CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 1

Sepasang Penuntut IPTS Penat Berjalan Sekitar Bandar Kuala Terengganu Dicekup Di Hotel

[Copy link]
Post time 25-1-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Mahu berehat bagi melepaskan penat selepas seharian bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Terengganu.


Itu alasan diberikan sepasang kekasih yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) selepas mereka ditahan dalam operasi pencegahan maksiat sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2023 di sebuah hotel di bandar raya ini pada Jumaat lalu.




Penguatkuasa JHEAT memeriksa individu dalam operasi yang dijalankan sekitar Kuala Terengganu pada Jumaat lalu.- Foto JHEAT





Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Khairul Azizi Idris berkata, selain dua individu itu, pihaknya turut menahan satu lagi pasangan di bilik berasingan hotel sama.


Menurutnya, pelajar IPTS tersebut berasal dari Terengganu manakala satu lagi pasangan adalah orang luar yang datang bercuti ke negeri ini.


"Ketika serbuan dibuat, dua pasangan yang semuanya berusia 20-an ini sedang tidur di dua bilik berasingan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini pada Rabu.


Khairul Azizi berkata, operasi dijalankan oleh 25 anggota Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT dan Unit Penguatkuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu di hotel dan kawasan sekitar daerah ini bermula jam 12.30 malam.


Katanya, empat individu tersebut kemudian ditahan di bawah Seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 Terengganu kerana berkhalwat.


Jelas beliau, jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.


"Lelaki dan wanita yang berada bersama seorang atau lebih dari seorang berlainan jantina yang bukan mahram di tempat terlindung, dalam rumah atau bilik dalam keadaan boleh menimbulkan syak adalah satu kesalahan.


"Oleh itu, operasi sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekang gejala maksiat dan aktiviti tidak bermoral dalam kalangan masyarakat negeri ini," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali check in hotel mewah. Apoooo hotel murah rm50 smlm. Jbtn agama berani hotel murah je. Yg mhl op coz korg xkan kne.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.277437 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list