CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3261|Reply: 17

Wanita Hidap Dua Kanser Mengalah, Henti Semua Rawatan- Nak Habiskan Waktu Dengan Anak-Anak Kecil Sebelum Ajal Sampai

[Copy link]
Post time 20-1-2023 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Perjuangan menentang penyakit kanser ada kalanya dinoktahkan dengan pengakhiran yang tragis.


Setiap pesakit kanser pasti mempunyai kisah meruntun jiwa tersendiri dalam mendepani ujian sebesar itu.


Begitulah pengalaman seorang pengamal perubatan yang bertugas di sebuah pusat jagaan harian apabila seorang pesakit kanser memberitahu keputusannya untuk mengangkat bendera putih.


Lelaki yang senang disapa sebagai Mohd Arif di laman Twitter berkata wanita tersebut memutuskan perkara itu kerana mahu meluangkan masa bersama anak-anak setelah sekian lama terabai.


Gambar Hiasan




"Salah seorang pesakit kami, seorang pensyarah... dia datang ke daycare sambil menangis. Saya cuba tanya dia apa yang terjadi.


"Dia seorang pesakit kanser yang begitu kuat dalam perjuangannya tetapi pada hari itu, dia memilih untuk mengutamakan anak berbanding diri sendiri.


"Wanita itu didiagnos dengan kanser payudara dan sudah beberapa kali menjalani rawatan kemoterapi," cerita Arif.


Menurut Arif, wanita tersebut hampir mengecapi garisan penamat untuk menewaskan kansernya tetapi keadaan berubah apabila dia kemudiannya didiagnos menghidap kanser paru-paru pula.


"Kami sangat terkejut apabila tahu dia ada dua kanser tetapi situasi sebegini pernah terjadi kepada pesakit lain sebelum ini.


"Dia menjalani pembedahan untuk membuang kanser payudaranya dan melalui biopsi selama beberapa kali untuk kedua-dua kanser paru-paru dan payudara.


"Dia juga sudah menjalani rawatan kemoterapi hampir 20 kali dan rawatan radioterapi lebih dari 30 kali. Namun kansernya masih belum menunjukkan tanda penyusutan," terang Arif.


Wanita itu yang berlinangan air mata hanya mampu meluahkan keresahan yang terbuku di hadapan Arif dan beberapa pesakit lain.


"Doktor, saya melalui ujian demi ujian sepanjang rawatan kanser saya selama empat tahun yang lepas.


"Setiap kali saya rasa ada sinar harapan untuk kembali pulih, harapan saya itu lebur. Kanser masih ada dengan saya selepas empat tahun saya berjuang.


"Sepanjang empat tahun saya berjuang ini, saya memang ketepikan anak-anak saya. Saya fokuskan sepenuhnya kepada diri saya, sampai saya tak ada masa untuk mereka.


"Saya rasa cukup sampai sini sahaja perjuangan saya. Sekarang adalah masa untuk keluarga saya," Arif berkongsikan apa yang diujarkan wanita itu.


Wanita itu sedar masa yang berbaki untuknya adalah sangat berharga dan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bersama keluarga tersayang.


"Saya nak luangkan masa yang tinggal untuk anak-anak. Saya nak pergi bercuti dengan mereka. Mereka berdua cuma berumur lapan dan enam tahun.


"Setiap kali saya menjalani rawatan kemoterapi, saya akan pulang ke rumah dengan rasa lemah, mual dan tidak bermaya. Anak-anak saya cuma mampu tenung saya dengan rasa empati dan kasihan.


"Mereka sangat sukar nak faham yang ibunya tidak akan ada bersama untuk melihat mereka membesar. Saya mungkin akan hidup untuk enam bulan atau setahun lagi," cerita Arif daripada perspektif wanita itu.


Arif menyatakan rawatan kanser yang dilalui wanita itu selama empat tahun hanya mampu untuk memanjangkan jangka hayat wanita tersebut.


"Dia baru bercerai dengan suami keduanya. Sebagai ibu tunggal, dia memilih anaknya dahulu. Dia memilih untuk menghabiskan saki-baki masa ini bergembira dan bergelak tawa bersama mereka.


"Dia mahu melepaskan anaknya dengan memori yang baik dan meninggalkan kenangan manis untuk mereka.


"Saya selalu terfikir kalau saya bertukar tempat dengan wanita ini, boleh ke saya jadi cekal macam dia?


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?," ujar Arif bermuhasabah diri.


Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya remuk hati membaca kisah yang dikongsikan Arif.


"Tak boleh dengar kisah macam ni depan-depan, mesti saya akan jadi orang pertama yang menangis.


"Keluarga saya pernah ada sejarah kanser, sangat sedih untuk lihat mereka sengsara di penghujung hayat.


"Tak dapat bayangkan perasaan wanita itu yang lalui semua ini, baca kisah dia pun dah buatkan mata saya berair," ujar sebilangan warga maya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya baca…dia mcm dah tahu pengakhiran dia tak lama dah…
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama cam kawan aku. Arwah mak dia dah xlarat nak hidup. Rela mati. Dah letih nak melawan penyakitnya. Kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat chemo ni.lagi2 bila kanser berulang lg.
Fizikal dh xlarat.
Pesakit kanser kena kuat mental fizikal.ramai sbnrnya yg pilih stop chemo utk focus pd family.
Mcm arwah mak ai .dh siap chemo.dah bebas kanser.bru brapa bulan dtg balik terus stage 4.cepat sgt mak jd lemah masa tu.kebetulan awal pkp.bru 2 bulan xdpt balik kg mak dh hilang separuh berat badan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga anak2nya sentiasa dilindungi Allah. Hasbunallah wa ni’mal wakil ni’mal maula wa ni’ man nassir.. semoga keluarga ini bersatu kembali di syurga, kampung abadi. Aminn ya allah ya mujib
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 22-1-2023 12:02 PM
Penat chemo ni.lagi2 bila kanser berulang lg.
Fizikal dh xlarat.
Pesakit kanser kena kuat mental fiz ...

Kes arwah mak tu lambat detect ke camne?atau dh sembuh tapi jadi balik terus stage 4?semoga arwah dtempatkan bsama org2 beriman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2023 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
zuuu replied at 23-1-2023 02:40 AM
Kes arwah mak tu lambat detect ke camne?atau dh sembuh tapi jadi balik terus stage 4?semoga arwah  ...

Detect awal.masa tu 1st stage je..lepastu terus operate.buat chemo.semua dh ok.sihat.amik ubat biasa.dekat setahun lpstu mak batuk2 xbrenti.biasa la pergi hospital kerajaan appointment lambat.nak buat ct scan tu je dah mkn berapa bulan dah.
Masa tu tiba2 doc kata stage 4 pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anak2 itu. Lakinya pulak kenapa cerai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 10:43 AM | Show all posts
macam elyana buat dulu, tapi dia kena marah sebab tangguh rawatan
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 02:58 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 24-1-2023 07:34 AM
Kesian anak2 itu. Lakinya pulak kenapa cerai?

Sesetengah lelaki ni bila rasa isteri dah takde function (read orang suruhan/bibik), baik ceraikan aje...
Untuk kes dia ni, kita tak tau la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam sanjay dutt la.rela mati dari buat kimo.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 02:51 PM | Show all posts
kesiannua.. semoga diberikan ketenangan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 02:51 PM | Show all posts
rencah kehidupan begitulah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 09:20 AM | Show all posts
Ya Allah… sedihnya baca kisah ni.
Moga Allah permudahkan urusan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 11:52 AM | Show all posts
moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nye.. tp btl gak.. sbb kawan aku ms bt kimo kali ke berapa tah meninggal..kesian anak2 kat rumah..sblm tu doctor bg tau dah bebas breast kanser..dia la citer nak bt kimo ni kn ade duit sendiri gak.. walaupun krjn tanggung..tp ms kimo tu kn bayar gak..dlm 10-20k dia citer dia sediakan Kos tuk tu...tp ade seorg kawan aku,dah bebas breast kanser..tgk skrg ni pantang cuti asyik makan je.. siap minum air manis2 lg..aku lak riso kalo kanser dia dtg blk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2023 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.
Semoga nasib anak-anaknya terbela. Semoga ada ahli keluarga yang penyayang & pemurah mengambil alih penjagaan bila ibunya tiada nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.. yang laki tu kita paham sangat, bukan mudah nak jaga orang sakit ni, tapi kalau dah ex wife tu sakit harap ada tolong jaga anak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068869 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list