View: 439|Reply: 1
|
Rishi Sunak Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar, 'Itu Adalah Kesilapan Spontan'
[Copy link]
|
|
Mengaku salah, Perdana Menteri United Kingdom (UK) Rishi Sunak memohon maaf kerana melanggar undang-undang tidak memakai tali pinggang keledar semasa merakam video di tempat duduk penumpang di bahagian belakang kereta yang sedang bergerak
Sunak menanggalkan tali pinggang keledarnya untuk merakam video, menurut Downing Street yang dipetik Agensi Anadolu.
Foto: AP
"Itu adalah kesilapan spontan," kata jurucakap perdana menteri kepada akhbar Guardian.
Perdana menteri mengaku kesilapannya serta memohon maaf dan beliau mengakui bahawa semua orang wajib memakai tali pinggang keledar, kata jurucakap itu.
Video itu yang disiarkan di akaun Instagram Sunak sudah pun dipadamkan.
Sesiapa yang memandu atau menaiki kenderaan tanpa memakai tali pinggang keledar melanggar undang-undang dan mungkin berdepan denda sehingga GBP500 (AS$619), menurut kempen keselamatan kerajaan Sunak.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|