CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 1

[Politik] Pemecatan, gantung pemimpin Umno tidak ikut proses

[Copy link]
Post time 28-1-2023 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Pemecatan, gantung pemimpin Umno tidak ikut proses


ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO NSTP.


Kuala Lumpur: Pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin Umno semalam tidak melalui proses sewajarnya serta wujud kecacatan dalam proses berkenaan.

Demikian menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjelaskan, beliau dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin parti juga tidak pernah menasihati Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil sebarang tindakan sedemikian.

Sebaliknya kata beliau, Lembaga Disiplin parti hanya membuat pemakluman kepada presiden mengenai terdapat laporan dibuat terhadap pemimpin yang dituduh.

"Sebagai sebuah parti bertamadun, Umno mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan.

"Saya menyatakan tidak setuju dengan keputusan itu atas alasan pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip 'natural justice' seperti membela diri," katanya dalam hantaran di Instagram beliau malam ini.

Ismail Sabri berkata, di sebalik tindakan pecat dan gantung yang diumumkan semalam, tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka, selain mereka tidak diberi ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab.

"Jika yang menuduh tidak puas hati, maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri. Beliau boleh membawa saksi. Tuduhan perlu dibuktikan.

"Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan Umno.

"Jawatankuasa pengurusan Umno perlu berbincang dan membawa cadangan ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk keputusan. Proses ini tidak dilaksanakan," katanya.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya malam tadi mengesahkan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli MKT Umno, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada parti.

Selain itu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan pula digantung keahlian selama enam tahun.

Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang, Ketua Umno Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif juga berdepan nasib sama digantung keahliannya, sementara Ahli MKT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya diberi surat tunjuk sebab.

Lima ahli Umno Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli Bahagian Putrajaya, dua ahli Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli Umno negeri Pahang, dipecat keahliannya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... o-tidak-ikut-proses

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2023 11:34 PM | Show all posts
boleh report kt pejabat buruh x?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.054751 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list