CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1690|Reply: 20

Selamba Parkir Van Dalam Bangsal Di Tengah-Tengah Kawasan Taman Perumahan, Menyusahkan Orang Nak Lalu Lalang

[Copy link]
Post time 30-1-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengeluarkan notis pengalihan terhadap pemilik van kerana meletakkan kenderaan itu di tengah jalan di sebuah taman perumahan di daerah ini, semalam.


Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, tindakan itu dilakukan kerana kenderaan terbabit menghalang lalu-lintas di kawasan taman itu.


Katanya, berdasarkan notis terbabit, pemilik diarah untuk mengalihkan kenderaan itu dalam tempoh seminggu.


Foto: MBK




"Jika gagal berbuat demikian, van terbabit bersama bangsal akan disita mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.


"Tindakan pemilik bukan saja menghalang lalu-lintas, malah mencetuskan ketidakselesaan penduduk khususnya pengguna jalan raya.


"Oleh itu, dengan mengeluarkan notis terbabit, pemilik kenderaan terbabit diminta segera mengalihkan sebelum tindakan lebih tegas diambil," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, penguatkuasaan itu berdasarkan aduan awam yang diterima.


Katanya, jika kenderaan itu disita, pemilik boleh menuntutnya tetapi kadar yang dikenakan sehari berjumlah RM100.


"Dalam kes terbabit, MBK meminta pemilik kenderaan supaya tidak mementingkan diri demi kebaikan bersama," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 01:46 PM | Show all posts
Creative sungguh kau ye.  Next time buat atas bumbung rumah letak van tu.  Tak de la ganggu lalulintas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:06 PM | Show all posts
Kenapa buat bangsal di tengah jalan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak ketum mesti ganja
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:09 PM | Show all posts
Pelik-pelik... apa yg dipikirkan.. entah la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:11 PM | Show all posts
berjangkit dgn negara I ke ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 02:12 PM | Show all posts
engkau ini apa? engkau tinggal sini ya?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:23 PM | Show all posts
zaman skrg memang ramai jiran2 yg mental & selfish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 02:36 PM | Show all posts
aje penin
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:37 PM | Show all posts
lagi kasi notis seminggu
lemah
sodok jela sial
sah2 tengah jalan
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:46 PM | Show all posts
suspek mesti bangsa yang satu tu..yg suka bawa kereta pastu parking tengah jalan, pastu kalau cakap kuat namati macam bergaduh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:56 PM | Show all posts
perlu ker seminggu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
van milik wargeasing ke?berani btl buat keras kepala letak tgh jalan. mase ni la elok sgt lori hantu besa tu terlanggar blkg van. sodok sekali dgn khemah haram tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 04:03 PM | Show all posts
memalukan orang kontan la ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pening la kalau berjiran dengan orang perangai pelik mcm nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 punya giler
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la mcm kat taman perumahan rumah my sis.. Neighbour pasang canopy depan rumah smp conquer 1 lane jalan semata buat parking kete dia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:46 PM | Show all posts
sita dan lupuskan terus van tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Uiii!!! Sesuatu betul kepala otak dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.086842 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list