CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 857|Reply: 6

Remaja Maut Dirempuh Mitsubishi Storm, Polis Cari 'Danang'

  [Copy link]
Post time 24-1-2023 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara sedang mengesan seorang lelaki dikenal pasti sebagai ‘Danang’ bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Limau di sini, tengah malam tadi.


Danang disyaki menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal jenis SM Sport ditungganginya dilanggar sebuah pacuan empat roda model Mitsubishi Storm dalam satu kejadian pada pukul 12.30 malam.




KEADAAN motosikal yang dilanggar sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Jalan Limau, Klang, Selangor, tengah malam tadi. Gambar kecil, Danang.




Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dari arah Jalan Meru ke Jalan Iskandar.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki dipercayai berusia 30-an dikenali sebagai ‘Danang’ dari arah bertentangan yang hendak membelok ke kiri di simpang berkenaan.


“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke dalam parit besar dan kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun, beliau menambah, susulan pelanggaran tersebut,  pemandu pacuan empat roda itu pula melarikan diri dari lokasi kejadian.


Kata Vijay lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327 atau balai polis berdekatan,” ujarnya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga indon ke yg bawak kereta ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah. Semoga Danang sedar dia dah jadi pembunuh. driver 4x4 nj semua bwak kereta mcm dah terberak dlm seluar takda lagi yg nampak bawak tenang je  semoga kat neraka driver 4x4 mcm ni kena lenyek dgn monster truck pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
4x4 ni kena tngok balik lah penggunaan ats jln raya. bukan x boleh. tp mungkin kena da lesen khas kot. sbb kalau dlm kategori kenderaan ringan ia lah raksasa. lps tu laju pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai betul pakai 4x4
Bukan untuk kerja
Tapi lambang kekuasaan atas jalan

Betul lah kena ada lesen khas
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillahwainnalillahirojiun.. moga Allah mengampunkan segala dosamu, kesian baru balik keja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2023 02:33 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.110362 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list