CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1611|Reply: 19

[Tempatan] Penagih miliki PhD!

[Copy link]
Post time 26-1-2023 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Penagih miliki PhD!


SESI pemulihan Model i-Pulih AADK terhadap penagih dadah pelbagai latar belakang dan pendidikan dilakukan di AADK Daerah Hulu Langat, Selangor.


Kuala Lumpur: Memiliki IQ tinggi dan berjaya mencapai kecemerlangan akademik hingga ke tahap Doktor Falsafah (PhD).

Tidak terkecuali ada antara mereka berjaya memiliki kelulusan dalam bidang profesional dari pelbagai universiti terkemuka dalam dan luar negara.

Namun agak mengejutkan apabila golongan cerdik pandai ini boleh terjebak dengan penyalahgunaan pelbagai jenis dadah serta menjadi penagih dadah tegar.

Ini dibuktikan apabila Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengesan wujudnya ramai golongan penagih baru membabitkan golongan pintar dan berpendidikan tinggi ini.

Jurucakap AADK berkata, berdasarkan pengumpulan data dilakukan suku pertama tahun lalu, seramai 487 individu ditahan adalah kalangan individu memiliki ijazah manakala 22 individu adalah pemegang ijazah sarjana (Master) serta PhD.

"Mengikut pecahan, tangkapan merangkumi seramai sembilan penagih berkelulusan Master atau PhD di Selangor diikuti tiga penagih di Negeri Sembilan, dua penagih PhD di Kelantan, manakala masing-masing seorang penagih PhD di Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak.

"Semua mereka terjebak dengan penyalahgunaan dadah sama ada dadah sintetik mahupun dadah konvensional seperti ganja dan heroin.

"Manakala bagi golongan penagih yang memiliki taraf pendidikan ijazah, negeri Selangor mencatatkan jumlah teramai iaitu 107 individu diikuti Johor (41 individu), Sabah (35 individu), Kedah dan Perak (33 individu) dan Kelantan (31 individu)," katanya.

Menurutnya, berdasarkan statistik tangkapan dilakukan, AADK turut mendapati 2,305 lagi individu ditahan adalah kalangan pemegang diploma dari institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Tambahnya, bilangan penagih yang memilik diploma paling ramai ditahan membabitkan negeri Selangor diikuti Johor (217 individu), Terengganu (187 individu), Kelantan (189 individu) dan Kedah (165 individu).

Selain itu data menunjukkan 595 penagih dadah adalah kalangan individu yang mempunyai taraf pendidikan di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), 40,330 penagih berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 33,758 penagih memiliki kelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Statistik turut menunjukkan 9,906 lagi penagih dadah adalah kalangan individu yang hanya menghabiskan pendidikan di peringkat sekolah rendah.

"Justeru itu segala usaha diberikan AADK kepada 'klien' (penagih mendapatkan rawatan) melalui pelbagai modul berkesan termasuk Model i-Pulih AADK yang juga salah satu komponen penting dalam Modal Sosial ditekankan AADK," katanya.

Mula ambil dadah sejak di universiti

Berpendidikan tinggi dan tampil segak selaku pegawai eksekutif jabatan sumber manusia sebuah syarikat ternama di Utara Tanah Air.

Namun tiada siapa menyangka Hasan, 32, (bukan nama sebenar) pernah terjerumus dalam lembah penagihan dadah sejak masih bergelar penuntut di sebuah universiti awam terkemuka.

Berkongsi kisahnya, Hasan, 32, berkata, dia mula terjebak dengan dadah apabila mencuba 'nikmat' pil kuda.

"Saya melihat rakan sebilik mengambil barang terlarang itu sebelum turut mencuba syabu dan ganja. Rakan terbabit dikategorikan 'mulut naga' yang wajib mengambil 'barang' setiap hari.

"Dia tak ubah seperti mayat hidup dan kami selalu juga 'layan' barang bersama.

"Aktiviti 'gelap' itu kemudian berterusan dilakukan secara sorok-sorok sejak hampir 10 tahun lalu. Malah saya masih menagih pil kuda walaupun selepas tamat belajar dan memasuki alam pekerjaan," katanya.

Hasan berkata, biarpun dia ketagihan dadah namun dia bijak mengaburi mata orang di sekelilingnya.

"Saya nampak seperti pekerja normal lain. Saya tidak akan mengambil barang terlarang itu secara berlebihan terutama pada minggu berkerja supaya ia tidak mengganggu prestasi di pejabat.

"Saya perlu bijak 'main drama' dan tidak mengambil dadah berlebihan kerana perlu menjaga imej dan kerjaya selain tidak mahu aktiviti itu diketahui ahli keluarga, rakan sekerja dan majikan.

"Kerja saya memang sibuk dan stress. Bila cuti umum atau hujung minggu, saya akan ambil 'barang' untuk legakan tekanan itu," katanya.

Menurutnya, aktiviti penagihan dadah itu bagaimanapun 'bocor' apabila disedari ahli keluarga.

"Bagaimanapun saya bersyukur apabila mereka memberikan semangat untuk menjalani program pemulihan penagih," katanya.

Dia yang masih bujang kemudian mendapatkan rawatan pemulihan terapi diri di Bota Kiri, Perak dan kini mendalami ilmu di sebuah pondok pengajian agama.

Menurut Hasan, dia nekad mahu berubah dan mengakui 'bersih' selepas tidak mengambil barang terlarang itu sejak Oktober 2019.

Hasan yang berpendidikan ijazah sarjana muda itu berazam mahu meninggalkan noktah dalam gejala dadah yang sebati dalam dirinya.


SumbeR:https://www.hmetro.com.my/utama/2023/01/929442/penagih-miliki-phd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 02:43 PM | Show all posts
so...hebat sangatkah PHD tu???
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Silap langkah maybe.
Sebab tu dia terjebak walaupun memiliki phd
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress belajar?
Mencuba benda baru.
Perasaan ingin tahu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:44 AM From the mobile phone | Show all posts
  ganja dgn ais tu mcm langut ketujuh dgb bumi.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2023 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
masa i ambik degree dulu2 pun mmg tau ada segelintir pelajar duk ambik pil time2 nk final esp. sbb utama bukan belajaq utk dpt ilmu tp utk dpt sekeping degree semata2. waktu kuliah enjoy ja.. time final mula la ambil pil x tidoq 3 hari straight. katanya semua yg dibaca akan masuk kepala n boleh jawab semua soalan finals tu. lepas tu teruih la terbongkanv tidoq berhari2. mcm2. tu yg membawak sampai kerja tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 10:20 AM | Show all posts
PHd jadi perogol pun ada...so , nothing la PHd tu...semua atas kehendak kita je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 10:23 AM | Show all posts
Simunggu replied at 26-1-2023 02:43 PM
so...hebat sangatkah PHD tu???

sepatutnya dia hebat.....bukan semua berjaya dapat phd...huhuhu...
tersalah langkah..ada PHD pun x guna....




Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 11:06 AM | Show all posts
ladybugz replied at 27-1-2023 06:20 AM
masa i ambik degree dulu2 pun mmg tau ada segelintir pelajar duk ambik pil time2 nk final esp. sbb u ...

yup..sama la..ramai kawan2 yg amik "barang" konon utk study..
esok exam..konon boleh masuk semua..tapi mana ada semua tu...
nak2 pulak engineering course..
dgn alpha beta..thermodinamiks..derivatives..dan segala mak nenek engineering terms..
mana mungkin 1 hari masuk semua..


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 11:15 AM | Show all posts
semuga berubah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 11:15 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 27-1-2023 11:31 AM
Simunggu replied at 26-1-2023 02:43 PM
so...hebat sangatkah PHD tu???

hebatlah kalau beliau PHD bidang sains..susah oo
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 11:41 AM | Show all posts
menagih sebab stress belajar
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 07:56 AM | Show all posts
tripleid replied at 27-1-2023 11:15 AM
hebatlah kalau beliau PHD bidang sains..susah oo

apa guna PHD tapi mentah dlm kehidupan
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Steve jobs and wozniak stonehead buddy...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sia2 jah belajar sampai phd..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 08:56 AM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 30-1-2023 09:24 AM

tapaham ngan geng2 yg suka guna benchmark IQ tinggi ni padahal nothing much la,,, tak semestinya IQ tinggi tu idop ko berjaya

IQ tinggi maksudnya ko boleh jawab quiz dgn cepat je,

takde pulak equate IQ tinggi ni ko akan be successful in your life pun... EQ pun penting. smua ni kena balance out

oxford , cambrige, imperial, harvard, caltech smua pun tak mintak IQ score if nak apply study sana noks.. ko angpa letak , dema masuk bin saje.. and label ang twerp!

UPM tersangkak je yg mintak IQ score utk masuk program tak berapa nak permata tu .. ranking uni ribu2 dlm donia pulak tu sebab IQ test ni muleh buat dhuet.. esp target mak pak yg gullible..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp klu nengok drama korea ( terpaksa rujuk drama korea la, drama melayu balik2 citer psl kahwin2, mak mertua x suka), bdk2 yg sekolah berprestij tinggi, nk kekal gred tinggi, mkn ubat xnk tidur , sbb nk study malam2. So x heran la klu yg ada PHD ni ada amek dadah. Demi nk belajar ke.nk konsentrasi tinggi waktu tertentu ke.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 26-1-2023 02:43 PM
so...hebat sangatkah PHD tu???

Tah la tapi ramai gila budak muda2 skrg ada phd, nothing special. Susah cari kerja jadi sambung belajar jak
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 10:23 AM | Show all posts
Atata replied at 30-1-2023 10:15 AM
Tah la tapi ramai gila budak muda2 skrg ada phd, nothing special. Susah cari kerja jadi sambung be ...

ya ini betul..gara gara x kerja & memilih kerja sambung belajar dapat PHD
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.072645 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list