Pelakon Zulin Aziz mengakui dia terbuka hati jika suaminya Farhan Norzaini mempunyai perasaan terhadap wanita lain dan hasrat untuk menambah isteri lagi.
Zulin bagaimanapun berkata suaminya kena memastikan dirinya mampu untuk berlaku adil dari segi zahir dan batin sebelum mahu hidup berpoligami.
IG
“Saya simple, saya cakap dekat suami ‘you dah nampak contoh, kita ni selebriti dan tak boleh sebarang nak buat perangai’. Kalau nak atau suka dekat seseorang itu, beritahu awal-awal.
“Tapi kena ada sebab dan asbab, kalau kukuh… jalan, saya pergi pinangkan. Tapi kalau tak kukuh, kena pastikan kukuh dulu. Kalau satu pun tak boleh, nak buat apa dua, tiga, empat.
“Bagi kukuh dulu yang satu ini… nak jadi madu saya pun kena tengok dulu perangai elok ke tak. Kalau tak elok tu, sesuai jadi maid saja!” kata Zulin kepada Gempak.
Tambah Zulin lagi, seorang suami perlu beringat bahawa isteri adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.
“Isteri ini amanah dan tanggungjawab, kena ingat dari segi zahir dan batin. Kalau tak adil di dunia ni, nanti dekat akhirat ditanya.
IG
“Kalau satu pun terkontang-kanting, jangan tambah-tambah. Jangan takut pada manusia, tapi takut dekat sana (akhirat) tu nanti,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Zulin mendirikan rumah tangga dengan rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini dengan sekali lafaz pada 20 Februari tahun lalu.
Post time 25-1-2023 09:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
"kita ni selebriti tak boleh sebarang nak buat perngai" .. jap, lahi heshe selebriti ke?? Volunteer pinangkan tapi tetap la ada syarat, perangai lebih elok , kena ada asbab kukuh .. tapi ok la still berpijak di bumi yg nyata... Jangan jadi macam salima nak madu yg hafaz al quran sajorkkkk..
Post time 25-1-2023 09:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebelum kena sedap la cakap.
Laki kalau dia nak, dia takde pikir & bincang. Dia block bini dia, pastu dia pergi nikah di siam. tak sempat kau nak pinangkan pun
Post time 25-1-2023 09:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dah tu nak kami amin kan ke hape? skrg pong pang pong pang dgn pelbagai syarat. kang masin mulot adik madu dtg. baru ko sedar dunia ni bulat, langit tu tinggi
Post time 25-1-2023 10:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ayo berani ek buat statement gini..
bukan ke sheols jugak yang merentan hiba bila pakwe indo beliau hilang tak jadi kawen sampai buat lagu video klip panggil satu kampung...
dulu masa tak ada laki sibuk nak berlaki. dah ada laki ni jaga la laki kau elok elok. terpaling nak berbagi laki la ni. tak yah la tunjuk baik la. ingat kau bini nabi ke.
Post time 26-1-2023 12:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sekarang ye la ko cakap sebab belum rasa. Esok karang sikit2 belah sana tengok ko meroyan ke tak? Nak2 kalau madu yg beranak dulu. Tak tengok cite risik pada hati ke makcik?
Post time 26-1-2023 12:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Statement perempuan yang tak boleh hidup tanpa lelaki.
Ko asal berlaki je kan..hidup ko 24 jam mesti nak ada laki dari bujang sampai la nie. Klu tak ada laki tak boleh hidup agaknya.