View: 1106|Reply: 15
|
Dah 30 Tahun Sekeluarga Di Kelantan Hidup Tak Ada Elektrik Dan Bekalan Air Bersih
[Copy link]
|
|
PASIR MAS: Menjalani kehidupan tanpa bekalan elektrik dan bekalan air bersih sejak tiga dekad lalu sudah menjadi kebiasaan buat sebuah keluarga dari Kampung Serongga, di sini.
Kesempitan hidup memaksa keluarga berkenaan yang menghuni sebuah rumah di atas tanah rizab kerajaan itu menjadikan air sungai sebagai sumber utama untuk mandi dan mencuci pakaian serta memasak.
Syahira Bahari, 18, mendedahkan, keperitan itu sudah sebati buat dirinya selepas membesar dalam keadaan serba kekurangan sebaik sahaja dilahirkan termasuk menggunakan rakit bagi menyeberangi sungai keluar dari kawasan rumah ke daratan.
Foto: Utusan
Menurutnya, kemudahan elektrik hanya dinikmati seminggu lalu selepas menerima bantuan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan sebuah generator menerusi sumbangan disampaikan oleh aktivis masyarakat, Amran Rahman.
“Alhamdulillah, selepas berpuluh-puluh tahun bertemankan lilin untuk mendapatkan sumber cahaya, akhirnya saya dan keluarga merasai nikmat yang tidak terhitung nilainya itu.
“Sebelum ini rumah kami hanya pondok biasa, namun hasil sumbangan NGO tujuh tahun lalu. Kami sekeluarga boleh hidup lebih selesa dengan rumah yang dibaiki. Bagaimanapun, kami masih belum mempunyai kemudahan tandas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Syahira memberitahu, sepanjang tempoh itu dia dan ibu terpaksa mendapatkan belas ihsan dari jiran-jiran bagi memperoleh bekalan air bersih untuk kegunaan harian.
Katanya, pada masa yang sama dia terpaksa berulang alik-alik hampir satu kilometer untuk memunggah air bersih dari rumah jiran.
“Impian untuk hidup dalam keadaan lebih selesa itu memang ada, namun belum ada rezeki. Pendapatan suami Muhammad Aziz Mohd. Azihar, 21, yang bekerja sebagai buruh di kilang kayu masih belum mencukupi.
“Saya dan ibu (Hasnah Daud, 56,) bekerja mengambil upah mencucuk sate ikan di Rantau Panjang. Dalam sehari saya dan ibu hanya memperoleh upah sekitar RM20 seorang,” ujarnya.
Syahira berkata, pada masa yang sama dia terpaksa membawa anaknya berusia lapan bulan ke tempat kerja bagi membolehkan dia mencari rezeki membantu suami.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui akuan CIMB 7634650330 Muhammad Aziz Mohd. Azihar. –CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Sis pangkah syurga ke neraka tempoh hari?
|
|
|
|
|
|
|
|
wet da abesss sebab beli nerc buat exco.....
ni nak tgu wet banjir plak....
tp cam tak bleh dpt je sb depa bg trus ke JPP
cilakak betol.... tp takper kes ni bley buat jd alasan utk mintak peruntukan dr JPP
MEMBANGUN DENGAN ISLAM!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
PRN nnt bagtau makpak, laki dan awak sendiri undi lah lagi kepimpinan alamak, boleh extend hidup camtu 30 tahun lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup bawah pas dah lama..redho je la..kan pas mmg tak suka bg sskjp hidup dlm dunia kemodenan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mu tunggu
Abe mari dgn.mesdis |
|
|
|
|
|
|
|
umur 18 tahun dah bawak anak ke hulu hilir..
ramai remaja tengah enjoy buat content tik tok dik... |
|
|
|
|
|
|
|
Xde perasaan nk upgrade @ buat perubatan hidup ke |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 18 dah ada baby 8 bln
Patutnya lps spm tu ko takyah la kawen.pi smbg belajar.bleh apply duit zakat/yayasan tlg ko further stadi n tgk dunia luar kasi open sikit minda tu
Utk keluarkan ko dr poverty life
Tp ye lah kan..x guna pun nasihat org mcm ni.lantak ko la dik
Kalo ada letrik air pun gituuu je la life ko smpi kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
alim ulama pas tak jengok rakyat yg derita cenggini? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian juga kerja cuma dapat bayaran RM20 je sehari. Tauke pun mmg amik kesempatan. Cuba cari kerja lain, sekarang ni kerja cleaner pun rm25 SEJAM. Iklan dlm mediasosial cuba cari kerja yg bayaran setimpal sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
dah parti yg memerintah negeri tu sibuk nak tgok pakaian org, sampai bawak isu pakaian pramugari ke parlimen, mana nyer dorg ada masa nak amek taw pasal isu2 yg lebih "remeh" mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa2 boleh tag nelopak. Harta nelopak 35 juta katanya. Apa salahnya dia bagi sumbangan dekat orang sekampung dia. Nelopak tolong mesti la lagi berkat, ahli sorga tu… |
|
|
|
|
|
|
|
'..Pilih, mu nok isley ko nok api(letrik)??..'
-lobai Paspispuss |
|
|
|
|
|
|
| |
|