CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2610|Reply: 38

[Jenayah] Anak saya bukan tidak siuman, cuma emosi tidak stabil' - Ibu

[Copy link]
Post time 30-1-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode
PASIR PUTEH - "Anak saya bukan tidak siuman, cuma pada hari kejadian emosinya tidak stabil," demikian luahan ibu kepada lelaki yang maut dipercayai dipukul di sebuah masjid, Pulau Melaka, Kota Bharu pada Ahad.

Bagaimanapun wanita yang enggan dikenali itu memberitahu, keluarganya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit.


Dia berkata, anak lelakinya yang berusia 28 tahun itu sering ke masjid berkenaan untuk menimba ilmu.

Ujarnya, anak ketiga daripada lima beradik itu juga sudah setahun lebih tidak bekerja


"Sebelum ini dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Johor.

"Dia jarang keluar dan banyak menghabiskan masanya di rumah sambil menjaga neneknya yang sudah berusia 101 tahun kerana saya serta suami berniaga," katanya ketika ditemui di Kampung Changgai di sini pada Isnin.

Menurutnya, sehari sebelum kejadian arwah keluar dari rumah dalam keadaan emosi sudah tidak stabil, sehinggalah pada sebelah petang dia mendapat makluman daripada pihak polis mengatakan anaknya sudah meninggal dunia.

Dia memberitahu terkejut dengan berita tersebut, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

"Anak saya selamat dikebumikan pada jam 10.30 pagi tadi (Isnin) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changgai," katanya.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang lelaki kurang siuman maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar tahfiz di sebuah masjid di Pulau Melaka di sini pada Ahad.

Seorang tenaga pengajar yang enggan dikenali berkata, kejadian tersebut berlaku apabila lelaki berkenaan telah bertindak mengamuk dan kemudian membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

"Pada masa yang sama lelaki itu telah bertindak memukul seorang tukang masak wanita berusia 60-an yang kebetulan melalui kawasan kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2023 02:29 PM | Show all posts
Emosi x stabil konon...makan ubat ke x????
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:35 PM | Show all posts
kalau termis makan ubat keluarlah uri dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 30-1-2023 02:29 PM
Emosi x stabil konon...makan ubat ke x????

Anak jiran aku yg 3 tahun tanya, " uncle owl pernah dengar frasa MOMENTARY LAPSE OF INSANITY tak?"
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 pun kena call polis sebelum ambil tindakan sendiri

Nak pukul boleh
Tapi jangan ler sampai mati

Bukan nak kata si mati ni tak salah
Tapi bila dah jadi kes bunuh
Sesen taguna
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:50 PM | Show all posts
tak makan ubat...kompom penyakit dia datang....
sebab aku ada kenalan yg macam ni...
masa makan ubat dia ok jer....
tapi bila tak makan....dia punya sembang pun ko dah takut....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedua pihak mental tak betul, hat mati dan yg memukulnya sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:22 PM | Show all posts
allah... sampai mati... apa la yg dia buat.. mkn dadih ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang tu pukul cuma sekali... Ingatkan cuma nak disablekan suspek... Tup2 terkena kat vital organ ka atau mana2 tempat sensitif... So matila mamat tu...
Bknla nak justify tindakan yg memukul... Ada sesetengah kes pijak berpuluh2 kali pun tak mati
Nasiblah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 30-1-2023 04:58 PM

Apa2 pun memukul org sampai mati tu tetapla satu kesalahan jenayah berat... Kalo dah beramai2 tu patut ikat dan bawa dia ke balai kalo dia melawan lg... Jgn la pandai2 ambil tindakan sendiri.. Kan x pasal2 dah jadik  kes bunuh.. Elok2 nk jadik hafiz udohnya termerengkok dlm penjara...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 05:07 PM | Show all posts
asbab pelajar tahfiz bertukar menjadi pembunuh
berat nanang nih

niat tidak menghalalkan cara, itu je nak cakap
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:54 PM | Show all posts
mudahnya mengambil nyawa anak org.

kalau nak bunuh org, cakap je la org tu gile pastu bolehla hentam sampai meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib laaa..kalau budak tu tak mati...makcik yang kena belasah tu mati..pelaku lepas sebab mental.pendakwaraya pun boleh mati kalau kes gini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:26 PM | Show all posts
dah setahun lebih x kerja. kenapa dia berenti kerja? ke kena buang kerja? pastu kena duduk rumah jaga nenek pulak. dgn umo dia yg baru 28thn tu.. tentu2 ni punca emosi dia x stabil. kenapa x suruh dia je pi tolong berniaga?

tp dlm berita smlm, kariah tu ckp x kenal dia, x pernah nampak dia kat masjid tu.. mana satu betul ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Xtau la kenapa kes ni i kesian dgn bebudak tahfiz tu. Mgkin niat nk pengsan kn amukan si mati. Tau2 mati dah. Xmemasal je
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 12:52 AM | Show all posts
anony-mous replied at 30-1-2023 04:31 PM
Xtau la kenapa kes ni i kesian dgn bebudak tahfiz tu. Mgkin niat nk pengsan kn amukan si mati. Tau2  ...

kannn.. mcm makcik tu ckplah.. klu xde budak2 tahfiz tu tolong, mungkin dia yang mati kena belasah dgn si emosi x stabil tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 31-1-2023 12:52 AM
kannn.. mcm makcik tu ckplah.. klu xde budak2 tahfiz tu tolong, mungkin dia yang mati kena belasah ...

Harap dipermudahkan urusan budak2 tu. Dugaan utk diaorang. Mesti kekuatan lelaki tu lain mcm amukan dia. I syak dah sepak2 n pukul awal tu, laki tu x tumbang2. Tup2 tumbang yg terus mati. Mak nya mcm mudah redha mgkin xsggup nk hadap dah perangai xbetul tu. Bahaya tu smpai merbahayakan org lain. Kalau call polis entah berapa lama baru smpai
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:02 AM | Show all posts
anony-mous replied at 30-1-2023 04:59 PM
Harap dipermudahkan urusan budak2 tu. Dugaan utk diaorang. Mesti kekuatan lelaki tu lain mcm amuka ...

polis lmbt smp 1 hal. tgh2 menunggu polis tu.. makcik tu mungkin dah innalillah.. budak2 tahfiz tu pun mungkin kena amukan mamat tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya lah maut dipukul tu
Spesis2 x siuman yg suka amuk buat sesuka hati ni mmg patut dilupuskan je oleh masyarakat
Byk sgt kes spesis2 ni buat sesuka hati tp polis pun kata takleh nk buat apa kt golongan ni
Menyusahkan org ramai je
Elokla pupus
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:13 AM | Show all posts
Dekattt masjid kena bunuh oleh pelajar2 tahfiz, hermmmm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.091531 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list