CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1453|Reply: 8

Tiga janda 'meletup' di Malaysia

  [Copy link]
Post time 29-1-2023 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Tiga janda 'meletup'


NANA (dari kiri), Rita dan Erra.


Kuala Lumpur: Biarpun sudah agak berusia namun tiga selebriti popular ini, Erra Fazira, 48, Rita Rudaini, 46, dan Siti Nordiana, 38, atau Nana kekal dianggap sebagai hot mama, malah ada yang menggelar mereka sebagai 'janda meletup'.

Malah, ramai lelaki, termasuk yang bujang, terus berusaha mendekati hot mama ini, sekali gus menjadikan mereka teman hidup.

Erra yang pernah mendapat jolokan Primadona Filem Melayu mendirikan rumah tangga dua kali.

Perkahwinannya dengan usahawan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 sebelum bercerai pada 2014, dikurniakan seorang anak, Engku Aleesya, 14.

Rita juga pernah berkahwin dua kali dengan perkahwinan kedua bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 sebelum berpisah pada 2013, dikurniakan dua anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12.

Begitu juga Nana mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Allahyarham Faizal Yusup pada 2006 sebelum bercerai pada 2009. Mereka dikurniakan seorang anak, Muhammad Rayyan Nakhaie, 15.

Persoalannya, bagaimana mereka melayari hidup selaku ibu tunggal? Selain itu, apa harapan mereka berkaitan jodoh?

Ikuti temu bual Metro Ahad bersama ketiga-tiga 'janda meletup' ini.


RITA

Rita lebih utama anak

"Kepada orang bujang, suami orang atau duda, jangan buang masa cuba dekati saya. Cari orang lain sebab keutamaan saya dari dulu sampai sekarang adalah anak.

Sejujurnya, saya pun hampir lupa status sebagai ibu tunggal. Sebab selama ini, saya menjadi ketua keluarga yang urus semua perkara.

Malah, nak fikir soal pasangan pun tak sempat. Ini kerana, saya ada dua kekasih yang perlu dijaga hatinya iaitu anak. Apatah lagi mereka pun semakin membesar dan meningkat remaja.

Saya kena lebih banyak fokus dan memberikan perhatian daripada semua segi. Maklumlah, kedua-dua anak saya lelaki. Saya pula kena buat rujukan apa keperluan pada usia dan fasa mereka sekarang.

Kalau anak perempuan tu, kita tahu apa keperluan mereka. Saya juga tidak mahu anak hilang kasih sayang ibu. Saya tidak sanggup dan tak biarkan anak membesar tanpa kasih sayang saya.

Saya juga sanggup berkorban apa saja selagi termampu dan berdaya. Saya terus gunakan tulang empat kerat untuk membahagiakan anak serta pastikan segalanya cukup untuk mereka, terutama soal pendidikan dan agama."


ERRA

Erra dah malas nak bercinta

"Pada usia sekarang, pilihan agak terhad. Sehabis baik, saya cuba elak drama nak bercinta bagai zaman muda-mudi. Saya hanya cuba menyelami hati budi insan yang nak mendekati saya sekiranya mereka ada ciri untuk ke fasa serius. Bak kata orang, kalau nak buang masa, suruh mereka cari orang lebih muda saja.

Saya juga tidak membawa diri untuk orang cuba mengurat atau sesi berkenalan dengan bertukar nombor telefon dan 'sewaktu dengannya' apabila keluar rumah.

Saya bukan muda lagi untuk orang nak approach (mendekati) begitu. Kalau ada yang approach pun, ia kerana mereka kenal saya sebagai peminat dan mungkin nak bergambar, itu saja.

Berkaitan jodoh, saya anggap kata-kata itu doa, take it easy (ambil mudah) dan jalani hidup sihat.

Fasa nak serabut kepala mungkin dah berlalu kerana pengalaman amat mematangkan saya."


NANA

Nana sibuk urusan kerja

"Alhamdulillah, Rayyan setakat ini tak pernah tanya berkaitan bapa baharu. Dia jenis ikut saja apa yang terbaik untuk mama dia.

Malah, dia anak berdikari. Saya pun kalau pergi mana-mana dan bercuti, memang bawa Rayyan, termasuk jika ada persembahan.

Jadi, mungkin dia tengok mama gembira ke sana sini, jadi memang dia tak tanya soal nak kahwin lagi.

Malah, saya pun tak pasti ada atau tidak orang nak mengurat saya, sebab terlalu sibuk bekerja.

Saya pun belum sempat nak fikir jauh hingga ke situ (jodoh).

Ini kerana saya jumpa ramai orang setakat ini atas dasar kerja.

Jadi, untuk yang ke arah lebih serius seperti jodoh, memang belum ada.

Tapi, tak tahulah akan datang macam mana, cuma sekarang kebanyakan urusan saya hanya kerja. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang doakan perkara baik untuk saya.

Sebagaimana tekad ibu tunggal lain, saya gigih bekerja untuk mencari rezeki membesarkan anak dan menyara keluarga.

Jadi, saya lakukan yang terbaik buat diri saya serta anak.

Berkaitan panggilan 'janda meletup', saya lebih selesa anggapnya sebagai gurauan. Saya tidak terasa hati asalkan ia berpada-pada dan tidak melampaui batas hingga terlalu kasar."



Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2023/01/930370/tiga-janda-meletup


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo ritrud janda meletup? Rupa paras letupan tapi mulut hansuang macam apa. Ratu memang sentiasa lawa n classy. Nana walaupun marhaen rupanya, tapi perangai elok. Maka iols tak nak mengutuk Nana
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka ZZ mana? Dia lagi letops kot dari RR & CTnana
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Meletup ke??   Erra dgn nana janda low profile. Lepas cerai buat hal sendiri… tak ade bising2. Dua2 elok jage anak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 12:26 PM | Show all posts
Kak Jena pun lawa. x masukkan dlm list ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 12:28 PM | Show all posts
tiga2 modified muka...phuiiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg meletop.nana tu biasa biasa je nyà.mana ada buat kontroversi.pakai sopan ala ala sendayan je.kaka ratu tu letops la jugak nak caras laki bestfrend
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 01:26 PM | Show all posts
mane mak jena..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Manager/PA sendiri tulis puji pujian pasal Rota janda meletop. Punya lah terdesaknya Rota nak diingati supaya kekal relevan walaupun dah xberlakon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.559659 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list