CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 655|Reply: 8

[Tempatan] Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, akan lawat 3 negara sumber (Indon, Bangla & Nepal) pekerja asing bulan ini

[Copy link]
Post time 20-1-2023 03:19 PM | Show all posts |Read mode
KDN lawat 3 negara sumber pekerja asing bulan ini

https://www.bharian.com.my/berit ... rja-asing-bulan-ini

Oleh Omar Ahmad - Januari 20, 2023 @ 3:15pm
bhnews@bh.com.my


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, meninjau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Bahru, hari ini. - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, akan bertemu rakan sejawatnya di Nepal, Bangladesh dan Indonesia bagi menerangkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, yang diputuskan kerajaan, baru-baru ini.

Saifuddin Nasution berkata, pertemuan selama empat hari untuk tiga negara sumber utama pekerja asing itu dijadualkan berlangsung pada hujung bulan ini.

Beliau berkata, beliau diarah Jemaah Menteri untuk memberi penjelasan kepada negara sumber terbabit mengenai perubahan dasar yang akan dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KSM), bertujuan memudahkan proses menggaji tenaga asing bagi memenuhi keperluan ekonomi negara.

"Pelan kelonggaran ini membabitkan lima sektor atau subsektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran).

"Kita harap dengan pemakluman ini nanti, negara terbabit akan dapat memberi kerjasama yang sewajarnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Menangani Kesesakan di Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, hari ini.

Kelmarin, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, memaklumkan sejumlah 500,000 pekerja asing akan dibawa masuk ke negara ini secara berperingkat menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, bertujuan menangani masalah kekurangan pekerja asing.

Sivakumar dilaporkan berkata, kemasukan pekerja asing itu khusus bagi lima sektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran).

Bagaimanapun, beliau berkata, kementeriannya akan menambah bilangan itu jika ada keperluan, tetapi tidak boleh melebihi 2.4 juta pekerja asing seperti diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Terdahulu, Saifuddin Nasution dilaporkan berkata, majikan akan dibenarkan untuk menggaji pekerja asing dari 15 negara sumber tanpa melalui prasyarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.

Saifuddin dilaporkan berkata, beliau akan mengetuai siri lawatan bersama KSM dan agensi kawal selia ke 15 negara sumber terpilih bagi membincangkan perihal keselamatan dan kebajikan pekerja asing di negara ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai bila? Kita memang taknak train warga sendiri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 03:49 PM | Show all posts
iman_kasih replied at 20-1-2023 03:37 PM
Sampai bila? Kita memang taknak train warga sendiri ke?

Orang kita semua nak kejar kerja di Singapore, Australia, South Korea sebab better pay

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cleaner spatutnya gaji minimum 3k..baru ummah lokal berebut nak kerja
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tai chi politik??

- anwar gigih ambil hati rakyat malaysia
- zafrul gigih ambih hati global elites melabur duit di malaysia
- saifuddin nasution gigih ambil hati pemimpin2 negara lain berkenaan pekerja2 asing
- zahid hamidi gigih ambil hati rakyat marhaen berkenaan hal2 rakyat mcm isu banjir, felcra

hannah yeoh dan anthony loke bagus buat kerja dan popular dikalangan rakyat jika dibandingkan dgn menteri2 sebelum diorg.. tapi...

- hannah yeoh gigih ambil hati rakyat hal2 belia dan sukan, tapi ni bukan cabang eksekutif yg kritikal..
- anthony loke gigih ambil hati rakyat hal2 sistem pengangkutan, tapi kalau ke peringkat yg lebih tinggi kena hadap rafizi menteri ekonomi yg gigih ambil hati rakyat nak hasilkan formula2 ekonomi

apesal aku rasa tata kelola malaysia bawah kepimpinan anwar dan zahid ni, geng2 liberal dap kena tolak tepi?

nampak macam gandingan anwar dan zahid ni mmg memperjuangkan melayu.. tolak tepi geng2 konservatif pn, tolak tepi geng2 liberal dap, pehtu pemimpin2 melayu moderat pegang jawatan2 menteri yg penting... betoi ka camni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 04:43 PM | Show all posts
Kiranya Nepal ni Top 3 lah di belakang Indon dan Bangla? Tak sangka.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2023 04:45 PM | Show all posts
iman_kasih replied at 20-1-2023 03:37 PM
Sampai bila? Kita memang taknak train warga sendiri ke?

Nak train untuk buat apa, petik sawit ka cuci jamban? Jamban sendiri pun berlumut.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantar balik dulu bangla, rohingya yg jd tukang potong rumput,  naik moto cari besi buruk  bukak kedai mkn,  pasar boleh x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
amik la seramai yg boleh...kuasa ada ditangan...bukan rakyat yg berkuasa sekarang...Cuma selepas PRU semenjak 2 menjak ni..susah nau korang nk bentuk kjaan.Pernah terfikir kenapa???????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061253 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list