View: 415|Reply: 2
|
Semakin Ramai Pilih Bela Ayam Sebab Tertekan Nak Dapat Telur
[Copy link]
|
|
Harga telur ayam melambung di seluruh dunia sejak tahun lalu, berikutan wabak selesema burung dan perang Rusia dengan Ukraine yang menyebabkan kenaikan harga tenaga serta makanan haiwan.
New Zealand yang menggunakan lebih banyak telur berbanding kebanyakan negara lain, berdepan tekanan yang diburukkan lagi dengan perubahan peraturan pertanian dan peningkatan kos menyebabkan orang ramai membeli ayam secara dalam talian.
Gambar hiasan
Pada Selasa, laman lelongan tempatan popular 'Trade Me' memberitahu CNN, pencarian ayam dan peralatan berkaitan penjagaan ternakan itu meningkat 190 peratus setakat bulan ini, berbanding tempoh sama sebulan lalu.
Jurucakap syarikat itu, Millie Silvester berkata, lebih 65,000 carian ayam dan barangan berkaitan ayam seperti penyuap, reban dan makanan direkodkan pada awal Januari lalu.
Kekurangan itu juga membuatkan pembuat roti di negara itu 'pening kepala'.
Pemilik kedai roti berhampiran bandar Christchurch, Ron van Til yang terpaksa menyesuaikan cara membuat kek dan mufin berkata, orang ramai kini membeli ayam untuk dibela di rumah mereka kerana kesukaran mendapatkan telur.
Van Til berkata, kakaknya menjual empat ekor ayam secara lelong melalui Trade Me, dengan harga lebih dua kali ganda daripada harga biasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) New Zealand, Gabby Clezy menggesa orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik.
Menurutnya, ayam dapat hidup lama antara lapan hingga 10 tahun bergantung kepada baka dan tidak menghasilkan telur sepanjang hayat, sebaliknya ia bergantung faktor umur serta iklim setempat.
Katanya, kekurangan telur di New Zealand dikaitkan dengan perubahan undang-undang pertanian yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.
Undang-undang melarang pengeluaran telur daripada ayam yang disimpan dalam konvensional atau 'kandang bateri' iaitu ruang logam sempit yang tidak memberikan kebajikan mencukupi kepada ayam.
Kementerian bekerjasama dengan pengeluar dan melawat ladang untuk beralih dari cara konvensional itu tetapi memakan masa panjang, sekali gus larangan itu menyebabkan masalah bekalan.
Rangkaian pasar raya New Zealand, Foodstuffs, baru-baru ini, meletakkan had pembelian telur kepada setiap pelanggan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
mat sabu boleh apply jadi menteri kat nz[em:11:] |
|
|
|
|
|
|
|
why? apa yang lebih atau kurangnya NZ?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|