|
Penumpang AirAsia akan disajikan dengan lebih banyak pilihan membeli-belah di udara apabila AirAsia hari ini, mengumumkan pelan pengembangan utama mereka.
Ia melibatkan segmen perkhidmatan dalam penerbangan, barangan bebas cukai dan menu makanan dalam penerbangan sepanjang tahun 2023.
Bagi menambah rangkaian produk dalam penerbangan serta barangan bebas cukai, AirAsia bakal menjalinkan kerjasama dengan jenama-jenama popular tempatan dan ASEAN.
Kerjasama pertama yang dilancarkan pada tahun ini adalah dengan jenama tempatan popular Naelofar.
Mulai sekarang sehingga 31 Mac 2023, para tetamu boleh mendapatkan barangan eksklusif AirAsia X Naelofar di dalam semua penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan AirAsia X Malaysia (D7).
Ia juga boleh didapati melalui AirAsia Super App dengan menekan ikon ‘Shop’ pada aplikasi tersebut.
Kotak eksklusif bernilai RM190 ini mengandungi kain hijab Naelofar, aksesori hijab, wangian untuk hijab, selendang floral, beg tangan kecil (wristlet), dan rantai kunci AirAsia.
|
|