CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1129|Reply: 12

Fikry tak mahu buat bakal isteri 'hamba'

[Copy link]
Post time 22-1-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Fikry tak mahu buat bakal isteri 'hamba'


Fikry berkorban soal jodoh demi berbakti kepada ibu dengan menjaga ibu yang sedang sakit. - Foto IG Fikry Ibrahim


KUALA LUMPUR: Saat ini, tumpuan pelakon Fikry Ibrahim, 29, lebih kepada ibunya, Bibi Zaleh, 75, yang diserang penyakit angin ahmar, kencing manis, jantung dan darah tinggi berbanding memikirkan soal jodoh.

Seperti lelaki lain, keinginan juara program realiti, Lawak Solo pada 2016 itu tetap ada, apatah lagi, melihat teman baik sudah berkeluarga dan memiliki cahaya mata.

Namun, keutamaan pemilik nama Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim ini harus diberikan kepada ibu yang kurang sihat.

Pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Hero Seorang Cinderella itu berkata, perancangan ke arah perkahwinan belum difikirkan, selain mahu memberi tumpuan kepada kerjaya.


"Sekarang saya mahu ada masa untuk diri sendiri dan menjaga mak. Jika saya terikat dengan penggambaran mungkin agar sukar menjaga mak di kampung.

"Soal calon jodoh, saya tentunya mahukan seseorang yang boleh membuatkan mak selesa agar tidak timbul sebarang masalah pada kemudian hari," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Fikry berkata, dia masih mempunyai keinginan hidup bersama pilihan hati, namun memilih berkorban buat masa ini.

"Siapa tiada keinginan mahu berkahwin, tetapi saya perlu memikirkan banyak perkara. Saya tidak mahu kurang memberi perhatian kepada isteri disebabkan saya perlu menjaga mak.

"Hakikatnya, tak semua wanita boleh terima keadaan ini. Saya juga tidak mahu isteri terasa seperti hamba untuk melakukan pelbagai perkara. Jadi, saya berkorban soal jodoh dan tumpukan perhatian kepada menjaga mak," katanya.


Fokus Fikry lebih tertumpu kepada menjaga ibu dan perniagaan, tetapi masih meneruskan kerjaya lakonan seperti biasa. - NSTP/Fathil Asri


Pelakon yang melonjak nama menerusi drama Rahsia Hati Perempuan dan Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu berkata, ibunya tidak pernah mencampuri urusan peribadinya.

"Mak tak tanya soal kahwin. Dari dahulu, mak tidak akan ganggu soal peribadi dan kerjaya.

"Saya pun tidak berkongsi hal peribadi. Setakat ini, saya belum ada sesiapa dan fokus menjaga mak sahaja," katanya.

Mengulas kerjaya lakonan yang dilihat timbul tenggelam, pelakon kelahiran Jitra, Kedah itu berkata, ia masih berjalan seperti biasa dan sudah ada beberapa projek untuk dijayakan, tahun ini.

"Memang fokus saya lebih tertumpu kepada menjaga mak dan berniaga, tetapi saya masih meneruskan kerjaya lakonan seperti biasa.

"Saya sudah terima beberapa tawaran lakonan, tahun ini. Antaranya, projek drama pada tayangan Ramadan dan penggambaran untuk dijalankan dalam masa terdekat.

"Saya juga akan muncul dengan filem, tahun ini. Cuma, saya masih belum boleh berkongsi lanjut, tetapi genre filem seram," katanya yang dipilih sebagai Chief Espresso Officer (CEO) untuk jenama minuman, Tealive yang berperanan mempromosikan aneka pilihan kopi, baru-baru ini.


Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... -bakal-isteri-hamba

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lerrr
Tunggu jelaa yaa dulu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagussss tu.   jangan macam si doyok.. harap misai aje tebal otak hanat!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh je kahwin tapi teruskanlah jaga mak. Kenapa pulak bini jadi hamba
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung jadi bini heols ni. Iols tengok heols dlm 1 prank show, lupa dh retis mana kol heols minta pinjam duit byr hutang rumah sewa n dp ofc around 20k, tenang je heols bagi pinjam yach!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka dia ni, ntah knp tp aku suka, dulu uqasha prank dia kat bilik salin baju, nmpk muka dia x suka gurau2 mcm tu... anyway, mak dia sakit ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2023 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la dia tak selfish. Ada rasa keperluan nak jaga hati mak dan jaga hati isteri. Drp timbuk konflik dok lebihkan mak…isteri rasa terabai, baik la dia fokus pd mak dia dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cawanmilosuam replied at 22-1-2023 06:16 PM
aku suka dia ni, ntah knp tp aku suka, dulu uqasha prank dia kat bilik salin baju, nmpk muka dia x s ...

Ya emak dia sakit. First paragraph dlm article di atas tu ada tulis penyakit emak dia.

Semoga FI diberi kekuatan & ketabahan utk menjaga ibu yang sakit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2023 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
F685 replied at 22-1-2023 06:21 PM
Ya emak dia sakit. First paragraph dlm article di atas tu ada tulis penyakit emak dia.

Semoga FI  ...

terima kasih atas mkluman... nmpk sgt aku bc lompat2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 08:03 PM | Show all posts
lahhh baru 29 ke dia ni? trigt video viral dia acah2 p solat jumaat kat India aritu.. watak menjadi.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka je dia berlakon

Syg yg bagus mcm ni

Tak kena up betul2

Yg viral ntah apa2 pula femes
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa PKP dulu kerap juga dia ni kena gosip dengan siti nana. Live sama sama. Sekarang dah macam tak kawan pula. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la sedar. Ramai je ceraikan isteri bila taknak jaga mak mertua. Anak2 nak jaga, kerja kena pergi, lepas tu mak mertua kena jaga. Fuhh. Superman pun boleh give up.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.072000 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list