CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1327|Reply: 18

Jana RM130,879 Sebulan Jual Air Mani Kerbau

[Copy link]
Post time 18-1-2023 10:51 PM | Show all posts |Read mode
Seorang petani di Thailand menjana pendapatan bulanan mencecah 1 juta baht (RM130,879) dengan menjual air mani kerbau, lapor laman berita Thaiger semalam.


Penternak kerbau air di seluruh Thailand menawarkan bayaran tinggi untuk air mani ‘Big Billion’ iaitu seekor kerbau air jantan berharga 30 juta baht (RM3.9 juta).




Air mani Big Billion akan dijual kepada penternak kerbau untuk melahirkan generasi baharu. - NaewNa





Mereka menggunakan kaedah permanian berhadas menggunakan air mani Big Billion ke dalam kerbau betina dengan harapan untuk melahirkan generasi kerbau baharu yang boleh dijual mahal seperti induknya.


Pemilik Big Billion, Mongkol Mongphet berkata, selain kerbau itu menjana banyak pendapatan menerusi jualan air maninya, ia juga merupakan seekor haiwan ladang yang bekerja.


Jelas Mongkol, kerbau itu diibaratkan seperti sebuah traktor tanpa kos. Najisnya digunakan sebagai baja untuk menyuburkan padi  dan tanaman lain tanpa menggunakan bahan kimia yang mahal dan tidak sihat.


Dalam pada itu, kerbau tersebut juga dibesarkan untuk kecantikan dan kekuatannya serta  bersaing dalam pertandingan kebangsaan.


Pemenang akan menjual kerbaunya melalui lelongan pada harga berjuta-juta baht.


Terdapat lebih daripada 20 ekor kerbau di ladang ternakan Mongkol, tetapi Big Billion adalah ‘wira’, katanya.




Kosmo: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow untungnye bela kerbau nih. Pokcik kayooooo
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa xda kerbau nk jual jugak
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 11:58 PM | Show all posts
kalau time kenduri
masak daging kurma tu pakai daging kerbau
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Budok kuba yg kt teganu tu blh lh buat gini jgk
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 01:06 PM | Show all posts
Cokoro replied at 19-1-2023 12:43 PM
Budok kuba yg kt teganu tu blh lh buat gini jgk

ape kabar die skrg
rsnya dh lps spm tu

muka dia iras rami malek kan
ke dia lah rami malek pemenang oscar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 19-1-2023 01:06 PM
ape kabar die skrg
rsnya dh lps spm tu


Haah ada iras. Rendah pun sama jgk
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana cara dia collect air mani kerbau tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2023 02:23 PM | Show all posts
wow kayanya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 02:24 PM | Show all posts
kalau kat Malaysia tak muat nak masuk dalam Odessey kobau ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kabau telah minang!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 19-1-2023 02:11 PM
mcm mana cara dia collect air mani kerbau tu?

Permanian berhadas tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm tanyalah ustaz, haram hukumnya jual air mani haiwan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 02:40 PM | Show all posts
Zack8hunter replied at 19-1-2023 02:11 PM
mcm mana cara dia collect air mani kerbau tu?

aku pun tertanya jugek..
sian kerbau xde privacy
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 20-1-2023 10:23 AM

Thai Siam ni negara kedekut terpaling yakmatt kalau ko dtg utk lawatan penanda aras nak belajar teknologi pertanian daripada mereka tuh, jangan harap la dorang nak share semua knowledge dgn ko, dengan masalah bahasa lagik kung krap kung krap tak paham sutir habok English pun haukk giteww. So kalau korang nak belajar cara nak dapatkan mani kobau haku yakin jangan harap ler dorang nak share secara detail cara tu dgn korang... Ha gaytohhh

better lagik la Indonesia sebab tu selalu jadik pilihan institusi pendidikan kat ibu pertiwi ni utk buat lawatan penanda aras kat Indonesia sana, cuma kebiasaannya mereka akan minta utk buat lawatan balas semula. Bukan haku yg kata, someone at work yg kata. Gaytohhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Jelas Mongkol, kerbau itu diibaratkan seperti sebuah traktor tanpa kos. Najisnya digunakan sebagai baja untuk menyuburkan padi  dan tanaman lain tanpa menggunakan bahan kimia yang mahal dan tidak sihat.

Wahhh mmg pelaburan yg bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Terdapat lebih daripada 20 ekor kerbau di ladang ternakan Mongkol, tetapi Big Billion adalah ‘wira’, katanya.

Mesti big billion acah2 ayahanda/abang long kawasan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 02:32 PM | Show all posts
haa betul lah tu

skang ni food industry  mmg masyuk le.. yg mana kat kampung ada tanah tu, kome pi la amek kursus mcm2 ada, tanam cili ke sayur ke utk export

kezen meols dulu start dgn 2 eka je.. pehtu dia pajak tanah ongkampung tanam sayur export.. skang bereka2 tanah dia ada,  siap chalet bagai tau

dusun doyan... then supplier baja, apa semer
dia blajo idok tinggi pun, tapi dia rajin la..


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 07:34 PM | Show all posts
Daging kerbau ni boleh tahan sedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054043 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list