CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 5

Guna Traktor Bantu Masyarakat Setiap Kali Banjir

[Copy link]
Post time 25-1-2023 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Setiap kali berlakunya banjir di kawasan Segamat, seorang kontraktor akan menggunakan traktor miliknya untuk membantu masyarakat sekitar daerah itu yang terjejas banjir untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).


Roslan Ahmad, 48, yang juga penduduk Kampung Sungai Gatom bukan sahaja sering menjadi individu penting setiap kali bencana tersebut menimpa, tetapi beliau juga dikenali kerana aktif dalam pengurusan van jenazah secara percuma selain menjaga anak angkat.




Roslan membantu mangsa banjir berpindah ke kawasan pusat pemindahan sementara di Segamat, 24 Jan 2023. - Foto: BERNAMA





Dia mula membantu anggota masyarakat sejak 2018, selepas membantu jirannya sekeluarga yang terperangkap banjir yang ketika itu sedang menunggu untuk diselamatkan.


"Ketika itu keadaan banjir di rumah jiran telah berada di paras pinggang. Atas dasar kemanusiaan, saya mengambil traktor dan membantu mereka keluar dari kawasan banjir dan menghantar mereka ke PPS berhampiran.


"Semenjak peristiwa itulah, saya akan menggunakan traktor untuk membantu mangsa banjir di kawasan ini, terutamanya wanita dan kanak-kanak," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Sungai Gatom, di sini, semalam.


Jelas Roslan lagi, beliau juga sempat membantu memindahkan kira-kira 40 mangsa di sekitar Kampung Sungai Gatom dan Kampung Usaha Jaya ke PPS Dewan Kampung Sungai Gatom, selepas hujan turun tidak berhenti di daerah itu sejak awal pagi semalam.


"Usaha memindahkan mangsa banjir di kedua-dua kampung ini bermula pukul 9 pagi lagi dan berakhir kira-kira pukul 2 petang," katanya.


Meskipun sedikit letih, dia merasa lega kerana usaha sukarela itu telah berjaya membantu mereka yang berada dalam kesusahan.


Sementara itu, menerusi tinjauan Bernama di beberapa lokasi banjir di sekitar Segamat sehingga pukul 4 petang semalam mendapati, kebanyakan lokasi yang terjejas terletak berhampiran sungai.


Selain itu, beberapa jalan di daerah berkenaan itu juga dinaiki air seperti Jalan Labis-Yong Peng, namun masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.


Setakat 4 petang semalam, empat sungai di Johor telah melepasi paras berbahaya dengan trend menaik, iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.04 meter (m), Sungai Lenik (Ladang Chaah) di paras 6.4m, Sungai Segamat (Segamat Kecil) di paras 37.97m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) di paras 14.41m.


Segamat menjadi daerah paling ramai terjejas banjir kini dengan 975 mangsa.






Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk pahala pkck ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 05:18 PM | Show all posts
Saingan abg Viva nih cuma tak ditularkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Besa jasa encik ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 10:04 AM | Show all posts
comel je photo ops dia, nampak sangat budak tu tengah main air banjir
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 10:18 AM | Show all posts
4x4 pon x semua tempat bole lalu.. kalau excavator camni.. lagi stabil rasanya sbb dia berat kan.. cumanya kena make sure tau jalan la... kang dah banjir sebegitu dalam.. mana nak tau jalan ke.. longkang ke.. sungai.. silap2 terbalik dalam parit bahaya jugak.. tapi dia tolong kt kampung dia je pon.. sure dia tau jalan2 nya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.457687 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list