View: 3444|Reply: 47
|
Hana Ismail Tak Pura-Pura Bahagia Depan Kamera Dengan Da'i Syed "Media Sosial Atau Di Dunia Realiti Kami Sama Sahaja"
[Copy link]
|
|
Pasangan Da'i Syed dan Hana Ismail tidak terlepas daripada kecaman apabila mereka dilihat sering berkongsi kemesraan selepas berkahwin di sosial media.
Hana atau Nurul Hana Ismail, 37, mengakui menggunakan medium itu sebagai tempat untuk dia menunjukkan kasih sayang sebenar sebagai pasangan suami isteri dan tidak mahu berpura-pura.
Foto: IG
"Sama ada di media sosial atau di dunia realiti kami sama sahaja. Jadi saya tak naklah berpura-pura jarak dengan suami di media sosial sedangkan kami selalu duduk rapat apabila bersama. Saya hanya mahu jadi diri sendiri.
"Inilah masanya untuk saya tunjukkan kasih sayang terhadap suami. Saya faham apa yang ditunjukkan itu menjadi perhatian kerana kami dikenali. Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
"Bukan senang nak buat semua orang suka kepada kita. Jadi saya terima apa sahaja kata-kata orang terhadap kami," katanya kepada mStar.
Pasangan ini ditemui ketika majlis The Journey of Humankind dan siri animasi Musa Kalamullah anjuran aplikasi Nurflix di Hulu Kelang pada Khamis.
Menjadi kebiasaan orang yang baru berkahwin, soal zuriat dan perancangan membina keluarga juga sering ditanyakan kepada mereka.
Tidak pernah merasa tertekan dengan soalan sebegitu, kata Hana ia juga menjadi doa setiap kali orang mengharapkan mereka segera dikurniakankan cahaya mata.
"Saya tak pernah kisah pun orang tanya soal zuriat kerana itu juga doa buat kami. Sebenarnya kami tidak pernah merancang dan harap segera dikurniakan anak.
"Suami itu selalu pegang perut dan tanya 'dah ada isi ke?'. Tindakan itu juga adalah doa," jelasnya.
Selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, Hana akui banyak perkara baharu yang dia belajar tentang suaminya itu.
Dalam masa sama dia amat bersyukur dipertemukan jodoh dengan Syed kerana lelaki itu juga menjadi pembimbing yang banyak mengajar ilmu agama kepadanya.
"Suami saya ini sangat menghiburkan dan seorang yang ceria. Dalam sisi lain dia juga seorang yang tegas. Saya suka sifat itu kerana ia sangat bagus.
"Dia juga banyak berkongsi ilmu agama secara tidak formal. Bukan sahaja menjadi suami, malah dia juga ustaz dalam hidup saya," ujarnya.
Hana sah bergelar isteri kepada Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 28, pada 3 Disember tahun lalu.
Hana dan Syed sama-sama terlibat meminjam suara mereka dalam animasi Musa Kalamullah yang sudah mula bersiaran di aplikasi Nurflix.
Drama animasi 13 episod itu membawa kisah perjuangan Nabi Musa AS sejak baginda dilahirkan sehinggalah berjuang menentang kerjaan firaun.
Antara selebriti lain yang turut terlibat adalah Datin Seri Heliza Helmi, Irma Hasmie, Ustazah Asni Mansor dan Hazwani Helmi. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
anjir, try hard nak tayang bahagia. buat aku muntah hijau |
|
|
|
|
|
|
|
nak jadi bbnu, tapi dedua dah kertu berbulu. |
|
|
|
|
|
|
|
yalah... yalah... suka hati lah |
|
|
|
|
|
|
|
Silalah berbahagia sebelum tiba waktu berduka kelak. Kami kami yang dah kawen, dah merasa wak... ada time honeymoon, ada time ww2 |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia dah boleh stop tayang bahagia. Very common dalam rumah tangga ada turun naik. Ada time happy, ada time sedih, ada time gaduh, ada time rindu. Dah, boleh stop tayang. Kau pon bukan nya budak. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sangka hanna jadi geli geli gedik tunjuk bahagia mcmni. mcm tak rileks. bff dia dahlia shazwan tu tak advise dia rileks sikit ke? |
|
|
|
|
|
|
|
andartu dpt laki muda mmg mcm ni, boosting ego, sama mcm lelaki muka tak boleh go dpt kahwin perempuan hot cun letops la.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dahlia yg freehair dulu pun berkelas jauh...
taderlah ajet2 terpaling kawen
HI ni yg terpaling menasihat di TikTok acah2 tido di bahu suami kepenatan sambil menarik lengan suami
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak fake
Syed lagi manis dari wifenyer |
|
|
|
|
|
|
|
dahlia jenis rileks and tak fake sgt mcm HI. pelik giler lepas kawin jadi cringe lain mcm HI ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
serious la aku malu pasangan macam ni
orang lain ada pasangan jugak tapi takdak la beria menayang
jangan sampai 1 hari org gelakkan hang |
|
|
|
|
|
|
|
butuhhhh butuhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 31-1-2023 03:59 PM
andartu dpt laki muda mmg mcm ni, boosting ego, sama mcm lelaki muka tak boleh go dpt kahwin perem ...
Kalau 36 baru kahwin tu kategori andartu tak?
Member aku kekyah travel agency tu baruu je kawen belum sebulan. Tapi dia punya Flex dapat laki Turki huhu..cringey jugak tengok. Memang sejenis kalau ada bf akan canang2 baik punya..baru dapat laki pun canang2 cakap suami perfect. Haha adoi seram aku takut dia kecewa dikemudian hari. |
|
|
|
|
|
|
|
soo nak bagitahu yang korang dua sama2 beruk dan dewi guan yin dalam journey to the west tu ke in real life? |
|
|
|
|
|
|
| |
|