CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3833|Reply: 27

Cemburu, Keinginan Azira Shafinaz Ada Anak Sendiri Membuak-buak

[Copy link]
Post time 23-1-2023 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Menganjak usia 32 tahun, Azira Shafinaz mengakui, cemburu apabila melihat teman sebaya bahagia ditemani zuriat.


Kata pelakon itu, seperti wanita lain, dia juga menyimpan impian untuk mempunyai cahaya mata, meskipun masih belum serius memikirkan soal perkahwinan.




IG




Katanya, hubungan rapat dengan anak saudara menyebabkan keinginan tersebut semakin membuak-buak, apatah lagi Azira masih tinggal bersama ibu bapanya.


“Apabila usia sudah meningkat, memang cemburu lihat orang lain sudah mempunyai anak. Tambahan pula, saya jenis yang rapat dengan anak buah dan memang teringin mempunyai anak sendiri.


“Memang ada impian untuk berkahwin, tetapi saya belum fikir lagi soal tersebut. Kalau Allah SWT sudah tetapkan, pasti jodoh akan tiba,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi pakaian pengantin Rizman Ruzaini di ibu negara, baru-baru ini.


Azira yang merupakan anggota kumpulan De Fam turut memaklumkan, dia kini dalam fasa mengenali hati budi seseorang, walaupun pernah gagal dalam hubungan percintaan.


Kongsinya, dia tertarik dengan jejaka yang baru dikenalinya itu kerana pandai mengambil hati dan disenangi ahli keluarganya yang lain.


“Buat masa sekarang, orangnya sudah ada tapi biarlah rahsia. Kami masih baru menjalin hubungan dan saya tertarik sebab dia jujur, tahu baik buruk, malah keluarga juga suka dan boleh terima. Hati saya sangat lembut, jadi perlu pandai beli jiwa,” katanya.


Mengulas lanjut, pelakon drama Ijab Kabut ini berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang kriteria atau ciri tertentu mengenai bakal pasangan hidupnya.


Baginya, mempunyai kekasih hati yang mampu membimbing dirinya dan menerima keluarga seadanya sudah cukup menyenangkan hati.


“Saya bukan jenis yang suka menunjuk-nunjuk dan tayang pasangan. Nanti, kalau tidak jadi kahwin, tidak seronok. Kalau sudah pasti kahwin, memang saya akan kongsikan.


“Kalau ikutkan dulu mahu kahwin masa umur 25 tahun, tetapi sekarang jauh sangat tersasar. Apapun, kita hanya mampu merancang yang terbaik mengenai soal jodoh,” katanya.




IG




Azira pernah melalui fasa putus cinta dengan seorang ahli perniagaan serta pernah dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon bergelar duda hangat, Sharnaaz Ahmad, dua tahun lalu.


Namun, Azira sebelum ini menjelaskan , hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan baik dalam industri.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2023 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan get back dgn ex muncung tu ke?..tengok konsert sama2
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawen jela dgn sol jadi bini no 3. Mesti datin restu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lvstar: Bukan get back dgn ex muncung  ...

Siapaaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jumpa dia live. Cantik sgt orgnya. Harap bertemu jodoh  yg sepadan
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 32 ke ingatkan dia dh 38 or 39 tahun ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
PanadolExtend replied at 23-1-2023 04:40 PM
Siapaaaa?

Yasser khan tu kan. Bday anak betty pun gi sama2. Mmg dia get back la tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ouch! replied at 23-1-2023 05:39 PM
Yasser khan tu kan. Bday anak betty pun gi sama2. Mmg dia get back la tu

Iols da gugel. Lama dah bercinta ghupernye…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ouch! replied at 23-1-2023 05:39 PM
Yasser khan tu kan. Bday anak betty pun gi sama2. Mmg dia get back la tu

Memang get back la tu..tengok konsert cakra & neyo pun sama2..10 thn couple putus sambung je.. tp dalam artikel tgh kenal-kenal hati budi
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
PanadolExtend replied at 23-1-2023 04:40 PM
Siapaaaa?

Yasser khan ex bf tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawin la kalau Allah izinkan insyallah adalah zuriat
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah beranak. Rugi. Nak nak if kira ni perempuan. Segala mala kita kena tanggung belanja anak. Dgn degil dgn barang mahal.
Nak kiamat entah bila. Dahlah hujan setiap hari. Barangan makanan mahal. If dapat putar masa tak ingin I kahwin dan ada anak pinak. Mahal. Semua kerja rumah tak siapa tolong. Entah bila nak kiamat?. Semua rasa tak larat dah nak urus belanja.
Tkkan nak bunuh diri lak kan?.
Pada Azira elok tak yah kawen. Kawen ni sampai mati kita kena uruskan orang (laki dan anak anak dan mak pak tua kat kampung).
Bila lah nak kiamat. Hari hari hujan. Rasa meluat dgn cuaca rasa meluat dgn orang keliling.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn nmpk desperated sgt azira..buat rilek. Doa betul2 jumpa pasangan yg serius nk halalkan kita sebagai isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum nak dpt anak kenelah ehem2x dulu kan... Hahaha... Ni alasan cliche sgt.. Hahaha
Hormon dh membuak2x tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat kawin
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawen jela apa mslahnya azira oii...... yg bukan2 ja retis tahun 2023 ni... kurangkan sikit seksi tu baru jodoh kunjung tiba????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2023 10:52 PM | Show all posts
Lvstar replied at 23-1-2023 07:13 PM
Memang get back la tu..tengok konsert cakra & neyo pun sama2..10 thn couple putus sambung je.. tp  ...

kalau dah sampai 10 tahun tu maksudnya bf tak nak kawen la..
carikla mat saleh azira..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 23-1-2023 10:52 PM
kalau dah sampai 10 tahun tu maksudnya bf tak nak kawen la..
carikla mat saleh azira..

Buang masa je 10 thn putus sambung baiklah cari lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 23-1-2023 09:45 PM
Tak payah beranak. Rugi. Nak nak if kira ni perempuan. Segala mala kita kena tanggung belanja anak.  ...

Sabar sis. Hari bkn mendung selalu. Nnti lama2 ada la matahari muncul. Gi me time sis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 23-1-2023 08:45 PM
Tak payah beranak. Rugi. Nak nak if kira ni perempuan. Segala mala kita kena tanggung belanja anak.  ...

Please get help.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.069650 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list