CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Pahang] 'Walaupun kerdil kami mahu berdikari'

[Copy link]
Post time 29-1-2023 02:15 PM | Show all posts |Read mode

ZURIN Hazlien Mohd Zulhanif memiliki kemahiran menggunakan komputer.

Pekan: Walaupun sangat bersemangat mahu membantu keluarga, ternyata ia tidak cukup meyakinkan pemilik perniagaan yang seolah-olah tidak percaya dengan kemampuan dua insan istimewa ini.

Jelas sekali saiz kerdil serta kekurangan fizikal dijadikan alasan buat syarikat tidak menerima permohonan pekerjaan remaja istimewa berkenaan.

Justeru, impian menggunung mahu membina kerjaya demi meneruskan kehidupan berdikari walaupun dilahirkan sebagai insan kerdil sehingga kini belum tercapai.

Biar sedar kekurangan diri, naluri di jiwanya tetap normal seperti remaja sebaya.

Dilahirkan sebagai insan kerdil bukan alasan dua beradik, Zurin Hazlien Abd Halim, 19, dan abangnya, Mohd Zulhanif, 23, hanya bergantung nasib pada bantuan agensi kerajaan berkaitan. Keinginan bekerja sentiasa membara selepas mereka menamatkan persekolahan namun sehingga kini usaha tidak berhasil.

Katanya, tahun lalu dia pernah memohon jawatan operator pengeluaran kilang elektronik di daerah ini dan berpeluang ditemu duga namun hingga kini tiada keputusan.

"Saya berminat dengan jawatan itu yang sesuai dengan kemampuan diri kerana hanya menggunakan jari tanpa perlu mengangkat barangan berat dan bersaiz besar.


ZURIN Hazlien dan abangnya, Mohd Zulhanif.

"Saya berdoa impian bekerja sebagai operator pengeluaran kilang elektronik menjadi kenyataan, saya ingin bina kerjaya seperti insan normal.

"Sebagai anak lelaki dewasa saya ingin bantu keluarga terutama apabila tahap kesihatan ayah yang tidak menentu berikutan masalah jantung," kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Dia yang menetap bersama keluarga di Kampung Sungai Miang Jalan Pekan-Nenasi di sini berkata, dia memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun keputusannya tidak memuaskan, sekurang-kurangnya ia bukti tahap akademik dimiliki.

Mohd Zulhanif berkata, dengan status orang kelainan upaya (OKU), dia berharap berpeluang menjawat jawatan dalam sektor kerajaan atau swasta.

Katanya, walaupun dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tidak bermakna dia hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha.

"Saya merayu agensi kerajaan dan swasta di daerah ini membuka peluang kepada kami. Walaupun kerdil kami mahu berdikari melakukan pekerjaan sesuai.

"Saya dan adik ada kemahiran menggunakan komputer mungkin boleh membantu kami mendapat pekerjaan," katanya yang mempunyai ketinggian 115 sentimeter dan berat 20.1 kilogram.

Katanya, masa terluang banyak dihabiskan dengan membantu ibu, Zurinah Tabingin, 47, melakukan kerja rumah.

Beliau berkata, dia dan adiknya juga berminat mengikuti kursus kemahiran sebagai persediaan menceburi bidang pekerjaan.

Bagi Zurin Hazlien, dia bakal menamatkan persekolahan bulan depan di kelas pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan. Walaupun tidak berpeluang menduduki peperiksaan SPM, namun itu bukan menjadi ukuran.

Menurutnya, walaupun berstatus OKU dia tetap bercita-cita membina kerjaya impian sebagai operator pengeluaran.

"Bagi memenuhi masa terluang saya membantu seorang rakan mempromosi pelbagai produk makan segera melalui media sosial. Saya juga gemar memasak.

"Sekiranya ada peluang saya mahu mengikuti kursus kemahiran dalam bidang teknologi maklumat (IT), saya ingin buktikan saiz bukan halangan mencapai kejayaan dalam hidup," kata anak ke tiga daripada empat beradik itu.

Zurin Hazlien yang mempunyai ketinggian 103 sentimeter dan berat 19 kilogram menegaskan, kejayaan boleh dicapai jika ada kesungguhan.

"Saya merayu pada mana-mana pihak dapat memberi peluang kepada kami mendapat kerja," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... kami-mahu-berdikari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.074596 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list