CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1449|Reply: 8

‘Topless’ bersukan sahaja, bukan untuk tontonan awam – Alif Satar

[Copy link]
Post time 22-1-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode

ALIF SATAR menegaskan, dia tidak terlibat dengan mana-mana babak panas dalam filem Pulau dan mempunyai pendirian tersendiri sebagai seorang pelakon. - INSTAGRAM.


‘Topless’ bersukan sahaja, bukan untuk tontonan awam – Alif Satar

PETALING JAYA – Selebriti versatil, Alif Satar kekal dengan pendirian tidak terlibat dengan sebarang perkara di luar norma dalam filem sensasi, Pulau yang kecoh diperkatakan.

Alif atau nama lengkapnya, Muhammad Alif Mohd Satar berkata, sebagai anak seni yang ‘bersih’ daripada kontroversi murahan, dia hanya menjalankan tanggungjawab berlakon dalam filem terbabit tanpa melanggar prinsipnya.

“Pengarah ada minta saya lakonkan adegan tak sesuai dengan reputasi dan saya katakan ‘tidak’.

“Saya tak boleh dan ada benda yang kita ‘adjust’ (ubah). Kalau ‘topless’ (tak berbaju) untuk adegan mandi laut, saya cakap ‘no’. Artis lain, itu terpulang mereka dan saya tak kisah.

“Kalau tengok poster filem tersebut, sayalah orang yang paling ‘overdressed’. ‘Topless’ untuk bersukan macam saya sertai Ironman. Bukan untuk tontonan awam,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Sebagai seorang Muslim, Alif bertegas, cukup sedar batas-batas yang perlu dijaga demi mengelakkan perihal berbaur fitnah dan melanggar sensitiviti agama.

“Mestilah (ada pendirian). Kita orang Islam. Sebelum kerja, kita baca skrip teliti apa semua.

“Walaupun karakter yang kita mainkan dalam filem tiada kena-mengena dengan ‘who I am as a person’ (siapa diri saya sebenar dalam kehidupan realiti).

“Contoh semasa saya berlakon dengan Ummi Nazeera dalam Risik Pada Hati. Orang marah terhadap watak, padahal dalam kehidupan sebenar, saya bukan macam tu pun (ketawa).



ALIFF & THE LOCOS mempertaruhkan lagu Anugerah Terindah pada AJL37 yang akan berlangsung pada 12 Februari bulan hadapan. – SADDAM YUSOFF


“Akan ada banyak pendapat tapi saya seorang pelakon profesional. Kalau tak selesa nak buat, saya terus cakap kepada pengarah yang saya tak nak buat.

“Orang lain, mereka punya pasal. Saya pun tak nak hakimi. Siapa saya nak menghakimi orang. Saya letakkan kepada pihak produksi bagaimana nak promosikan filem ini. Itu tugas mereka,” ujarnya lagi.

Tambahnya, soal keputusan sama ada Pulau akan ditayangkan ataupun perlukan pemotongan babak, semua itu terpulang kepada pihak bertanggungjawab seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Lembaga Penapis Filem (LPF).

“Kalau orang kecam dan berasakan benda (filem) ini tak sepatutnya keluar, itu saya serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab macam Finas, LPF, produser ataupun pelakon terlibat menjayakan babak diperkatakan ramai,” katanya.

Terdahulu, filem Pulau terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio arahan Euho mencetuskan polemik apabila trailer dimuat baik mengandungi adegan panas, selain menampilkan pelakon wanita berbikini. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... an-awam-alif-satar/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Matang jawab...
Bukan macam ikmal & amelia
Tak suka takyah tengok....gitchuuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Break a leg utk ajl 12.02 nnt


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan yang bijak. Tapi nothing new pun sebab dia ni memang nampak macam celebrity yang educated sikit.

Just imagine kalau majority pelakon/penyanyi macam dia, bijak dan matang dalam menjawab soalan reporter, takde la kita kena hadap statement ntahpape retis setiap hari. Huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mekgadis16 replied at 23-1-2023 01:53 AM
Jawapan yang bijak. Tapi nothing new pun sebab dia ni memang nampak macam celebrity yang educated si ...

Bukan statement retis je... Menteri pun sama kene bijak bukan bodo
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 23-1-2023 08:46 AM
Bukan statement retis je... Menteri pun sama kene bijak bukan bodo

10000000% setuju!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2023 09:27 AM | Show all posts
Asal jangan kau start any scandals……kau dah memang clean, so stay that way….sayangi keluarga mu,…selamat la kau
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki kan boleh tunjuk puting bukannya aurat pun. Cuba buat filem semua lelaki topless penuhla wayang dgn akak2 niqabis dan adik2 fonen sediakan je la mop banyak2.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 12:58 PM | Show all posts
heols topless dalam ironmen pun beshe2 jah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.059252 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list