CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1289|Reply: 14

'Juri berdepan tanggungjawab berat peserta, netizen' - Dayang Nurfaizah

[Copy link]
Post time 26-1-2023 11:33 PM | Show all posts |Read mode
'Juri berdepan tanggungjawab berat peserta, netizen' - Dayang Nurfaizah


Penyanyi, Dayang Nurfaizah. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim


Kuala Lumpur: Penyanyi berkaliber, Dayang Nurfaizah, 41, menyifatkan menjadi juri adalah tanggungjawab yang berat terutama pada zaman sekarang kerana bukan berhadapan dengan peserta saja, tetapi komen daripada netizen juga.

Dayang ditemui berkata, dia mendapati tugas juri itu sangat berat kerana kena menjaga apa yang nak diperkatakan sebabnya bukan kita hanya nak beritahu peserta saja, tapi perlu memberi semangat juga.

"Jadi, sekiranya diberi pilihan saya tak berani menggalas tanggungjawab itu. Sesekali itu bolehlah (sebagai juri), tapi ia tanggungjawab yang sangat besar. Tawaran jadi juri memang ada dan yang pernah saya buat adalah Big Stage, tapi pendekatannya berbeza kerana disertai penyanyi muda.

"Justeru, saya hanya banyak memberi nasihat kepada peserta. Ikut cara saya lah," katanya ditemui pada majlis pelancaran album Belagu II yang memuatkan sembilan lagu berentak asli dan klasik Melayu, di sini, petang tadi.

Dayang yang turut berpengalaman menyertai program One in a Million pada 2006, berkata menyertai pertandingan itu berbeza kerana dia bukan sekadar menyanyi, tetapi dipertontonkan segala bakat. Jadi, cara, persembahan dan perasaannya itu lain.

"Apatah lagi, ketika itu saya pun dah ada album. Memang berat rasanya, sebab boleh atau tidak saya menghadapinya dengan kuat dari segi mental, fizikal dan emosi. Tapi, sebenarnya itu keputusan terbaik yang saya dah buat (sertai One in a Million).

"Banyak yang saya belajar di situ, walaupun berhadapan tekanan kerana dapat mengenali suara saya, kebolehan saya dan apa yang boleh diterokai dengan bakat yang masih hijau pada masa itu," katanya yang mengakui memang ada kala akan terasa hati dengan kritikan juri.

Jelas Dayang, terasa hati itu hadir kerana peserta yang bertanding biasanya rapuh terhadap kritikan juri kerana mereka sudah bekerja keras untuk memberi persembahan terbaik setiap minggu dengan pelbagai persediaan dibuat masing-masing.

"Apapun, dalam setiap kritikan juri itu pastinya ada positif dan negatifnya. Cuma, kita kena tenangkan diri untuk fikirkannya dan ambillah yang positif saja. Percayalah, disebalik kritikan negatif itu pastinya ada yang positifnya kerana teguran itu tanda sayang," katanya.

Mengulas mengenai insiden dihadapi penyanyi Sissy Imann yang dimarahi juri, Mas Idayu pada program Famili Duo, Ahad lalu, Dayang berkata, dia mengharapkan Sissy terus kuatkan semangat dan mengambilnya sebagai asam garam sebagai anak seni.

Difahamkan akibat insiden berkenaan, Sissy didakwa berkurung dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan oleh keluarganya.

Termasuk, meluahkan hasrat menjual album sulungnya yang dirakam di Studio Abbey Road, London pada tahun lalu, dengan harga RM20.




Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... en-dayang-nurfaizah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak meols dgn sissy ni, rupanye mmg trigger lah ye sbb penah kena dgn mami juga dulu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Teguran tu memanglah ok kalau dah juri kan tapi mengherdik sampai menghina tu biadap.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 12:43 AM | Show all posts
Kat FB byk orang tua kutuk Sissy tu lembik etc. Biasalah katanya generasi skrg ni lembik, pantang kena tegur terus suicidal belaka. Bagi aku netizen2 mulut puaka ni la hasil generasi yang puas kena maki, kena lempang, kena tampar, kena herdik. Bila dah dewasa, jadi takde empati dekat manusia lain. Bercakap pun sesedap mulut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg hebat macam dayang pun rendah diri, tak mau jadi juri sebab tak berani pikul tanggungjawab berat, risau terlajak kata..
So, yg acik mulut puaka, bakat tak seberapa ni la yg bangga amat jadi juri, boleh menghina herdik peserta... Puihhh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 01:23 AM | Show all posts
LadyCarefree replied at 26-1-2023 11:58 PM
Teguran tu memanglah ok kalau dah juri kan tapi mengherdik sampai menghina tu biadap.

Part mana mak ayu herdik? dia ckp dah minggu ke 6 cenggini ke persembahannya? ok je teguran dia, takde pun dia ckp bangang ko better go n tak yah nyanyi. kalau dia kata gini baru la layak utk murung. hujung tu kan dia ada ckp saya sayang kat kamu...something like that.

sissy lemau tak tahan kritikan. sikit2 nak emo. mcm tak boleh di tegur pun ye. mengada nau

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2023 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
pinkzara replied at 27-1-2023 01:23 AM
Part mana mak ayu herdik? dia ckp dah minggu ke 6 cenggini ke persembahannya? ok je teguran dia, t ...

Khuenstt iols pun dgar komen mas idayu ok je.. cuma intonasi dia je… dia xde merendah2kan sissy, xde hina sissy or whatsoever… tp kalo dgar sissy nyanyi malam aritu mmg seram, x mcm keroncong pun….
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 04:15 AM | Show all posts
bila la zaman petandingan nyanyi2 ni nak balik macam bintang rtm dolu...
terus bagi markah je... drama2 sampah juri ni buang masa bethol....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 26-1-2023 11:43 PM
Kat FB byk orang tua kutuk Sissy tu lembik etc. Biasalah katanya generasi skrg ni lembik, pantang ke ...

Kat porem ni pun ada je yg kata nenekebayan tu ok je. LOLLL Agaknya mereka pun jenis perangai sama?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
pinkzara replied at 27-1-2023 12:23 AM
Part mana mak ayu herdik? dia ckp dah minggu ke 6 cenggini ke persembahannya? ok je teguran dia, t ...

Maaf xkenal mak ayu ke mak siapa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 05:44 PM | Show all posts
tapi dayang jadi juri pon hauk jahhh. errr dayang raserrr.. err macam.. macam tu.. macam tu..

apooooo
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dayang ini aku rasa artis kaya, selain TokTi. Boleh kata dia memang professional artis
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x bleh lah cara mak.lampir tu.dgn memek mukanya dgn intonasinya...memang yihhh sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.049768 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list