CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2138|Reply: 17

[Tempatan] Bekas mak nyah antarabangsa insaf!

[Copy link]
Post time 22-1-2023 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Bekas mak nyah antarabangsa insaf!


MAK nyah bersama pengajar menunaikan solat berjemaah selepas selesai mengikuti kelas di Rumah Ngaji PIP Indera Mahkota. FOTO MOHD RAFI MAMAT



Kuantan: Detik keinsafan yang mula terbit mengamit golongan mak nyah untuk bertaubat kembali ke pangkal jalan seterusnya mula mendampingi dengan ajaran agama selepas sekian lama lalai dibawa arus nafsu songsang.

Selepas mendapat hidayah mereka tampil secara sukarela mengikuti program Kelas Bimbingan al-Quran dan fardu ain anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) lebih setahun lalu.

Kini, terdapat lebih 30 mak nyah mengikuti program terbabit di Rumah Ngaji Persatuan Insaf Pahang (PIP) Indera Mahkota di sini.

Tiga guru agama diberi tanggungjawab membimbing golongan terbabit setiap minggu pada Jumaat hingga Ahad.

Pengerusi Persatuan Insaf Pahang, Cik Nor, 50, (bukan nama sebenar) berkata, golongan terbabit yang benar-benar insaf sahaja tampil mengikuti program kelas bimbingan al-Quran dan fardu ain.

Menurutnya, terdapat lebih 200 ahli Persatuan Insaf Pahang membabitkan komuniti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) namun kira-kira 30 sahaja yang tampil mengikuti program keagamaan yang diadakan oleh Muip.

Katanya, kelas bimbingan al-Quran dan fardu ain yang diadakan antara lain bertujuan membawa mereka yang sebelum ini terbabit dengan aktiviti songsang di lorong gelap kembali ke pangkal jalan.

"Ada kalangan mereka yang sebelum ini terlalu lama meninggalkan al-Quran kerana dibawa arus maksiat, kini mula mendampingi kitab suci yang dapat menghalang mereka daripada meneruskan kegiatan bertentangan dengan agama.

"Ada juga yang baharu mula mengenali al-Quran, mereka bermula dengan membaca Iqra secara berperingkat. Kesungguhan yang ditunjukkan begitu membanggakan," katanya.

Beliau berkata, terdapat juga dalam kalangan mereka yang belajar mengaji tidak terbabit dengan aktiviti songsang, mereka mempunyai kerjaya dalam sektor swasta dan kerajaan termasuk berniaga.

Cik Nor berkata, selain warga tempatan terdapat juga mak nyah dari Thailand dan Indonesia yang turut sama mengikuti kelas al-Quran dan fardu ain selepas mendapat cahaya keinsafan.


TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr Asmadi Abdul Rahman (kiri) ketika meninjau Rumah Ngaji PIP Indera Mahkota. FOTO MOHD RAFI MAMAT


"Kelas bimbingan al-Quran dan fardu ain yang dianjurkan Muip amat bererti buat golongan mak nyah yang telah insaf dengan tunjuk ajar yang diterima dapat mengembalikan semangat mereka untuk meneruskan kehidupan normal bebas daripada aktiviti songsang yang pernah dilalui sebelum ini.

"Saya akan terus berusaha menarik lebih ramai lagi mak nyah di daerah ini menyertai program yang diadakan, walaupun ia sukar tetapi usaha ke arah itu tetap diteruskan," katanya.

Rakannya yang dikenali sebagai Kak Jun, 60, berkata selepas 25 tahun bergelumang dengan aktiviti songsang dalam dan luar negara, akhirnya pintu taubat hadir dalam dirinya selepas kehilangan ibu tersayang.

Menurutnya, perjalanan hidup sebagai mak nyah bertaraf antarabangsa penuh dengan keseronokan, tanpa pernah memikirkan dosa dan janji balasan dari Yang Maha Esa.

"Dalam kelekaan melayan hawa nafsu songsang, hidayah untuk bertaubat datang selepas kehilangan ibu yang tidak reda dengan perbuatan saya sejak sekian lama.


CIK Nor (kanan) ketika mengikuti kelas al-Quran. FOTO MOHD RAFI MAMAT


"Saya nekad untuk bertaubat dan mengikuti kelas bimbingan al-Quran dan fardu ain di beberapa tempat dan kini bersama program anjuran Muip sejak ia diwujudkan setahun lalu," katanya.

Bagi Kak Lier, 44 (bukan nama sebenar), selain belajar di kelas bimbingan al-Quran dan fardu ain, dia turut membantu mengajar rakan-rakan lain yang malu untuk belajar dengan ustaz.

Katanya, sedikit kemahiran membaca al-Quran yang ada membolehkan dia membantu dalam melancarkan program pendidikan agama bagi golongan mak nyah yang ingin insaf.

Sementara itu, bagi Mohd Khairul Shaharudin, 42, yang bertanggungjawab mengajar golongan mak nyah di kelas bimbingan al-Quran dan fardu ain, menegaskan bukan mudah untuk mengajar golongan berkenaan.

"Naluri dan perwatakan mak nyah lebih lembut daripada wanita, mereka mudah merajuk, cemburu dan sentiasa ingin perhatian.

"Walaupun susah untuk mengajar mereka namun semangat menimba ilmu yang ditunjukkan golongan terbabit amat tinggi, mereka sentiasa berusaha tanpa rasa jemu, malu dan putus asa," katanya yang juga tenaga pengajar Briged Arriqob Muip.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -antarabangsa-insaf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah cik nor....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga lebih ramai akan join n lebih byk program2 mcm ni diadakan seluruh malaysia. ada seorg pondan di ku kenali dari sekolah n berpeluang berkwan waktu mula bekerja dan sehingga skrg masih lg menjadi kenalan pada i walaupun x berhubung. i sentiasa doakan dia berubah satu hari nanti. hati dia sgt baik bg i sbb waktu i susah dulu dia sanggup susah utk bg i senang. walaupun menda tu kecik je dimata dia tp bg i sgt besar. i doakn yg baik2 utk semua yg tgh struggle utk berubah ke arah yg lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sopan2 je semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 09:25 PM | Show all posts
insaf dari menadah lah bila market dah down, that's quite easy to do

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 01:19 AM | Show all posts
Alhamdulillah. Rahmat Allah amat luas. Sebesar manapun dosa manusia, kalau bertaubat, Allah ampun dan beri kebaikan di akhirat kelak. Yg masih tak sedar tu, fikir-fikirkanlah... takut tak sempat sebelum ajal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2023 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia buat2 insaflah demi nak diterima masyarakat dek.

Bukan demi tuhan sebab tuhan tak pedulik pun lobang kau dirodok siapa dek. Itupun kalau allah wujudlah dek.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
walaupun dah insaf..masih pakai gelaran cik dan kak ya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2023 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-1-2023 09:25 PM
insaf dari menadah lah bila market dah down, that's quite easy to do

Itula. Pondan ni kalau zaman peak dia muda mkn pil hormon, buat bdan mcm prempuan jd mcm prempuan xde nya nk berubah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah.. moga dpermudahkn urusan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 22-1-2023 05:28 PM
semoga lebih ramai akan join n lebih byk program2 mcm ni diadakan seluruh malaysia. ada seorg pondan ...

aamiinn..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 23-1-2023 01:37 AM
Dia buat2 insaflah demi nak diterima masyarakat dek.

Bukan demi tuhan sebab tuhan tak pedulik pun  ...

Xde istilah kembali ke pangkal jalan. Pondan is real but since this society tidak mahu mereka wujud terpaksa lah berlakon insaf. Dalam hati tu tuhan sahaja yang tau.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 23-1-2023 03:53 AM
Itula. Pondan ni kalau zaman peak dia muda mkn pil hormon, buat bdan mcm prempuan jd mcm prempuan  ...

Senang cerita cuba kalau ada yang sudi menyunting pondan ni jadi suri hati sampai hujung nyawa takde nya dia nak berpura2 jadi jantan. Baiklah dia kembali kepada fitrah

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 23-1-2023 01:37 AM
Dia buat2 insaflah demi nak diterima masyarakat dek.

Bukan demi tuhan sebab tuhan tak pedulik pun  ...

kekdg i pun ter-pk begini jua
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-1-2023 09:47 AM
Xde istilah kembali ke pangkal jalan. Pondan is real but since this society tidak mahu mereka wuju ...

What a hypocrite world we live in, sister.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 23-1-2023 01:37 AM
Dia buat2 insaflah demi nak diterima masyarakat dek.

Bukan demi tuhan sebab tuhan tak pedulik pun  ...

Bergantung kpd apa yg dipercayai.. kalau tak ada agama, takde kepercayaan kpd tuhan, sumer menda pun voley jalan.. kalau sekadar nak diterima masyarakat, blakon camne sekalipun, last2 org akan tau jua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-1-2023 09:47 AM
Xde istilah kembali ke pangkal jalan. Pondan is real but since this society tidak mahu mereka wuju ...

Tuhan saja yang tahu perasaanku berperang dengan suasana



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
https://vt.tiktok.com/ZS8DLf15n/

Cikgu ery yg berhijrah tu?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110133 Replies : 7024
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 7224 Replies : 26
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33990 Replies : 70
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33439 Replies : 18
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 94172 Replies : 3669
...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
seribulan...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
Views : 14084 Replies : 31
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 28120 Replies : 71
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73957 Replies : 692
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72106 Replies : 767
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7223 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.686787 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list