ berdekatan Taman Malinja.





Ahli keluarga pemilik bas, Zaidi Basri, 42, berkata, dia terus ke lokasi kejadian apabila dimaklumkan bas yang diusahakan bapanya, Basri Jafar, 68, terlibat dalam kemalangan selepas dilarikan individu terbabit.


Menurutnya, kerugian dianggarkan ribuan ringgit apabila cermin hadapan bas berusia 20 tahun itu pecah akibat rempuhan pada papan tanda selain kerosakan pada bahagian tangki apabila bas terhumban ke dalam longkang.




Zaidi





"Setelah bas terbabas, lelaki itu cuba melarikan diri ke hutan berdekatan namun berjaya ditangkap orang ramai.


"Selepas itu kami menghubungi polis dan menyerahkan lelaki berusia 30-an itu untuk tindakan lanjut kepada pihak berkuasa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Ujarnya, meskipun mengalami kerugian, namun bersyukur insiden itu tidak mendatangkan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.


"Syukur nasib baik tidak pengguna jalan raya yang tercedera dan bas terbabas di tepi jalan," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 12:46 AM | Show all posts
Cerita tak habis ni. Jarang orang nak curi bas.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bas sekolah kena kidnap adakah 1st dlm sejarah, bas x boleh cilok sana sini, patut kidnap jcb pergi pecah mesin atm
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:02 AM | Show all posts
kenapa tak lap cermin bas tu

bersawang dah
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bekasan kemalangan tu chuolss.. cermin pecah. Baidewei sebab bas dah 20 tahun, insurans memang x cover la kan. Kenderaan 20 tahun & lebih hanya blh ambik 3rd party saje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.066048 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list