CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5566|Reply: 135

[Tempatan] Isu harga makanan: Pilih satu lauk sahaja, bukan timbun dalam pinggan, kata pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

  [Copy link]
Post time 26-1-2023 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Pilih satu lauk sahaja, bukan timbun dalam pinggan – CAP

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -dalam-pinggan-cap/

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
26 Januari 2023, 8:01 am


ORANG ramai diminta untuk mengambil satu jenis lauk sahaja untuk makan di kedai bagi mengelakkan dikenakan harga mahal. - GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Pengguna perlu memainkan peranan utama dalam mendepani isu kenaikan harga makanan terlampau di gerai dan restoran selain bijak membuat pilihan menu di premis mengikut kemampuan.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow berkata, pihaknya juga menerima banyak aduan pengguna berhubung kenaikan harga makanan dan minimum termasuk peniaga di pasar awam.

Katanya, peniaga barangan keperluan sama ada mentah atau basah terutama yang diimport kini turut berdepan kenaikan harga yang tinggi ketika ini.

“Pengguna tidak perlu boikot peniaga makanan dan minuman sebaliknya buatlah pilihan menu ikut kemampuan diri sendiri dan jangan terlalu membazir.

“Kurangkan amalan membeli makanan di luar dan seeloknya, masak sendiri di rumah. Lihat terlebih dahulu harga pada menu makanan atau minuman sebelum mahu membelinya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Laporan akhbar Kosmo! semalam.

“Bagaimana hendak turun sedangkan harga barangan mentah makin mahal? Oleh itu, dalam keadaan krisis kewangan, (pengguna) jagalah poket sendiri de­ngan pilih hanya satu lauk atau menu dan bukannya letak bertimbun atas pinggang.

“Contohnya, ambil nasi de­ngan ayam, ikan atau daging sahaja. Tidak perlu ambil lebih satu lauk sekali. Jika beli nasi goreng kampung, tidak perlu tempah lagi ayam goreng atau telur dadar kerana dalam hidangan itu sudah ada ikan bilis,” ujarnya.

Justeru, beliau turut menggesa kerajaan memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu kenaikan harga makanan termasuk barang keperluan.

“Jangan tuduh sesiapa tetapi cari solusi terbaik untuk selesai masalah yang dihadapi pengguna termasuk bayaran cukai import yang dikenakan peniaga,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan rata-rata pengusaha gerai dan restoran di negara ini didapati menaikkan harga makanan dan minuman mereka sehingga 40 peratus. -KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 08:55 AM | Show all posts
weols teringat pesanan ex-colleague dulu. kalau makan kat luar, order la makanan yang kau tak boleh masak kat rumah. contoh, kalau setakat nak makan nasik goreng kampung, better masak sendiri kat rumah. so, order la stik ke, chicken chop ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 09:17 AM | Show all posts
Themilo replied at 26-1-2023 08:55 AM
weols teringat pesanan ex-colleague dulu. kalau makan kat luar, order la makanan yang kau tak boleh  ...

same goes bila buffet kt hotel




Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Buffet masih menjadi pilihan ramai tau.. Kalau pergi hotel 5 star.. 6 star ramai ja org makan buffet... Banyak tol duit depa...
Orang kaya itu masih ramai dan wujud
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 26-1-2023 09:56 AM

Betullah mkn luar mkn siput sedut  belangkas sayur keladi sayur kerabu satay roti canai sbb xde kerja bikin sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 09:56 AM | Show all posts
ikut bajet masing-masing le time nak menceduk lauk tu kan..
jangan membazir udah..

yang penting tanya harga dulu, sebelum menceduk gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2023 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul
Skrg ambik 1 lauk je ikan/ayam gulai/goreng/berlada dh RM8
Ikan Talapia yg dulu sekilo RM3
Skrg sekerat dh RM6/7
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 10:11 AM | Show all posts
air kosong pun 60sen??..bil air naik ke setan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 10:14 AM | Show all posts
tripleid replied at 26-1-2023 10:11 AM
air kosong pun 60sen??..bil air naik ke setan??

harga gas dah naik katanya. haha...
nak kena masak air suam tu..

kalau kt kedai.. amik lauk berpada2 la.. jangan kau sudu semua jenis sikit2.. kedai caj per lauk.. bukan persudu..
kalau teringin lauk bebanyak.. esok2 pulak.
arini ayam masak merah..
esok la pulak nak merasa keli berlado..
kalau semua setimbun dalam pinggan.. pastu kena caj lebih rm10 melenting.. logiknya di mana ya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 10:15 AM | Show all posts
Dah lama patutnya pembeli2 ni kena ada kesedaran.
Kalau setakat nasi 1pinggan berjenis2 lauk mmg melantak mcm tak ada hari esok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya kalau selalu membayar..dia akan tahu nak agak berapa caj yg akan dikenakan dengan lauk sekian-sekian

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 10:23 AM | Show all posts

kesiannya...mmng trend kedai makan skrg masak lauk2 yg melimpah ruah gulai dgn segala mcm hidangan mmng mengundang selera passtu pulak jenis lauk berpuloh2 jenis. manade org amik lauk byk2..kdgn sesenduk gulai pastu sayuran dah 15-18 ingget. top up ulam ikan kering jah. eee..setakat masak gitu sebelah mata je mak masak. semalma blik keje dah dkt kul 6 tak makan dari pagi perut lak lapau terus ke dapo masak gulai kurma/ikan terubuk masin goreng buh bawang cili/sayur bayam goreng 6.30 dah siap makan. aahhh sedapnya ada ulam skli. itu kalu makan kt kedai dah berapa skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 11:09 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 26-1-2023 11:15 AM
talapia replied at 26-1-2023 10:14 AM
harga gas dah naik katanya. haha...
nak kena masak air suam tu..

caj per jenis sayur tu mmg betul..padahal ambik kangkung je dua tiga helai dah kena rm2

mmg betul kata rafizi..boikot je toke2 kedai yg cekik darah nih baru reti nak turun harga
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mamak tmpat aku ok lg..nasi,ayam goreng,sayur...x sampai rm10.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk tgk nt buffet ramadhan ada tak org pergi
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 26-1-2023 08:55 AM
weols teringat pesanan ex-colleague dulu. kalau makan kat luar, order la makanan yang kau tak boleh  ...

Cili kampung yg lauk harian biasa tu majang iols tgk full. Reservation pun kena awal kalau x berjanggut la tunggu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 11:39 AM | Show all posts
Org malaysia ni suka 'jamu' mata.  suka lauk pelbagai jenis.  sayurnya satu je.  kena latih diri untuk makan cuma dua protein dan big portion of sayur.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 11:47 AM | Show all posts
aku salu beli salad kat lotus/aeon romaine, iceberg makan ngan nasik, malas nk masak sayo. anak2 aku yg tak suka sayo elok plak makan romaine, iceberg neh ngan sandwich atau sambal belacan. kalau tapau mmg aku amik satu lauk je, salad ada kat opis, puas hati, sepokok aku sorg je
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 11:51 AM | Show all posts
Cokoro replied at 26-1-2023 11:33 AM
Nk tgk nt buffet ramadhan ada tak org pergi

Ramai juga. Kau tgk la nanti. Yg gaji 7-8k keatas akan pegi.
Yg gaji bwh 5k pun akan pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 26-1-2023 08:55 AM
weols teringat pesanan ex-colleague dulu. kalau makan kat luar, order la makanan yang kau tak boleh  ...

Itu betul sekali. Itu yg meols selalu pesan kat fily meols. Order makanan yg meols tak masak atau takkan masak kat rumah. Menu nasi campur meols very predictable, Adam pedas ikan pari dgn peria goreng.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.074240 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list