View: 1416|Reply: 8
|
Nampak Hantu Pocong Tepi Tingkap, Kaki Ditarik- Aidit Noh Tahu Siapa Yang Hantar Sihir Pemisah
[Copy link]
|
|
Aidit Noh dan isteri memaklumkan rumah tangganya juga pernah terkena serangan ilmu hitam dan sihir pemisah.
Menurutnya, sebelum menyedari perkara tersebut, hubungannya dan isteri agak ‘panas’ sehinggakan mereka kerap bergaduh.
Memetik laporan Gempak, Aidit berkongsi serangan tersebut ditujukan kepadanya dan isteri ketika dia sedang sibuk membintangi sebuah drama pada tahun 2022.
Foto: IG
“Kami kerap diganggu. Masa tu isteri saya tengah hamil dan dia nampak kelibat saya padahal saya waktu itu tiada di rumah.
“Hubungan kami juga panas, akan ada benda yang boleh kami bergaduh termasuklah bila nak tunjuk kemesraan di media sosial.
“Yang paling teruk, kaki saya pernah ditarik ketika sedang tidur,” katanya.
Memandangkan sihir tersebut menganggu kehidupannya suami isteri, Aidit akhirnya mengambil keputusan untuk berubat sehingga ke Pahang.
Bahkan, ustaz menasihatinya agar memadam semua gambar isteri termasuklah tidak terlalu memuat naik perihal rumah tangganya di media sosial.
“Ketika berubat, saya nampak hantu pocong tepi tingkap tengok saya.
“Malah, ustaz juga mengarahkan agar saya memadam semua gambar isteri di media sosial dan kurangkan upload perihal rumah tangga di media sosial,” jelasnya.
Walaupun mengetahui siapakah gerangan pelaku yang memecah belahkan rumah tangganya, Aidit bagaimanapun tidak mahu memanjangkan isu terbabit.
“Sekarang ini saya sudah tidak lagi menerima gangguan. Dan jujur saya tahu siapa gerangan si pelaku.
“Taoi, saya tidak mahu memanjangkan isu tersebut melainkan hanya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa menjaga ibadah.
“Alhamdulillah, selepas rawatan bersama ustaz, kami sudah tidak diganggu lagi,” ujarnya. -CARI
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
Kembali kita dalam rancangan "artis mana pulak kena sihir pemisah".. Anyhow, Semoga baik baik je. Sebab yang ni nampak legit sikit. Tak nampak dia post pasal wife dia dah |
|
|
|
|
|
|
|
ye ye jer dikkk... retis sendu jah pun ada yang gigih nak sihir yach... lowclass betul tukang hantar sihir tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Wife dia org biasa kan. Bkn retis. Apalah yg nak disihir org. Xselamat dunia akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau yang herloks ganteng gini walaupon sendu sejuk beku, berbaloi jugeks. Baidewei, boleyh ker tau makhluk yang hantar sihir kat weols? Bukan perawat yang baik takkan bagitau ker demi mengelak perbalahan? |
|
|
|
|
|
|
|
Muka heols mcm Indonesian hero zaman 90an |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh ko pun sendu je dik..ntah2 level B40 je pun
Sapo la bodoh nk sihir ko bagai
|
|
|
|
|
|
|
| |
|