CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4287|Reply: 115

Baba Nyonya Minta Diiktiraf Kerajaan Sebagai Sub Etnik Yang Sah Dalam Sijil Lahir

[Copy link]
Post time 23-1-2023 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Kelompok masyarakat Baba dan Nyonya meminta kerajaan mengiktiraf mereka sebagai satu sub etnik yang sah dalam sijil kelahiran walaupun dinyatakan sebagai Cina Baba.


Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya, Datuk Ronald Gan berkata, ini kerana kali terakhir kewujudan kaum Baba dan Nyonya diperakui dalam sijil kelahiran adalah pada era 40-an, dengan catatan sebagai ‘Baba’ ataupun ‘straits-born Chinese’.




RONALD Gan menunjukkan gambar datuk dan neneknya yang berketurunan Baba dan Nyonya di Taman Bukit Nibong, Melaka. - FOTO/SYAFEEQ AHMAD





Katanya, selepas negara mencapai kemerdekaan sehingga kini, kelompok peranakan itu tidak mempunyai status yang jelas, di mana keturunan mereka terpaksa memilih ‘lain-lain’ dalam semua jenis pendaftaran membabitkan maklumat peribadi.


Justeru tegas Ronald, kerajaan hari ini perlu mengiktiraf sub etnik tersebut melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selepas mendakwa lebih 70 tahun hak mereka diketepikan.


“Kita Baba Nyonya rasa tidak ada status langsung dalam negara. Jangan kata bumiputera, sebagai contoh Melayu dahulu boleh memilih kategori sub etnik seperti Melayu Minangkabau, begitu juga Cina Hokkien, Cina Hailam, India Malayalam dan sebagainya.


“Di mana Baba? Adakah di petak ‘lain-lain’? Tapi setiap kali Sukan SEA, Sukan Komanwel, kerajaan panggil naik beca, nyanyi Dondang Sayang, adakah kami setakat produk pelancongan? Mana status kita dalam negara?,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Tahun Baru Cina di rumahnya di Taman Bukit Nibong di sini.


Tambah Ronald, pengiktirafan tersebut bukan bermakna Baba dan Nyonya menuntut sebarang hak keistimewaan, sebaliknya ia hanyalah untuk memudahkan urusan seharian mereka bagi tujuan maklumat diri, termasuk membantu Jabatan Perangkaan mengemas kini data berkaitan dengan lebih tepat.


Jelasnya, terkini terdapat enam persatuan besar Peranakan di seluruh negara termasuk Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Terengganu dengan anggaran keahlian mencecah 9,000 orang.


“Kita hendak kerajaaan iktiraf, di bawah JPN satu pilihan untuk kami, meskipun perlu memilih bangsa Cina, kami akur tetapi mestilah Cina Baba, janganlah minta kami pilih Cina Hokkien,” jelasnya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2023 06:05 PM | Show all posts
pilih ajerlah cina dah kau cina
macam kami pilih melayu sebab kami melayu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 06:08 PM | Show all posts
Ada kenalan baba di singapura, cakap melayu memang sangat fasih
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka ni tak pandai cakap cina ke?
Apa perbezaan sebenar dan yang paling ketara antara cina dan baba&nyonya ni? Bangsa berbeza ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Meka ni sepatutnya Bumiputera. Dah namanya keturunan kacukan Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 23-1-2023 11:03 AM
Mereka ni tak pandai cakap cina ke?
Apa perbezaan sebenar dan yang paling ketara antara cina dan bab ...

Baba mostly tak reti cakap Cina kan? Pengaruh Melayu juga kuat dalam budaya mereka - makanan, pakaian, bahasa. Meka ni kalau kat Sabah dah jadi Bumiputera sebab keturunan kacukan indigenous (Melayu) dan pendatang (Cina).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
cina kelantan pun ada x pandai cakap cina. baba nyonya mereka pun sambut chinese new year. agama pun bukan islam i assume not including reverts/ converts. so diorg ni mmg chinese tp boleh la buat kategori cina baba seperti yg dinyatakan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy: Meka ni sepatutnya Bumiputera. ...


Tapi kaka
I confuse juga mulanya...adakah diaorg ni hasil kacukan Cina + melayu, maknanya keturunan mereka melayu murtad ?? (sbb ikut agama budha atau selain Islam). Maaf ya soalan begini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam Mil I dlm surat beranak dia ada tulis jenis bangsa sub-etnik. Tp skg kan surat kelahiran dh xde tulis sub-etnik, cuma bangsa shj.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-1-2023 07:32 PM
Meka ni sepatutnya Bumiputera. Dah namanya keturunan kacukan Melayu.

Hari tu tgok rancangan masakan. Pengacara Melayu ni tnya kat chef baba ni. Asal usul keturuan baba nyonya. Chef ni kata kacukan cina dengan warga tempatan. Hahah tak berani dia nak sebut melayu. Ye la agama dorg buddha maksudnya nenek moyang melayu tu m•rt•d la kan. Kalau stement ni kurang tepat boleh betul kan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya yg betul2 baba nyonya dh hampir pupus. Byk yg dh kahwin cina smpi hilang budaya. Kalo tetiba nk iktiraf bumiputera, ramailah cina2 claim baba nyonya nk msk uitm minta hak itu ini. Jd iols fhm nape kerajaan refused iktiraf mereka. Iols pun ada keturunan baba nyonya juga btw
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 23-1-2023 07:56 PM
Hari tu tgok rancangan masakan. Pengacara Melayu ni tnya kat chef baba ni. Asal usul keturuan baba ...

Dia bermula selepas portugis menjajah melaka. Dlm tempoh tersebut kita x tau apa yg terjadi pd orang2 asal yg beragama islam adakah dipaksa murtad spt reconquista di sepanyol dulu. Bab ni pakar2 sejarah kena kaji apa sbnrnya terjadi sepanjang 100 tahun lebih portugis menguasai melaka. Hanya slps Belanda dan Johor tewaskan portugis di melaka, iols rasa baru melaka lebih terbuka sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 23-1-2023 11:03 AM
Mereka ni tak pandai cakap cina ke?
Apa perbezaan sebenar dan yang paling ketara antara cina dan bab ...

Diorang ni cina yang dari zaman kesultanan melayu melaka.
Perangai elok dan faham bahasa berbanding yang pendatang
Di bawak masuk british
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 23-1-2023 12:14 PM
makita replied at 23-1-2023 11:56 AM
Hari tu tgok rancangan masakan. Pengacara Melayu ni tnya kat chef baba ni. Asal usul keturuan baba ...


Murtad la. Hapa lagik. Eh Melaka liberal hokeh. Munsyi Abdullah pun rileks translate Bible pi BM (written in Jawi). Hasil kerja heols tu la first BM Bible di tanah Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 23-1-2023 12:09 PM
Dia bermula selepas portugis menjajah melaka. Dlm tempoh tersebut kita x tau apa yg terjadi pd ora ...

Tak pernah (setakat ini) aku baca sejarah pasal Melayu dipaksa murtad di zaman Portugis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 23-1-2023 08:32 PM
dua_chzy replied at 23-1-2023 08:14 PM
Tak pernah (setakat ini) aku baca sejarah pasal Melayu dipaksa murtad di zaman Portugis.


Mmg x de dlm buku sejarah sbb kita pun x tau apa terjadi dlm tempoh tu. Pemerintahan portugis sepanjang tempoh tu pun x byk maklumat kecuali asyik berperang ngan sultan mahmud, kesultanan johor dan acheh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2023 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau di Melaka, Baba Nyonya ni memang fasih cakap dan lenggok Melayu. Tapi sekarang ni cucu cicit mereka ramai dah tak kekalkan tradisi kaum Baba Nyonya ni.

Anyway, I suka Peranakan dishes. Gerang asam tu sedap sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 23-1-2023 07:03 PM
Mereka ni tak pandai cakap cina ke?
Apa perbezaan sebenar dan yang paling ketara antara cina dan bab ...


Asalnya keturunan Baba Nyonya ni tak reti cakap cina apa2 dialek pun tapi bercakap bahasa Melayu Baba yang ada perbezaan dengan bahasa Melayu. Macam batch bapak Ronald Gan ni biasanya tak reti mana2 dialek cina. Kalau macam Ronald sendiri, dia memang reti Mandarin sebab sekolah. Kalau cina peranakan pantai timur, dia memang cakap melayu kelantan/terengganu macam orang melayu tapi reti cakap hokkien pantai timur walaupun tak faham mandarin. Tapi batch muda2 pun dah mula ke sekolah cina so sama macam cina baba, cina pantai timur juga dah mula reti mandarin.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Keturunan serani pon sama kan, portugis dan org tempatan.. Kita xtau ape berlaku pada zaman tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Setau aku Baba Nyonya ni byk yg kristian. Buddha berapa kerat je pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.567682 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list