CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 2

Abai Bantahan Aktivis Haiwan, Syarikat Jepun Teruskan Jual Daging Paus Guna Mesin Layan Diri

[Copy link]
Post time 30-1-2023 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat pengendali bekalan daging paus di Jepun menemui kaedah terbaharu untuk meningkatkan senarai pelanggan dan juga nilai jualan.


Meskipun terus menerima bantahan daripada aktivis haiwan dan ahli konservasi, syarikat itu kini menjalankan transaksi jualan menerusi mesin jualan layan diri, lapor AP.




Mesin jualan layan diri ketiga mula beroperasi pada Selasa lalu di Yokohama, selepas dua buah mesin dilancarkan di Tokyo pada awal tahun ini. - AP





Kyodo Senpaku Co. baru-baru ini memperkenal produk berasaskan paus di bandar Yokohama, dengan menempatkan mesin jualan layan diri.


Mesin itu menjual produk seperti sashimi paus, kepingan (bakon) paus, kulit paus dan stik paus serta daging paus dalam tin.


Harga bagi produk-produk berkenaan adalah antara 1,000 hingga 3,000 Yen (RM33 hingga RM100).


Mesin layan diri itu mudah dikenali dengan warna putih dengan dihiasi imej paus dalam bentuk kartun. Mesin ketiga mula beroperasi pada Selasa di Yokohama, selepas dua buah mesin dilancarkan di Tokyo pada awal tahun ini.


Daging paus sudah lama menjadi kontroversi di Jepun, akibat pertembungan pandangan - antara aktiviti warisan tradisi dengan kesedaran tentang impak pemburuan hidupan marin itu.


Protes antipemburuan paus mula berkurangan sejak tahun 2019 apabila Jepun memansuhkan pemburuan atas nama penyelidikan mamalia laut itu di Laut Antartika dan meneruskan pemburuan komersial di luar perairan Jepun.


BACA: Jepun tarik diri dari IWC, mahu teruskan pemburuan paus secara komersial
Pakar konservasi bimbang langkah jualan secara layan diri itu menjadi pencetus kepada aktiviti pemburuan yang lebih besar.


“Isunya di sini bukan mesin layan diri itu, namun apa yang boleh terjadi selepas ini,” tegas Nanami Kurasawa dari Iruka & Kujira (dolfin dan paus) Action Network.


Kurasawa menambah, syarikat berkenaan sudahpun memulakan langkah untuk menangkap lebih banyak paus dengan meluaskan zon pemburuan.


Kyodo Senpaku dalam strateginya bagaimanapun berharap dapat menempatkan mesin jualan layan diri di 100 lokasi di seluruh Jepun dalam tempoh lima tahun.


Mesin keempat sedia dilancarkan di Osaka bulan depan.


Idea menggunakan mesin jualan layan diri itu adalah berikutan keengganan pasar raya menjual produk berkenaan. Pengusaha rangkaian pasar raya sebelum ini bimbang jika jualan itu dibenarkan, mereka akan menerima boikot dan protes daripada kumpulan antipemburuan.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak lagi mende bole mkn nape nak paus jugak
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tradisi katanya..dulu2 pernah viral video orng jepun bunuh paus ramai2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056560 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list