CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1968|Reply: 11

Jawapan Hana Ismail isu tudung singkat, ‘terpaling kahwin’

  [Copy link]
Post time 29-1-2023 10:21 PM | Show all posts |Read mode

HANA bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang tegas dan banyak mengajarnya tentang agama di rumah. Foto - FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR


Jawapan Hana Ismail isu tudung singkat, ‘terpaling kahwin’

AMPANG – Pengacara Hana Ismail menjawab kritikan dan kecaman netizen yang mempersoalkan stail tudung singkat yang dipakainya tidak menutup bahagian dada tidak seperti imej lazimnya sebelum ini.

Bagi pemilik nama lengkap Nurulhana Ismail, 37, itu, segala pendapat yang diberikan netizen diterima olehnya dengan hati terbuka dan pada masa sama, dia mengakui kekhilafannya dalam soal pemakaian.

“Saya terima dengan hati terbuka dan anggap teguran tersebut sebagai perkara yang baik.

“Kadang-kadang ada khilaf daripada pihak saya dan untuk menjelaskan lebih lanjut takut orang anggap saya terlalu faham agama.

“Tapi apa yang boleh dikatakan, cukup saya boleh solat dengan pakaian tersebut,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar The Journey Of Humandkind anjuran aplikasi Nurflix pada Khamis lalu.

Meskipun sedar akan kekhilafannya, dalam masa sama Hana turut bersyukur bersuamikan pendakwah terkenal, Da’i Syed yang banyak mengajarkan ilmu agama di rumah.

“Dia sangat menghiburkan, ceria tetapi ada anginnya sendiri. Bagi saya itu sisi tegas yang sangat bagus.

“Ada masa dia akan terapkan ilmu secara tidak formal sehingga saya bersyukur tidak perlu ke kelas agama kerana ada suami yang juga merupakan ustaz di rumah.

“Dia akan bertanyakan jika saya ada ragu-ragu dalam sesuatu isu, kupas mengenai permasalahan masyarakat atau akan memetik kitab untuk menyampaikan ilmu,” ujarnya.

Tidak mahu berpura-pura dalam media sosial dan dunia realiti, Hana menjelaskan mengapa mereka sering menonjolkan keserasian dalam media sosial sehingga mendapat kecaman ramai.

“Dalam hidup ini, kita tidak boleh suruh orang suka kita dan tidak semua kita suka terhadap orang.

“Saya faham kerana kami jadi tumpuan sebab dikenali dan ada juga orang buat hantaran sama mengenai hubungan suami isteri cuma tidak diberi fokus kepada mereka.

“Apa-apa hantaran tersebut jika boleh beri manfaat kepada anda, alhamdulillah. Yang tidak baik jangan diambil,” kata bekas pengacara OM Live! itu.

Sebelum ini, kemesraan hubungan Hana dan Dai’ Syed mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa meluat melihat aksi pasangan itu sehingga dilabel ‘terpaling berkahwin’.

Bahkan, selepas berkahwin, peminat turut meluahkan rasa kecewa dengan penampilan Hana yang dikatakan menggayakan tudung senteng dalam hantaran Instagram miliknya.

Hana dan Syed mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... t-terpaling-kahwin/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 10:54 PM | Show all posts
gelinya tengok dedua... memang sekufu sangat...

terbayang dia comolot laki tu tapi kena kopek2 dan tebas2 dulu sabut kelapa kat muka tu untuk cari mulut nak comolot... rasa macam cium beruk pun ada sebab kebetulan macamtulah style bulu2 dekat muka beruk...

nak tiru dan suruh barber potong pesen macamni pun senang...

heyyy tambi.. potong muka saya seghupa berok atau hanuman kat tokong tu....

alright boss - tukang gunting
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejujurny ai xsedar kewujudan hana ni sebagai pengacara.maybe dgn kahwin selebrity yg ada kontroversi jd free marketing utk dia
Cuma ai smpai skrg masih xfaham org umur mcm dia tp perangai mcm bdk lepas spm.pura2 tido kt bahu laki siang2 buta.brbasikal hujan2 pastu rakam.pakai baju laki pon post kt socmed.
Kenapa ekk wujud manusia2 mcmni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Wukong & sister wukong
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasangan kedua plg hebat dicerca slps jahkubis n bininya... Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti hana bangga kan lelaki terpaling hensem  rebutan bbnu sampai d fitnah merogol telah memilih dia sebagai bini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2023 08:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:47 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 29-1-2023 10:54 PM
gelinya tengok dedua... memang sekufu sangat...

terbayang dia comolot laki tu tapi kena kopek2 dan  ...

ala comolott dengan makcik kantin gitu uoollssss... hahahahhaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru ku tau dah tua rupanya.. igt dia ni ex pu yg cerai kawin cerai tu nama hana gak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan tua baru dpt laki terpaksa acah manja memahami layan laki muda beruk wukong
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kapel ni dua2 muka gatal... Sorg muke gatal lama menunggu sosej , sorang lagi muka gatal lepas terpalit kes2 aib...jijik & menggelikan . Memang sekufu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:48 AM | Show all posts
Geli lah diaorang ni.. tahhh macam kawin memang nak buat content je ke camne?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.374300 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list