CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7127|Reply: 61

Cucu P Ramlee, Najua Tak Berharap Tempoh Royalti Dilanjutkan, Pernah Dapat Tak Sampai RM20

  [Copy link]
Post time 30-1-2023 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Menghitung hari, hanya empat bulan lagi tempoh kontrak agihan royalti Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee bagi tempoh 50 tahun akan berakhir.


Dilanjutkan atau sebaliknya selepas tarikh 29 Mei depan, waris lain termasuk cucu bintang legenda, Najua P Ramlee, 36, yang juga penerima wang royalti daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) langsung tidak pernah bersuara.


Tidak seperti bapa saudaranya, Sazali, 63, yang merayu agar kerajaan membantu memanjangkan tempoh wang royalti karya diterima, Najua dan waris lain pula hanya membisu seribu bahasa.




Foto: Berita Harian




Bertemu Najua, itulah persoalan utama diajukan. Walaupun agak keberatan mengulasnya kerana disifatkan agak sensitif dan bimbang ada hati terluka, anak kepada Allahyarham Nasir P Ramlee itu berkata, dia tidak pernah meletakkan harapan untuk tempoh royalti dilanjutkan.


"Jujurnya, saya tidak kisah mengenai wang royalti. Ini adalah duit arwah (P Ramlee), kami hanya menumpang rezekinya.


"Bila isu tempoh wang royalti 50 tahun bakal berakhir, ramai menghubungi bertanyakan reaksi saya mengenainya. Namun, tidak memberi apa-apa komen.


"Saya memang tak tahu nak jawab apa. Bagi saya, jika lanjutkan, silakan. Kalau tak berjaya, tidak mengapa. Saya tak terkesan pun," katanya kepada BH Online.










Memandangkan urusan pengagihan royalti dibuat mengikut kaedah faraid, Najua mendedahkan, jumlah diterima tidak banyak selepas diagihkan kepada lapan waris termasuk Sazali.


"Selepas arwah bapa meninggal dunia, Amanah Raya memberi mandat untuk saya menguruskan royalti ini.


"Jadi, sebanyak 50 peratus wang royalti diterima saya serahkan kepada Uncle Sazali. Baki selebihnya, saya agihkan kepada adik-beradik lain.


"Sebagai anak perempuan, jumlah yang saya terima tak banyak mengikut faraid.


"ernah berlaku wang royalti diterima hanya RM19.90. Apabila lihat dalam akaun, saya sangka itu adalah wang hibah insuran, tetapi rupa-rupanya royalti arwah datuk.


"Bila kenang semula, rasa lucu pula. Disebabkan itu, saya tidak mengharapkan sangat," katanya.


Tambah Najua, dia tidak boleh menolak, apatah lagi, menjadi waris yang dilantik oleh Amanah Raya untuk menguruskan pengagihan royalti.


"Jika saya menolak, semua waris lain tidak akan dapat wang royalti. Jadi, saya tidak mahu waris lain susah kerana saya tahu mereka sangat memerlukan wang royalti ini.


"Jadi, saya terima tanggungjawab ini dengan berlapang dada," katanya.


Najua turut meluahkan kekecewaan dengan dakwaan dia dan keluarganya mengabaikan Sazali yang kini hidup susah.


"Ada pihak menuduh kami meminggirkan Uncle Sazali. Itu tidak benar.


"Walaupun hubungan kami tidak rapat, saya masih membantunya. Wang royalti diterimanya selepas arwah bapa saya meninggal dunia pada 2008 atas usaha saya.


"Ketika arwah bapa masih hidup, Uncle Sazali tak merasa duit royalti ini. Tetapi, saya sendiri tidak pasti apakah sebabnya.


"Apabila saya ambil alih untuk pengagihan royalti, saya perjuangkan hak Uncle Sazali dengan memperuntukkan 50 peratus wang royalti diberikan kepadanya.


"Sepanjang 15 tahun ini, Uncle Sazali hidup dengan wang royalti yang saya perjuangkan untuknya. Namun, jujurnya, saya kurang selesa apabila Uncle Sazali terlalu meminta-minta tempoh agihan wang royalti dilanjutkan," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Peluang Ketiga di One City Subang, Subang Jaya, baru-baru ini.


Sebelum ini, Sazali yang juga kategori orang kurang upaya (0KU) dilaporkan merayu kerajaan menimbang cadangan melanjutkan tempoh kontrak royalti lagu karya arwah bapanya.


Sazali mendakwa semakin uzur dan hanya bergantung kepada royalti itu bagi menampung perbelanjaan kos perubatan dirinya dan isteri, Hamidah Hitam


Sehubungan itu, beberapa pihak termasuk artis dan persatuan hiburan memohon kerajaan memanjangkan tempoh perlindungan karya muzik atau seni menerusi Akta Hak Cipta 1987 daripada 50 tahun kepada 70 tahun.


Ia bukan hanya melindungi lagu malar segar dihasilkan, malah lebih lama perlindungan hak cipta diberi lebih menguntungkan setiap pencipta dan pemuzik yang terbabit dalam penghasilan sesebuah karya.


MACP pula bersedia membincangkan dan memperhalusi isu berkenaan bersama kerajaan.


Terdahulu, selepas P Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973, royalti daripada karya lagunya yang diurus MACP diserahkan kepada isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma.


Namun, selepas Saloma meninggal dunia pada 25 April 1983, royalti daripada MACP itu diberikan pula kepada Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.


Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti MACP itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali sehingga mencapai tempoh 50 tahun selepas kematian P Ramlee. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 06:04 PM | Show all posts
kalau gitu je jumlah yang dapat... iols rasa teruskan je... lagipun royalti kan... orang tengok ada la dapat duit... kalau takde sape tengok... tak dapat apa la... kira sape tengok dan bayar royalti lah yang menanggung deorang... bukan kerajaan pun... kerajaan cuma mampu lanjutkan royalti je kan tak silap???

tak guna duit taxpayer pun...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts

"Jadi, sebanyak 50 peratus wang royalti diterima saya serahkan kepada Uncle Sazali. Baki selebihnya, saya agihkan kepada adik-beradik lain.

Kalau ikut faraid,uncle ko ni dapat 2 bahagian je dik berbanding anak perempuan 1 je. Bukannye smpi dpt separuh. Tu dh bukan faraid tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lgpun setau aku sazali ni anak angkat je kan?anak kandung p ramlee ni yg bapak si najua ni. Ka diorg kasi jugak sbb ehsan je
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak dia Natasha tuh kecik2 lagi mulut camcibai sekelas dengan kakak meolls dulu masa sekolah rendah. Dia nih pun sama menyombong masa kecik2 comel dah besar comot. Duduk Flat Sri Sabah je dulu lah kuikuikui tiberrrr
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 06:27 PM | Show all posts
bagus la najua ni... tetap ingat kat pak sedara dia walaupun hasil x seberapa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Faraid mende? sbb masa hayat arwah bapak ko ada lagi uncle sazali x dapat ialah
dia anak angkat. anak angkat mana boleh tuntut pusaka.tapi kalo ko  sendiri dah redha x boleh ckp apalah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk hencap pakcik sazali pon dah too late. Bg je la smpai psgn ni meninggal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 30-1-2023 06:14 PM
Kakak dia Natasha tuh kecik2 lagi mulut camcibai sekelas dengan kakak meolls dulu masa sekolah renda ...

Dulu masa kecik2 Natasha tu selalu jgk berlakon drama kan? Pelakon cilik.. dh besar x pernah nmpk dah, Najua ni plk yg sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
So sape je yg tinggal waris betul P. Ramlee? Anak2 arwah Nasir jela kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Seksi woooo diorg adik beradik time dolu2. Dressing tak hengat dunia. Tambah2 lg si Natasha tuh. Skrg tak tau la pulak. Dok nmpk omaknya je pagi2 sabtu menjinjing bakul nk ke Pasar Pudu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Level lagenda macam p ramlee pun rm19.90 jer royalti... Sohai bewak punya berapa la agaknya kan? Nak wariskan kat anak bini ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 30-1-2023 06:38 PM
Dulu masa kecik2 Natasha tu selalu jgk berlakon drama kan? Pelakon cilik.. dh besar x pernah nmpk  ...

Natasha tuh sekarang cam kerja disebalik tabir je. Adik2 dia yang anak A. Ali tuh baik2. Ini pun sama lama tak nampak berlakon. Masa kecik2 je aktif. Mak dorang garang giler dulu. Main depan rumah tak pakai selipa kena sebat kaki, tak solat kena bantai getah paip. Jiran theyolls kawan meolls sekolah rendah dedulu kalaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 08:47 AM | Show all posts
hidup dah bgnatung duit royalti je susah la cmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:02 AM | Show all posts
ada iras arwah kak deeb



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:07 AM | Show all posts
is there anything that she could do utk dptkn hak2 royalti karya arwah

maybe keluarkan modal utk beli lagu2 arwah dan secure dlm warisan family
mn2 pihak yg nk guna cth utk performance di tv ke, kena melalui family yg dilantik dan of course with certain amount
secure dr segi karya warisan and also, income jgk
utk cover kos nk secure mesti ada libatkan legal or something yg ada priced tertentu

idk, mcm kena buat sesuatu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 09:20 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:43 AM | Show all posts
...Ketika arwah bapa (Nasir P.Ramlee) masih hidup, Uncle Sazali tak merasa duit royalti ini. Tetapi, saya sendiri tidak pasti apakah sebabnya..


Sebab arwah Nasir bapa kamu tu satu-satunya waris darah P.Ramlee darah daging, yang lain tak layak terima pun, sebab semua anak angkat & anak tiri daripada isteri-isteri beliau...termasuk Sazali, anak angkat saja...paling manja, tak sekolah, tak pernah bekerja sepanjang arwah ada, itu yang bila semua tak ada dia terkapai-kapai, tak biasa bekerja, kerja pun yang tak memerlukan kelulusan sekolah je lah.

Arwah Nasir tu at least sampai akhir hayat pun bekerja di RTM tu & buat muzik.

Tapi heols dah lebih enjoysss makan royalti...walaupun sebenarnya tak layak pun...atas ihsan saja...

Kalau meols jadi Najua pun meols rengsek ye...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 09:50 AM | Show all posts
betul..najua is waris legit..ikutkan sazali x dpt pape pun..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:02 AM | Show all posts
Itu yang meols ingat lah ;

Isteri Allahyarham TSPR ada 3 ;
Junaidah Daeng Harris ; isteri pertama, ohh nonaku azizah dia ni lah. Isteri sebelum jadi artis lagi.
Norizan ; isteri kedua, bekas isteri somebody kerabat yang tergila-gilakan TSPR sebab tengok mata dia...gittew.
Saloma ; isteri terakhir beliau sehingga akhir hayat.



Dan ini anak-anak beliau, termasuk tiri & angkat.


Anak Kandung ;
1. Nasir (ibunya Junaidah)

Anak Tiri ;
1. Armali (anak Saloma dengan AR Tompel)
2. Arfan (ibunya Junaidah) - tiada dalam gambar, tiada khabar berita
3. Norma (anak Norizan dengan suami sebelumnya)

Anak Angkat ;
1. Sazali
2. Dian (anak orang cina yang dibela sejak lahir)
3. Betty (anak saudara ; anak kakak Saloma tak pasti yang mana satu, katanya Mariani)

Keturunan direct descendant dia pun ramai sebab arwah Nasir pun kahwin 3 kali. hehehe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.089452 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list