CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 657|Reply: 5

Serik Bekerja Dengan Yang Tak Bagus, Zizan Nin Cabar Diri Sendiri Jadi Pengarah

[Copy link]
Post time 27-1-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Melebarkan sayap dalam industri kreatif, pelakon, Zizan Nin nekad meningkatkan skil dalam bidang pengarahan bagi membuka lembaran baharu dalam karier seninya.


Zizan yang juga Penerbit Eksekutif Aquila Emas Sdn Bhd (AESB) memulakan langkah itu sejak 2019 dengan mengarahkan dokumentari, travelog dan drama untuk stesen televisyen (TV) tempatan, termasuk klien dalam bidang korporat.


Penerima trofi Pelakon Harapan Lelaki, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 pada 2007 itu menjelaskan, tujuannya merubah haluan disebabkan mahu memastikan setiap projek membuahkan hasil positif.


Zizan mengaku sudah serik bekerjasama dengan pengarah yang sering mengambil sikap acuh tak acuh dan hanya memikirkan habuan semata-mata.




Foto: IG




"Apabila sesuatu projek itu sudah diluluskan, kami di pihak penerbitan memilih barisan produksi akan bersama menjayakannya.


"Tetapi, kadang-kadang, nasib tidak baik apabila kami dapat pengarah yang hanya mengejar kuantiti berbanding kualiti.


"Saya pernah berdepan pengarah yang suka lepas tangan terhadap kerjanya. Ada ketika dia buat kerja tidak bersungguh-sungguh dan ada masalah sikap.


"Apabila hasil tidak memuaskan hati klien, kami terpaksa buat penggambaran semula. Ia menyebabkan kami terpaksa keluarkan kos tambahan, berlakunya pembaziran masa dan banyak lagi perkara lain," katanya kepada BH Online.




Foto: NSTP




Menurut Zizan, kejadian seumpama itu sering berlaku sehingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan klien terhadap syarikat produksinya.


"Apabila terjadi beberapa kali, saya dan rakan kongsi berpendapat lebih baik saya buat sendiri. Kadang-kadang kita punya cerewet itu orang lain tidak boleh terima.


"Namun, sudah tentu saya mahu beri hasil terbaik sebab klien akan berpuas hati dan beri lagi projek lain pada masa akan datang.


"Jadi, itulah sebab saya duduk di kerusi pengarah pula. Pada masa sama, ada stesen TV yang mahu lihat buah tangan saya dan saya pun sahut cabaran itu," katanya.


Bagaimanapun, Zizan mengakui, dia tidak terlepas daripada berdepan kekangan, terutama ketika proses pra-produksi.


"Cabaran di sebalik tabir ini tidak sama seperti saya menjadi pelakon sepenuh masa suatu ketika dahulu.


"Skop pelakon lebih tertumpu kepada lakonan, promosi, publisiti dan berurusan dengan media secara langsung.


"Tetapi, kerja di sebalik tabir ini, tanggungjawabnya besar. Saya perlu urus syarikat selain terpaksa berdepan kekangan bajet dan masa.


"Saya juga perlu cakna dengan keadaan semasa, terutama dalam industri hiburan dan perfileman. Saya perlu tahu kehendak semasa TV dan penonton," katanya.


Sementara itu, ditanya mengenai kerjaya dalam bidang lakonan, Zizan berkata, dia terpaksa memperlahankan rentak dan hanya memilih tawaran yang tidak mengambil masa lama.


"Saya tidak akan tinggalkan bidang lakonan dan tawaran itu masih lagi ada. Tetapi, saya terpaksa tolak dengan cara baik sebab kadang-kadang penggambaran ini lama.


"Kalau lebih daripada seminggu, saya terpaksa tolak sebab masih banyak kerja yang perlu diuruskan di pejabat.


"Jika komitmen itu diperlukan dalam jangka masa pendek, saya akan ambil.


"Saya juga perlu beri perhatian kepada syarikat produksi . Itulah apa yang saya buat sepenuh masa ketika ini," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
As a producer, Rajin tak turun set tgk shooting mcmana?klu rajin turun set, maybe director pon x berani nak buat smbil lewa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Serabut kusutnya penampilan beliau

Beza masa berlakon dgn Melissa ke sape dlu tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruknya ko sekarang Zizan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 28-1-2023 03:52 PM
Serabut kusutnya penampilan beliau

Beza masa berlakon dgn Melissa ke sape dlu tu

melissa maureen.. beza sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara pelakon lelaki yg muka hensem tp syg pendek & x jaga penampilan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.279927 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list