CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

Bot Terbalik Di Pakistan Ragut 10 Nyawa Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 30-1-2023 11:18 AM | Show all posts |Read mode
10 kanak-kanak lemas apabila sebuah bot karam di sebuah empangan di daerah Kohat wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan, lapor Xinhua.


Bot dinaiki 25 kanak-kanak itu dilaporkan terbalik di Empangan Tanda awal pagi Ahad.




Anggota penyelamat menjalankan kerja mencari mangsa susulan kejadian bot karam di Empangan Tanda di Kohat, barat laut Pakistan, 29 Jan 2023. (Emergency Service Rescue 1122 via AP)





Seramai 16 mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital, kata Timbalan Pesuruhjaya daerah Kohat Furqan Ashraf.


Ashraf berkata, sembilan mayat lagi ditemukan di empangan, manakala seorang kanak-kanak meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.


Menurut sumber dari organisasi penyelamat Yayasan Edhi, kanak-kanak berkenaan merupakan pelajar seminari dan melakukan aktiviti rekreasi di empangan berkenaan.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.393778 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list