CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 43

  [Copy link]
Post time 3-4-2023 01:52 PM | Show all posts


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]PRESSKenyataan Media Bersama KKM dan ISN 3 April 2023 – Memorandum Persefahaman Antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institut Sukan Negara Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON APRIL 3, 2023

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN INSTITUT SUKAN NEGARA MALAYSIA
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut Sukan Negara (ISN) Malaysia telah berlangsung pada pagi ini dan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia dan YBrs. Encik Ahmad Faedzal Bin Md. Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara. Pemeteraian kerjasama antara KKM dan ISN ini diharapkan agar menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kepakaran perubatan sukan negara setaraf dengan kepakaran di luar negara.

Walaupun sebelum ini KKM dan ISN telah menjalankan beberapa kerjasama secara langsung dan tidak langsung, memorandum persefahaman ini dijangka akan memperkasakan kerjasama kedua-dua pihak dalam aspek perkhidmatan, latihan, penyelidikan dan penerbitan dalam bidang perubatan sukan negara. Melalui memorandum persefahaman ini, ianya akan memacu usaha negara untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan masyarakat serta merubah landskap kesihatan negara dari ‘sick care’ kepada ‘health care’. Pemerkasaan kepakaran perubatan sukan ini juga secara langsung dan tidak langsung mampu mengurangkan kos rawatan perubatan penyakit tidak berjangkit dan berjangkit seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan produktiviti negara serta meningkatkan kemajuan sukan negara.

Antara salah satu aspek kerjasama yang akan ditumpukan ialah perkhidmatan klinikal sains sukan dan rujukan para pelanggan yang dikenal pasti di antara KKM dan ISN berdasarkan kesesuaian lokaliti, fasiliti dan keberadaan pakar perubatan sukan semasa. Ini termasuk mengukuhkan penglibatan dan peranan ISN dan KKM sebagai sumber rujukan utama dalam bidang perubatan sukan dalam apa-apa aktiviti, acara, pertandingan atau kejohanan sukan yang diadakan. Kerjasama ini juga diharapkan agar dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman para pakar perubatan sukan, mengurangkan kos rawatan melalui perkongsian peralatan perubatan dan teknologi serta memudahkan rujukan pesakit yang memerlukan perkhidmatan bidang kepakaran perubatan dan sains sukan tertentu.

Sementara itu, aspek latihan dengan program latihan berstruktur dan terselia juga akan dibangunkan melalui perjanjian persefahaman ini dan akan disesuaikan dalam bidang perubatan dan sains sukan kepada kakitangan kedua-dua belah pihak. Sebagai contohnya, penganjuran konferensi di peringkat antarabangsa melalui kerjasama dengan persatuan-persatuan profesional perubatan tempatan atau antarabangsa dan pertukaran kakitangan untuk menjalani latihan sangkutan di antara institusi. KKM dan ISN juga akan bertindak sebagai pusat rujukan dan latihan kepakaran perubatan sukan utama dengan sub-kepakaran khusus dalam negara.
Menerusi kerjasama penyelidikan dan penerbitan, kedua-dua pihak akan mempergiatkan perkongsian kepakaran penyelidikan bagi tujuan pembangunan perubatan dan sains sukan. Ini meliputi apa-apa penyelidikan dalam bidang perubatan dan sains sukan, akses kepada data, kepentingan dalam hak-hak harta intelek dan penerbitan hasil kajian atau pembentangan di peringkat antarabangsa dengan persetujuan bersama.

Pemeteraian kerjasama antara KKM dan ISN ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kepakaran perubatan sukan negara serta merubah landskap kesihatan negara dari ‘sick care’ kepada ‘health care’. Dengan pengukuhan perubatan sukan di negara ini, diharapkan agar lebih ramai rakyat akan terlibat dalam aktiviti sukan dan fizikal dengan kerap dan konsisten, membudayakan amalan hidup sihat dan seterusnya merealisasikan aspirasi negara untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
INSTITUT SUKAN NEGARA
3 April 2023




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2023 12:40 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 08:55 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 4 April 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronovirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi ke-13 Tahun 2023 (26 Mac -1 April 2023)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON APRIL 4, 2023

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT COVID-19
DI MALAYSIA BAGI MINGGU EPIDEMIOLOGI KE – 13 / 2023
(26 MAC – 1 APRIL 2023)

1.0 STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Berikut adalah perbandingan status penggunaan fasiliti kesihatan mengikut minggu epidemiologi (Rajah 1):
1.1 Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 (termasuk pesakit yang disyaki COVID-19) ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 24.1 peratus pada ME 13/2023 berbanding ME 12/2023;
1.2    Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 13/2023 berbanding ME 12/2023 adalah seperti berikut;
  • Pesakit kategori 1 dan 2, meningkat sebanyak 80.0 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkat sebanyak 33.3 peratus.
1.3Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 13/2023 berbanding ME 12/2023 adalah seperti berikut:
  • Katil bukan kritikal, meningkat sebanyak 1.0 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada perubahan, kekal dengan 3.0 peratus; dan
  • Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1 peratus.
Rajah 1: Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 dari ME 14/2022 hingga ME 13/2023
2.0    STATUS TERKINI KES COVID-19
2.1    Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 1 April 2023 (ME 13/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,052,337 kes;
  • Kumulatif kes sembuh: 5,004,546 kes;
  • Purata kes aktif : 10,324 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,984 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,183 kluster (kluster aktif: 11 kluster).
2.2   Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 12/2023 dan ME 13/2023 (Rajah 2):
  • Bilangan kes baharu meningkat sebanyak 37.7 peratus (2,228 kes kepada 3,069 kes);
  • Bilangan kes sembuh meningkat sebanyak 23.3 peratus (1,831 kes kepada 2,258 kes); dan
  • Bilangan kes kematian menurun sebanyak 28.6 peratus (7 kes kepada 5 kes).
Rajah 2: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 dari ME 1/2023 hingga ME 13/2023.
3.0    SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
  • KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 13/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 56 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 8.51 peratus pada ME 13/2023 (Rajah 3); dan
  • Tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 13/2023 (Rajah 4).
Rajah 3: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari Klinik Kesihatan sentinel bagi tahun 2022 dan 2023.
Rajah 4: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel bagi tahun 2022 dan 2023
4.0    PENINGKATAN KLUSTER COVID-19
Dari ME 1/2023 hingga ME 13/2023, terdapat sejumlah 18 kluster telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, 11 merupakan kluster pendidikan, lima (5) kluster kumpulan berisiko, dan dua (2) kluster pusat tahanan (Rajah 5).
Berdasarkan kluster yang dilaporkan, didapati terdapat peningkatan mendadak kluster pendidikan pada ME 13/2023. Daripada 11 kluster pendidikan yang dilaporkan, enam (6) kluster melibatkan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu tiga (3) kolej dan masing-masing satu (1) sekolah agama menengah, sekolah berasrama penuh, dan sekolah menengah, manakala lima (5) lagi kluster merupakan kluster pendidikan lain iaitu empat (4) maktab dan satu (1) taska.
Rajah 5: Kluster COVID-19 dari ME 1/2023 hingga ME 13/2023
Peningkatan kes dan kluster COVID-19 pada ketika ini berlaku berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan bulan Mac 2023. Peningkatan kes ini juga disebabkan oleh pergerakan masyarakat yang banyak sewaktu musim cuti sekolah yang lalu.
KKM ingin memberi penekanan kepada Sektor Pendidikan:
  • Kepentingan menjalani saringan bergejala terhadap pelajar, guru, dan kakitangan sebelum masuk ke kawasan sekolah/ institusi;
  • Menjalankan ujian RTK-Ag ke atas murid, guru, dan kakitangan mengikut strategi pengujian COVID-19;
  • Memperkasa ibu bapa untuk memantau status kesihatan anak dan bertanggungjawab untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bergejala; dan
  • Menjalankan penilaian risiko penularan jangkitan COVID-19 di institusi masing-masing dari semasa ke semasa, agar tindakan pencegahan dapat segera diambil.
KKM juga ingin mengingatkan Pegawai Kesihatan Daerah agar kes positif yang dilaporkan oleh pihak sekolah atau institusi pendidikan disiasat dan dijalankan penilaian risiko untuk menilai status penularan jangkitan. Selain itu, tindakan pembersihan dan disinfeksi serta pengesanan kontak perlu dijalankan di samping pelaksanaan aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19.
Di samping itu, bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat, orang ramai disarankan supaya terus mengamalkan TRIIS iaitu;
  • Test (Uji). Segera lakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri sekiranya mengalami gejala jangkitan seperti hidung berair, demam atau batuk;
  • Report (Lapor). Laporkan keputusan ujian pengesanan kendiri secepat mungkin di aplikasi MySejahtera;
  • Isolate (Asing). Lakukan pengasingan kendiri dengan segera dan berdisiplin sekiranya anda positif COVID-19. Patuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah serta tatacara isolasi kendiri;
  • Inform (Maklum). Maklumkan kepada semua kontak rapat dengan segera supaya mereka memantau status kesihatan kendiri dan melakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala; dan
  • Seek (Mendapatkan rawatan). Dapatkan rawatan segera sekiranya gejala bertambah teruk. Bagi golongan berisiko tinggi juga dinasihatkan ke fasiliti kesihatan berhampiran agar dapat dibuat penilaian kesihatan dan kesesuaian pengambilan rawatan antiviral.
Selain itu, bagi memantapkan pengurusan kluster, individu yang layak disarankan untuk segera mendapatkan dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19. Bagi individu yang berumur lima (5) tahun sehingga tujuh belas (17) tahun pula,  boleh mendapatkan dos penggalak pertama. Manakala, bagi mereka yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas, boleh mendapatkan dos penggalak kedua. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan, morbiditi, dan kematian terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi.
5.0    NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Malaysia masih berada dalam Fasa Peralihan susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Walaupun demikian, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi saranan berikut iaitu;
  • Amalkan 3W;
  • Elakkan 3S;
  • Digalakkan memakai pelitup muka sekiranya bergejala terutama di kawasan ramai orang dan sesak. Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan semasa di fasiliti kesihatan dan semasa menaiki kenderaan awam (kecuali dalam kapalterbang);
  • Kumpulan berisiko tinggi seperti warga tua, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah, dan ibu mengandung juga digalakkan memakai pelitup muka;
  • Terus amalkan TRIIS (TEST, REPORT, INFORM, ISOLATE & SEEK). Lakukan ujian pengesanan COVID-19 sekiranya bergejala, laporkan keputusan ujian dan lakukan penilaian kesihatan kendiri dalam aplikasi MySejahtera serta dapatkan rawatan awal di CAC atau Klinik Kesihatan berhampiran sekiranya daripada golongan berisiko tinggi atau gejala bertambah teruk;
  • Sekiranya berlaku kecemasan, individu positif COVID-19 dinasihatkan untuk ke Klinik Kesihatan atau hospital terdekat bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut;
  • Kumpulan berisiko tinggi yang mempunyai imuniti rendah disarankan untuk mendapat rawatan awal dan ubat antiviral Paxlovid sekiranya positif COVID-19 dan bergejala untuk mengelakkan daripada komplikasi penyakit yang serius; dan
  • Individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftarkan diri dan mendapatkan vaksin untuk mengekalkan status imuniti dan mencegah daripada jangkitan COVID-19 termasuk varian baharu.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 April 2023 @ 2.00 petang







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 08:56 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 08:58 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR, April 4 — The Ministry of Health said today it detected a rise in the number of Covid-19 cases by 37.7 per cent for the week ending Saturday, April 1 last week after schools nationwide reopened.

Health director-general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said the number of new cases went from 2,228 cases in the previous week to 3,069 cases, while nine new clusters have emerged.

“The increase in Covid-19 cases and clusters came following the reopening of the school session in the middle of March 2023.

“The increase is also caused by the public’s movement during the latest school holiday,” he said in a statement.

Covid-19 data from the week ending April 1, 2023 from KKMNOW portal.

Dr Noor Hisham said the number of admissions of Covid-19 patients and suspects to health facilities per 100,000 in the population also increased by 24.1 per cent.

Out of those, patients from Category 1 increased by 80 per cent, he said.

The ministry said out of 17 clusters that emerged since the start of the year, 11 of them were from educational institutions: three from colleges, one each from secondary religious school, boarding school and secondary school. Meanwhile, five more clusters involved tertiary educational institutions (four) and one from a childcare centre.

Schools nationwide reopened on March 19 and 20 last month.


https://malaysia.news.yahoo.com/ ... d-19-080253898.html
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 06:57 PM | Show all posts


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]PHARMACYKenyataan Media KPK 6 April 2023 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kali ke-383 Berkenaan Produk Orphan Medicine: KOSELUGO[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON APRIL 6, 2023

KEPUTUSAN MESYUARAT PIHAK BERKUASA KAWALAN DADAH KALI KE-383 BERKENAAN PRODUK ORPHAN MEDICINE KOSELUGO
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-383 yang telah bersidang pada hari ini, 6 April 2023, bersetuju memberikan kelulusan kepada produk yang telah diberikan status Orphan Medicine seperti berikut:

Koselugo HardCapsules 10mg dan Koselugo Hard Capsules 25mg (yang mengandungi bahan aktif Selumetinib 10 mg dan 25mg masing-masing)
  • Pemegang pendaftaran produk : AstraZeneca Sdn. Bhd.
  • Pengilang :  Patheon Pharmaceuticals Inc., United States.
  • Indikasi : Koselugo as monotherapy is indicated for the treatment of symptomatic, inoperable plexiform neurofibromas (PN) in paediatric patients with neurofibromatosis type 1 (NF1) aged 3 years and above.
Penyakit neurofibromatosis type 1 (NF1) disenaraikan sebagai penyakit jarang jumpa (rare disease) di dalam Malaysian Orphan Medicines Guideline. Sehubungan itu, produk Koselugo telah diberikan status Orphan Medicine yang diproses secara priority review di mana tempoh penilaian bagi laluan pendaftaran priority review adalah 120 hari bekerja berbanding 245 hari bekerja bagi laluan pendaftaran biasa. Untuk makluman, produk Koselugo merupakan produk pertama yang diluluskan oleh PBKD untuk indikasi neurofibromatosis type 1 with inoperable plexiform neurofibromas.
KKM melalui NPRA akan terus memantau dan menilai data-data terkini dari semasa ke semasa berkenaan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk Koselugo ini. KKM juga akan terus komited dengan usaha-usaha untuk mempertingkatkan akses rakyat Malaysia kepada ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
6 April 2023




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2023 10:44 AM | Show all posts
the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]ORGAN TRANSPLANTKenyataan Media KPK 7 April 2023 – Pendirian KKM Terhadap Dakwaan Jual Beli Organ[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON APRIL 7, 2023
PENDIRIAN KKM TERHADAP DAKWAAN JUAL BELI ORGAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menekankan bahawa sebarang dakwaan mengenai wujudnya aktiviti jual beli organ di negara ini perlu dianggap amat serius kerana ianya merupakan exploitasi terhadap golongan tertentu dan bercanggah dengan etika perubatan. Sebarang tuntutan mengenai kewujudan aktiviti berkaitan penjualan organ hendaklah diambil serius oleh semua pihak. Jika terdapat aktiviti melibatkan pemerdagangan orang untuk tujuan jual beli organ, ianya perlu disiasat di bawah Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007.
Sekiranya mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti ini, mereka boleh tampil ke KKM atau pihak polis untuk menangani perkara ini. Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan menggunakan peruntukan sedia ada di bawah Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007 untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak atau individu jika pemerdagangan orang berlaku untuk tujuan pengalihan organ secara haram.
Untuk makluman, perkhidmatan pendermaan organ dan transplantasi melibatkan pendermaan organ daripada penderma hidup ataupun penderma selepas kematian (kadaverik) serta penerima organ iaitu pesakit yang mempunyai masalah kegagalan organ samada buah pinggang, hepar, jantung ataupun paru-paru. Dasar KKM ini jelas sebagaimana dalam Akta Tisu Manusia 1974 yang mengawal selia aktiviti pengambilan organ bagi tujuan perawatan daripada penderma selepas kematian (kadaverik).
Selain itu, Malaysia juga telah menandatangani The Declaration of Istanbul on Organ Trafficking and Transplant Tourism (2008). Deklarasi ini menyatakan bahawa organ untuk transplantasi haruslah diagihkan secara saksama kepada penerima yang sesuai tanpa mengenal jantina, etnik, agama, mahupun status sosial atau kewangan. Seterusnya, deklarasi ini juga menekankan bahawa komersialisasi transplantasi organ hendaklah dilarang kerana ia mensasarkan golongan miskin dan lemah yang menjurus kepada ketidakadilan. Oleh itu, sebarang amalan yang menyasarkan individu atau golongan ini sebagai penderma organ adalah dilihat sebagai menggalakkan pemerdagangan organ, transplant tourism dan komersialisasi transplan.

Bagi memperketat lagi tadbir urus perkhidmatan transplantasi di negara ini, KKM telah menubuhkan jawatankuasa transplantasi yang mengawal selia program pendermaan organ di kalangan penderma semasa hidup melibatkan pasangan bakal penderma-penerima yang tidak mempunyai perkaitan kekeluargaan (unrelated) ataupun melibatkan pasangan bakal penderma-penerima bukan warganegara. Jawatankuasa ini akan menilai dengan teliti pelbagai aspek termasuk latar belakang masalah perubatan, kesihatan mental dan juga tahap sosio-ekonomi untuk semua permohonan pembedahan transplantasi bagi memastikan bakal penderma mempunyai sistem sokongan yang baik, serta kesejahteraan bakal penderma secara amnya tidak terjejas selepas pembedahan dilakukan. Pembentukan tadbir urus perkhidmatan yang kemas adalah sangat penting bagi melindungi hak bakal penderma dan memastikan pendermaan organ tidak melibatkan sebarang paksaan ataupun mempunyai unsur pemerdagangan. Konsisten dengan kewajipan negara dan antarabangsa, KKM tidak menyokong mana-mana individu atau organisasi yang terlibat di dalam aktiviti perolehan organ secara haram dan tidak beretika. Dalam perkara ini, pihak KKM akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa siasatan sekiranya diperlukan.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pendermaan organ dan transplantasi, Kementerian akan terus bekerjasama dengan badan-badan dan organisasi berkaitan bagi meningkatkan kesedaran awam serta pendidikan ke arah pendermaan organ yang beretika. KKM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa cakna dan berikrar sebagai penderma organ seterusnya memaklumkan hasrat sebagai pengikrar kepada ahli keluarga bagi menjayakan perkhidmatan transplantasi yang beretika di negara ini. Kementerian amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan mengenai pendermaan organ dan transplantasi kepada Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN) yang merupakan satu organisasi yang telah diwujudkan untuk memberikan informasi berhubung pendermaan organ dan transplantasi di Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada PSTN di talian 1800-88-9080 atau emel kepada ntrc@moh.gov.my .
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 April 2023







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 10:01 AM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]PHARMACYKenyataan Media KPK 7 April 2023 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kali ke-383 Berkenaan Produk Rawatan COVID-19: EVUSHELD[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON APRIL 7, 2023
KEPUTUSAN MESYUARAT PIHAK BERKUASA KAWALAN DADAH KALI KE-383 BERKENAAN PRODUK RAWATAN COVID-19 EVUSHELD
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-383 yang telah bersidang pada 6 April 2023, bersetuju memberikan kelulusan tambahan indikasi untuk rawatan COVID-19 bagi kegunaan golongan dewasa dan remaja berumur 12 tahun ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40kg serta meningkatkan dos produk untuk kegunaan pencegahan prapendedahan (pre-exposure prophylaxis) kepada produk berdaftar berikut:

Evusheld 100 mg/mL Solution For Injection (MAL22056042ACRZ) (Tixagevimab 100 mg/mL and Cilgavimab 100 mg/mL)
  • Pemegang Pendaftaran: Astrazeneca Sdn. Bhd.
  • Pengilang: Astrazeneca AB, Sweden
  • Indikasi:
    • Pencegahan Prapendedahan
      • Evusheld digunakan untuk pesakit dewasa dan remaja (berusia 12 tahun ke atas dengan berat badan sekurang-kurangnya 40kg) sebagai pencegahan prapendedahan kepada jangkitan COVID-19, dan
      • Individu yang berkemungkinan tidak memperolehi tindak balas imun yang mencukupi terhadap vaksinasi COVID-19; atau individu yang tidak disyorkan vaksinasi COVID-19.
    • Rawatan
      • Evusheld digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 dewasa dan remaja (berusia 12 tahun ke atas dengan berat badan sekurang-kurangnya 40kg), yang tidak memerlukan bantuan oksigen dan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID 19 yang lebih teruk.
Penggunaan produk Evusheld ini adalah berdasarkan garis panduan klinikal yang dikeluarkan oleh KKM.
Sebelum ini PBKD telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk Evusheld 100 mg/mL Solution For Injection (MAL22056042ACRZ) (Tixagevimab 100 mg/mL and Cilgavimab 100 mg/mL)pada Mesyuarat PBKD ke-372. Adalah dimaklumkan bahawa status pendaftaran bersyarat tersebut masih kekal dan kelulusan baharu ini adalah khusus untuk tambahan indikasi bagi rawatan COVID-19.
KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat Malaysia kepada ubat–ubatan bagi tujuan rawatan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ianya dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 April 2023




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2023 06:57 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 05:40 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 12:13 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 01:14 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 07:39 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 12:14 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 08:37 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:30 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 09:09 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 04:47 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 02:00 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 04:14 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.639212 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list