CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 597|Reply: 2

14 Sesat Dalam Hutan Ketika Konvoi Motosikal, Seorang Maut Kerana Sakit

[Copy link]
Post time 25-1-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Seramai 14 anggota kumpulan Persatuan Pengembara Trabas (ITA) dilaporkan tersesat di kawasan hutan di Nagari Banja Loweh di Sumatera Barat selepas menyertai aktiviti konvoi Ahad lalu.


Menurut CNN Indonesia, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya memindahkan semua anggota komuniti motosikal itu petang kelmarin, namun seorang daripada mereka dilaporkan sudah meninggal dunia.




SEORANG maut selepas konvoi motosikal tersesat di hutan Nagari Banja Loweh di Sumatera Barat.-AGENSI





Koordinator Pos Kawalan Pasukan SAR, Robi Saputra berkata, pihaknya segera menghantar pegawai untuk melakukan pencarian selepas menerima laporan mengenai anggota komuniti motosikal yang sesat di dalam hutan pada waktu tengah malam Ahad lalu.


“Petugas berjaya menemukan mereka pada hari Isnin kira-kira pukul 2.00 petang waktu tempatan.


“Semua mangsa dipindahkan dari tempat kejadian tetapi malangnya seorang meninggal dunia kerana sakit. Mayat ahli berusia 60 tahun itu sudah dibawa ke Hospital Suliki untuk dituntut keluarga,” jelasnya.


Usaha mencari anggota konvoi motosikal yang sesat di dalam hutan itu melibatkan pegawai SAR, Polis Suliki, Badan Pengurusan Bencana Wilayah, bomba dan penduduk.


Menurut laporan yang diterima pasukan SAR, anggota (ITA) berkonvoi untuk melakukan aktiviti luar di kawasan hutan Banja Loweh dan merancang pulang pada sebelah petang.


Bagaimanapun, hujan lebat melanda kawasan itu menyebabkan mereka terpaksa berteduh dan gagal mencari jalan keluar dari hutan apabila keadaan bertukar gelap menjelang malam.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 01:00 PM | Show all posts
60 tahun gegehh nk konvoi?adoyai roy roy hati kau kewwassss..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie: 60 tahun gegehh nk konvoi?adoy ...
mamajawie: 60 tahun gegehh nk konvoi?adoy ...


U tgk tak drama baru ex kawan u . Hehe. Sakan rasokan ablasa kali kr patjuta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.081617 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list